Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2024

Permohonan Bantuan Zakat IPT Pengajian Dalam dan Luar Negara MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara MAIDAM bagi tahun 2024 dibuka kepada pelajar yang berminat.

Jangan terlepas peluang untuk mengisi borang PERMOHONAN BANTUAN bagi yang belum membuat permohonan.

Jom kami kongsikan info lanjut tentang bantuan ini.

BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM adalah bantuan yang diberikankepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Kadar Bayaran Bantuan

Untuk Bantuan Awal Pengajian IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut:

BilTahap PengajianDalam NegaraLuar Negara
1Sijil RM 600
2DiplomaRM 800RM 800
3Ijazah Sarjana MudaRM 1000RM 2000
4SarjanaRM 1200RM 2500
5PhDRM 1500

Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri
Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga
(3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

Syarat Permohonan

Syarat bantuan awal ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dan ibu bapa/penjaga adalah:
    – Rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum melanjutkan pelajaran atau,
    – Pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, dan berakal.
  3. Pelajar baharu yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan permohonan sah dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar pengajian.
  4. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra-Diploma/Asasi/ Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) serta layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian secara turutan ke atas.
  5. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  6. Pemohon:
    – Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi di dalam negara atau luar negara atau;
    – Institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  7. Tempoh pengajian tidak kurang dari 6 bulan dan keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walau bagaimanapun pengajian separuh masa boleh dipertimbangkan.
  8. Permohonan bantuan tidak dapat dipertimbangkan sekiranya ibu dan bapa pemohon yang bekerja di Negeri Terengganu tidak menunaikan zakat sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Baca juga:

Cara Permohonan Bantuan Pengajian MAIDAM

Permohonan boleh dibuat secara ‘online’ menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM :

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Yayasan Pendidikan MAIDAM iaitu https://yp.maidam.gov.my/iptonline.
  2. Pemohon perlu membuat permohonan secara dalam talian dan memuat naik dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja/ tambahan tanggungan)
    – Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan (bagi yang bekerja sendiri/ pesara swasta)/ penyata pencen/ kad pesara (bagi pesara kerajaan) yang terkini.
    – Surat tawaran belajar yang rasmi.
    – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Berhenti Sekolah/ Sijil-sijil berkaitan. (Untuk permohonan kali pertama sahaja.
    – Surat pengesahan mastautin terkini diperlukan bagi pemohon yang bukan rakyat negeri Terengganu yang telah bermastautin di negeri Terengganu tidak kurang dari 3 tahun berturut-turut.
    – Slip permohonan dan surat mastautin mestilah disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ Ketua Kampung/ Penghulu.
    – Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
    – Salinan sijil kematian/ penceraian ibu bapa (jika berkenaan).
    – Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk manual permohonan berikut:

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah :

  • Kuala Terengganu 09-630 30 30
  • Marang 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu 09-681 78 09
  • Dungun 09-845 28 10
  • Kemaman 09-859 45 45
  • Setiu 09-609 03 07
  • Besut 09-697 53 23
  • Kerteh 09-826 64 63
  • Kuala Nerus 09-662 2910

Atau :

Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10 Tingkat 1,
Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Email : [email protected] / [email protected]

No. Tel : 09-6223500 / 096225600

Dapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam

Bantu kami share artikel ini: