Gambar Bunga Menarik dan Maksud Bunga Mengikut Warna

Tidak hanya sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan atau diolah menjadi jambangan, malah kecantikan bunga juga sering dikongsikan dalam bentuk gambar.

Kecantikannya mampu menambat hati serta menjadi salah satu tanda kekuasaan Ilahi.

Sejak dahulu, manusia sudah mula terpikat dengan bunga. Sehinggakan sesetengah daripadanya menjadi sebahagian daripada unsur penting dalam kehidupan contohnya dari sudut tradisi, perubatan dan upacara keagamaan.

Oleh sebab itulah bunga telah dijadikan inspirasi dalam pelbagai karya penting dari seni tradisional sehinggalah ke sastera, fesyen, seni lagu serta karya seni moden.

Berikut kami kongsikan beberapa gambar bunga menarik beserta serba sedikit fakta mengenainya.

Contoh Gambar Bunga Cantik dan Maksudnya Mengikut Warna

Setiap warna bunga boleh mewakili perasaan atau harapan si pemberi kepada penerima. Ayuh kita semak maksudnya bersama-sama.

Bunga Merah

Antara pilihan bunga yang paling popular, bunga berwarna merah melambangkan cinta yang membara dan asmara.

Pada masa yang sama, ia juga boleh melambangkan keberanian dan kekuatan.

Bunga Jingga

gambar bunga

Bunga berwarna oren atau jingga melambangkan kebahagian, kegembiraan dan kehangatan kasih sayang.

Bunga Ungu

Bunga berwarna ungu pula melambangkan kemewahan dan sesuai untuk dijadikan penyeri bagi majlis formal.

Di samping itu, ia juga boleh mewakili kejayaan dan kebanggaan. Oleh itu, bunga berwarna ungu juga sesuai untuk dihadiahkan kepada seseorang yang mendapat pencapaian cemerlang.

Bunga Pink / Merah Jambu

gambar bunga
gambar bunga

Tidak kira jenis mahupun saiznya, bunga berwarna pink mempunyai ramai penggemarnya khususnya bagi wanita yang berjiwa muda.

Bunga pink melambangkan kelembutan, kesantunan dan kegembiraan.

Bunga Biru

gambar bunga

Bunga berwarna biru melambangkan kedamaian, keterbukaan dan ketenangan jiwa.

Oleh itu, ia sesuai untuk diberikan kepada seseorang yang sedang resah atau berdepan dengan cabaran dalam hidup mereka.

Bunga Putih

gambar bunga
Sumber : bloomnation.com

Bunga berwarna putih melambangkan kesucian dan permulaan baru. Ia juga sesuai untuk dijadikan penyeri dalam majlis perkahwinan.

Bunga Kuning

gambar bunga
gambar bunga

Bunga berwarna kuning seakan mempunyai tenaga luar biasa sehingga boleh membuatkan sesiapa sahaja tersenyum apabila menerimanya.

Bunga berwarna kuning melambangkan keterujaan dan jiwa yang bebas.

Pada masa yang sama, ia turut menjadi simbol persahabatan, permulaan baharu dan kebahagiaan dalam hidup.

Fakta Menarik Tentang Bunga

Bunga merupakan bahagian tumbuhan yang akan menjadi buah. Walau bagaimanapun, kebanyakan bunga estetik yang popular seperti bunga raya, mawar, tulip dan sebagainya tidak mengeluarkan buah.

Penghasilan bunga juga boleh menjadi salah satu penentu nilai bagi tanaman hiasan tertentu.

Kebanyakan bunga popular juga dikenali dengan keindahan serta harumannya yang memukau.

Sesetengah daripadanya turut ditanam secara meluas bagi mendapatkan minyak pati yang berharga.

Sumber : Silk Infinity Flowers

Jika diamati, setiap gambar bunga menyimpan maksud yang cukup istimewa.

Setiap jenis bunga pula mempunyai keindahannya khusus serta boleh mewakili perasaan si pemberi kepada penerima.

Jadi, apakah bunga yang mendapat tempat di hati anda?

Sumber : digilib.isi.ac.id, teleflora.com

Baca Juga : Bunga Mawar : Maksud Mengikut Warna dan Jumlah dalam Jambangan

Bantu kami share artikel ini: