JPJePlate: Nombor Plat Khas Bagi Kenderaan Elektrik

Sejak beberapa bulan lepas, timbul ura-ura mengatakan kerajaan akan memperkenalkan nombor plat khas bagi kenderaan elektrik (EV) dan nampaknya perkara tersebut telah direalisasikan melalui “JPJePlate”.

Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada hari ini secara rasmi melancarkan fasa perintis untuk plat nombor piawai baharu yang dipanggil JPJePlate.

Untuk fasa ini, JPJePlate hanya diwajibkan untuk kenderaan elektrik berkuasa bateri dan sel bahan api hidrogen baharu (tidak termasuk motosikal) yang dihantar mulai hari ini, 9 September dan seterusnya.

Bagi pemilik EV sedia ada, mereka hanya boleh memesan JPJ ePlate untuk EV mereka bermula 9 November 2024 namun mereka boleh mendaftar minat mereka dengan mengisi borang di halaman https://jpjeplate.jpj.gov.my/laman-utama/

Secara umum, fasa perintis JPJePlate untuk EV ialah permulaan pelancaran untuk plat nombor piawai nasional yang akan diperluaskan kepada kenderaan konvensional.

Apa itu JPJePlate?

JPJePlate ialah plat nombor yang direka khas di bawah inisiatif Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk merevolusikan industri pengangkutan.

Matlamat utamanya adalah untuk menyeragamkan reka bentuk nombor plat kepada semua populasi kenderaan motor dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Fasa pertama pelaksanaan penggunaan plat nombor JPJePlate ini akan dimulakan dengan Kenderaan Motor Tiada Pelepasan Gas Pencemaran (Free Emission Vehicle, FEV) iaitu kenderaan motor elektrik (EV) selain motosikal yang dikuasakan sepenuhnya oleh sumber elektrik menggunakan bateri elektrik (Plug-in EV/Battery Cell) atau menggunakan sumber hidrogen menguasakan bateri elektrik (Hidrogen. Fuel-Cell EV) secara National Roll Out (NRO).

Pelaksanaan seterusnya yang akan diperluaskan kepada jenis kenderaan lain akan dimaklumkan kelak.

Kepentingan JPJePlate

Plat nombor JPJePlate adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Mempunyai ciri-ciri untuk mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan.
  • Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta bantuan pantas pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
  • Pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasi dengan RFID.

Artikel berkaitan: Kamera AwAS: Senarai Lokasi Kamera JPJ Terkini & Fungsi Baru

Ciri-ciri istimewa

ciri-ciri unik jpjeplate

Plat nombor JPJePlate adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan keselamatan jalan raya dengan peningkatan keterlihatan (reflektif retro) pada waktu malam. Ini adalah penting untuk memastikan keadaan pemanduan yang lebih selamat dan mengurangkan risiko kemalangan.
  • Mempunyai ciri-ciri untuk mencegah pemalsuan dan kecurian kenderaan.
  • Berfungsi sebagai pengenalan pertama untuk tindakan penguatkuasaan serta bantuan pantas pengguna jalan raya sekiranya berlaku kecemasan.
  • Pembolehubah untuk ekosistem Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) yang diintegrasi dengan RFID.

Harga dan bayaran

harga JPJePlate

Plat nombor JPJePlate berharga RM98/set. Setiap set mengandungi:

  • Satu (1) plat hadapan kenderaan;
  • Satu (1) plat belakang kenderaan;
  • Satu (1) pelekat RFID cermin depan dan
  • Termasuk penghantaran standard ke pusat pemasangan yang sah

Anda boleh membuat pesanan baharu untuk membeli gantian nombor plat JPJePlate secara berasingan seperti di berikut:

  • Pengganti plat hadapan dengan harga RM70.00.
  • Pengganti plat belakang dengan harga RM30.00.
  • Pengganti pelekat cermin RFID dengan harga RM35.00.
  • Termasuk penghantaran standard ke rakan pemasangan yang sah.

Anda boleh membuat pembayaran menggunakan:

  • FPX (Financial Process Exchange).
  • Kad kredit dan debit yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia (Visa dan MasterCard).

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai JPJ ePlate, layari laman web rasmi JPJ ePlat di alamat https://jpjeplate.jpj.gov.my/laman-utama/

Bantu kami share artikel ini: