Doa Dapat Kerja – Kumpulan Doa ‘Powerful’ untuk Pencari Kerja

Doa Cari Kerja – Kumpulan Doa ‘Powerful’ untuk Pencari Kerja

Proses mencari kerja adalah fasa yang sangat mencabar bagi kebanyakan orang.

Selain daripada berusaha mencari peluang pekerjaan, menghantar resume ke syarikat-syarikat, meningkatkan kemahiran diri dan seumpamanya, mengamalkan doa juga salah satu usaha yang tidak boleh dipandang ringan.

Dalam proses ini, usaha dan doa perlu berjalan seiring. 

Buat pencari kerja, berikut dikongsikan beberapa doa agar dapat kerja dengan cepat, yang mudah dihafal dan boleh diamalkan setiap hari. 

BACA JUGA: Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Cara Buat Laporan

Hadis Mengalakkan Agar Bekerja

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلَالَا اسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ ، وَسَعْيَا عَلَى أَهْلِهِ ، وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ ، جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ

Maksudnya: 

“Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)

Doa Cari Kerja

Doa adalah permohonan kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan. Doa boleh menjadi sumber kekuatan dalaman yang mendamaikan hati dan jiwa dalam menghadapi cabaran semasa pencarian kerja. 

Kebergantungan kepada Allah bukan sahaja akan mengelakkan rasa putus asa tetapi juga akan membuka pintu-pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.

Berikut adalah beberapa doa yang boleh diamalkan bagi anda yang sedang mencari pekerjaan:

DOA 1: Doa Supaya Cepat Dapat Kerja

Doa Cari Kerja - Kumpulan Doa ‘Powerful’ untuk Pencari Kerja

DOA 2: Doa Supaya Cepat Diterima Kerja

Doa Cari Kerja - Kumpulan Doa ‘Powerful’ untuk Pencari Kerja

DOA 3: Doa Agar Mendapat Peluang Rezeki yang Banyak

DOA 4: Doa Agar Diperbaiki Diri & Dipermudahkan Urusan (Mencari Kerja)

DOA 5: Doa Mendapat Rezeki yang Baik 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: 

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” – (Riwayat Ibn Majah (925))

BACA JUGA: Ucapan Semoga Berjaya Dalam Kerjaya, Peperiksaan dan Quotes Menarik

DOA 6: Doa Mendapat Kebaikan (Rezeki)

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.” – (Surah Al-Qasas, ayat 24).

DOA 7: Doa Agar Diberikan Kemudahan Setiap Urusan

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya:

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.” – (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, 3/225)

DOA 8: Doa Agar Dikurniakan Rezeki

ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةًۭ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًۭا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةًۭ مِّنكَ ۖ وَٱرْزُقْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

Maksudnya:

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. – (Surah Al Maidah, ayat 114)

DOA 9: Doa Agar Diberikan Rezeki Halal

اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحمِيْدُ يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ اَغْنِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَاكْفِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَصَلَّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya:

 “Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Kaya, wahai Dzat Yang Maha Terpuji, wahai Dzat Yang memulai, wahai Dzat Yang Mengembalikan, wahai Dzat Yang Maha Penyayang, wahai Dzat Yang Maha Mencintai.

Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain Engkau. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad Saw. Keluarga dan sahabat beliau.”

DOA 10: Doa Agar Dilapangkan Rezeki

Doa Cari Kerja - Kumpulan Doa ‘Powerful’ untuk Pencari Kerja

Tips Memaksimumkan Keberkatan Doa

Selain daripada membaca doa, terdapat beberapa amalan lain yang boleh membantu meningkatkan keimanan dan kebergantungan kepada Allah SWT ketika mencari kerja:

  • Solat Dhuha: Amalkan solat Dhuha setiap hari. Solat ini sering dikaitkan dengan pembukaan pintu rezeki.
  • Bersedekah: Sedekah adalah satu cara untuk membersihkan rezeki dan membuka lebih banyak peluang kebaikan.
  • Beristighfar: Banyakkan memohon keampunan Allah. Istighfar dipercayai mampu menarik rezeki dan menghilangkan segala halangan dalam hidup.

BACA JUGA: Surat Berhenti Kerja 24 Jam: Contoh dan Panduan

Kesimpulan

Dengan mengamalkan doa cari kerja dan mengikuti senarai doa untuk pencari kerja yang boleh diamalkan, mudah-mudahan usaha anda untuk mendapatkan pekerjaan yang diinginkan akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Ingatlah, walaupun doa itu penting, usaha gigih juga merupakan faktor utama dalam mendapatkan pekerjaan. 

Teruskan berusaha, perbaiki diri, dan jangan lupa berdoa setiap masa. Jangan pernah putus asa kerana rezeki adalah milik Allah, dan Dia sentiasa mendengar doa hamba-Nya. 

Semoga artikel ini bermanfaat bagi pencari kerja  yang sedang mencari pekerjaan. Amin.

BACA JUGA: SPA9: Cara Login SPA, Mohon Kerja Kerajaan & Semakan

Sumber:

  1. Bayan Linnas Siri Ke-193: Bekerja Sebagai Ibadah Meningkatkan Sikap Integriti – Mufti Wilayah Persekutuan
  2. AL-KAFI #1231: MAKSUD REZEKI YANG BAIK DAN CARA MENDAPATKANNYA – Mufti Wilayah Persekutuan
  3. Bahagian Dakwah, Jakim
  4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Bantu kami share artikel ini: