Al-Mathurat merupakan zikir dan wirid yang diamalkan Rasulullah S.A.W yang dihimpunkan oleh As Syahid Hassan Al-Bannal, yang boleh diamalkan umat Islam bagi menambah pahala mereka.
Berikut kami kongsikan serba sedikit pengetahuan kami berkenaan apa itu Al-Mathurat dan panduan bacaan rumi serta terjemahannya buat anda yang ingin mempelajari tentang himpunan zikir dan wirid ini.
Apa itu Al-Mathurat?
Al-Mathurat merupakan satu himpunan zikir dan wirid yang dihimpunkan oleh As Syahid Hassan Al-Bannal yang diambil daripada Rasulullah S.A.W.
Zikir dan wirid yang dihimpunkan ini adalah perbuatan yang diamalkan oleh Baginda dan diajarkan oleh Baginda kepada para sahabat semasa hayatnya, dan ia merupakan syariat dan sunnah Baginda yang semestinya diikut.
Perkara ini telah dinyatakan Allah S.W.T dalam ayat Al-Imraan yang bermaksud
“Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa kamu”…
(Surah Ali ‘Imraan: 31)
Waktu Bacaan
Bagi anda yang ingin mengamalkan Al-Mathurat ini, anda boleh membacanya pada waktu di bawah:
- Waktu pagi (Selepas Subuh)
- Waktu petang (Selepas Asar)
Al-Mathurat (Sughra & Kubra)
Al-Mathurat ini terdapat dua jenis iaitu yang ringkas (Sughra) sesuai di baca jika tidak mempunyai masa yang banyak dan yang lengkap (Kubra) bagi anda yang mempunyai masa yang panjang.
Berikut merupakan bacaan Al- Ma’thurat yang ringkas (Sughra):
Bagi anda yang inginkan Al-Mathurat yang panjang (Kubra), anda boleh membaca dokumen di bawah:
Kelebihan Membaca
Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal diperolehi jika kita mengamalkan pembacaan Al-Mathurat ini, antaranya ialah:
- Dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan meneguhkan aqidah melalui zikir-zikir amalan Rasulullah S.A.W.
- Dapat menghindarkan diri daripada didekati atau diganggu Syaitan.
- Dapat emupuk rasa syukur dan kecintaan kepada Allah S.W.T.
- Memohon hidayah dan bimbingan Allah S.W.T ke jalan hidup yang benar dan diredhai-Nya.
- Mendapat ganjaran pahala yang besar.
- Selamat dari segala sesuatu (kemalangan, bisa, sengatan dan sebagainya)
- Dapat membersihkan hati yang kotor.
- Dicukupkan segala keperluan serta urusan hidup di dunia dan juga akhirat
- Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
- Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
- Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
- Terhindar daripada syirik.
Video Bacaan Al Mathurat
Bagi anda yang ingin mendengar bagaimana bacaan al-mathurat ini dialunkan, anda boleh tonton video disediakan BAZLI CHANNEL di bawah: