Cara Aktifkan Kad Debit Visa Maybank Untuk Kegunaan Online

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kad Maybank Visa Debit ialah kad ATM (Automated Teller Machine) yang dipertingkatkan dengan beberapa fungsi tambahan.

Ia boleh digunakan untuk mengeluarkan wang tunai dari ATM dan pada masa yang sama berfungsi seperti kad kredit.

Ia boleh digunakan untuk membuat pembelian di lokasi peniaga seperti stesen minyak, kedai runcit, kedai runcit dan restoran, termasuk melakukan pembelian barangan dari luar negara dan juga di Internet.

Apabila kad DEBIT VISA MAYBANK digunakan untuk membuat pembelian atau pengeluaran tunai di ATM, dana akan ditolak daripada akaun pelanggan dengan akses terus wang dalam akaun deposit pelanggan.

Dengan ini, kadar faedah lazim boleh terus dinikmati pada Akaun Simpanan.

Syarat kelayakan

visa maybank
  1. Pelanggan Akaun Semasa & Simpanan Maybank
  2. Untuk Akaun imTeen (berumur 12 hingga 18 tahun), Surat Indemniti adalah wajib ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga sebagai syarat untuk membuka Akaun imTeen. Ibu bapa atau penjaga dikehendaki pergi ke cawangan Maybank untuk menandatangani Surat Indemniti untuk akses kepada Maybank Visa Debit atau Maybank BankCard.

Cara Permohonan

Sekiranya anda memenuhi salah satu daripada syarat kelayakan di atas, maka anda layak untuk membuat permohonan mendapatkan kad Visa Maybank ini melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Kunjungi cawangan Maybank yang berhampiran dengan anda
  2. Isi borang permohonan dan pilih Maybank Visa Debit apabila anda membuka Akaun Semasa atau Akaun Simpanan
  3. Pelanggan Akaun Semasa dan Simpanan sedia ada yang memegang Kad Bank Maybank boleh tukar ke Maybank Visa Debit

Cara pengaktifan

Anda boleh menggunakan Debit Visa Maybank anda di mana-mana kedai atau penjual yang mempunyai logo Visa yang mempunyai berjuta-juta lokasi di seluruh dunia.

Untuk transaksi ATM, anda boleh menggunakannya di mana-mana ATM yang memaparkan BankCard atau Visa Plus logo di luar negara.

Sekiranya anada hendak menggunakan kad ini bagi pembelian di luar negara atau pembelian online, anda boleh mengaktifkannya melalui salah satu kaedah berikut:

  1. Maybank ATM
  2. Maybank2u.com
  3. Melalui pusat khidmat pelanggan 24 jam di 1-300 88 6688

Kad anda kemudiannya boleh digunakan untuk pembelian runcit di mana-mana tempat yang mempunyai logo Visa.

Anda juga boleh mengeluarkan wang tunai atau membuat pertanyaan baki akaun di mana-mana ATM di luar negara yang memaparkan logo Visa Plus.

Artikel berkaitan: Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut