Majlis Aqiqah: Hukum, Syarat Sah, Aturcara Majlis & Doa

Majlis Aqiqah sangat sinonim dengan masyarat Islam di Malaysia dalam menyambut kelahiran bayi yang baru lahir.

Walau bagaimanapun, ibu bapa yang ingin membuat aqiqah perlulah tahu syarat dan perkara wajib melaksanakannya kerana aqiqah juga dianggap sebagai ibadat.

Selain itu melahirkan rasa kesyukuran, menganjurkan majlis aqiqah memudahkan bapa bayi untuk mengagihkan terus daging aqiqah kepada para tetamu yang layak menerimanya.

Galakan menganjurkan majlis aqiqah

Hukum menunaikan aqiqah adalah sunat muakkad (sunat yan digalakkan).

Hal ini berdasarkan dari hadis daripada Salman bin Amir al-Dhabbi r.a. :

Aku mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Arrtikel berkaitan: Idea Hadiah Untuk Bayi – 12 Item Yang Berguna Untuk Bayi Lelaki & Perempuan

Kadar dan syarat aqiqah

Kadar aqiqah bagi anak berbeza mengikut jantina. Jika anak itu dilahirkan sebagai lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing dan perempuan pula, seekor kambing.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.Riwayat Abu Daud (2842)

Selain kambing, ada yang memilih untuk mengorbankan haiwan lain seperti lembu, kerbau, unta, kibas, biri-biri dan lain lain.

Lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sebanyak 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

Pastikan anda mengikuti syarat ini supaya penganjuran majlis aqiqah anda diterima sebagai sebuah ibadat.

Jumhur ulamak berpendapat aqiqah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri sama seperti ternakan ibadah korban.

Unta atau seekor lembu juga dibolehkan berkongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.

Bagi haiwan lain, kadar mereka berbeza dan tidak sama juga mengikut umurnya:

Jenis HaiwanUmur Minima
1. KibasSatu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
2. Biri-biri, domba dan kambingMelebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
3. Lembu dan kerbauMelebihi dua tahun
4. UntaMelebihi lima tahun

Contoh aturcara majlis

Berikut merupakan contoh aturcara majlis aqiqah yang boleh digunakan sebagai panduan:

  1. Ucapan ringkas daripada bapa bayi
  2. Majlis cukur jambul
  3. Tahnik
  4. Tazkirah ringkas
  5. Bacaan doa kesyukuran

Promosi: Tempah kad jemputan aqiqah digital serendah RM10 sahaja!

Doa majlis aqiqah

Berikut merupakan beberapa doa yang berkaitan dengan aqiqah:

Doa ketika menyembelih binatang aqiqah

doa majlis aqiqah

Maksudnya: Dengan Nama Allah, Allah adalah Yang Terbesar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah aqiqah fulaan.

Penyebutan [fulaan] itu diganti dengan nama anak yang ingin diaqiqahkan. Contoh, nama anak Muhammad Ali bin Muhammad Zain, maka ganti [fulaan] dengan “Muhammad Ali bin Muhammad Zain”

Doa mencukur rambut bayi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَللهم نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَنُوْرُالشَّمْسِ وَالْقَمَرِ اللهم سِرُّ اللهِ نُوْرُ النُّبُوَّةِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, cahaya langit, matahari dan bulan. Ya Allah, rahsia Allah, cahaya kenabian Rasulullah SAW, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

Doa tahnik

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil.

Mendahului setiap perbuatan dan pekerjaan dengan membaca doa adalah dianjurkan kerana ianya bukan sahaja senjata orang Mukmin, bahkan ianya amalan baik yang patut dipupuk oleh ibu bapa kepada anak sejak bayi lagi.

Dengan mengamalkan doa-doa aqiqah ini, diharapkan majlis aqiqah yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Bantu kami share artikel ini: