Air Mineral : Khasiat, Kelebihan & Jenama Air Mineral

Air Mineral merupakan air minuman yang berbeza dengan air putih biasa. Hal ini demikian kerana, air jenis ini kaya dengan nutrien semula jadi yang dapat membantu menambah baik dan meningkatkan kesihatan tubuh kita.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda tentang air minuman jenis ini, khasiat dan manfaatnya kepada anda. Jika anda ingin tahu lebih lagi, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

air

Apa itu Air Mineral?

Air mineral merupakan sejenis air minuman yang kaya dengan mineral semula jadi berbanding air minuman berbungkus yang biasa kita lihat. Oleh itu, khasiat yang diperoleh daripada air ini adalah lebih baik dari air minuman biasa.

Jenis dan jumlah nutrien yang ditemui dalam air ini juga bergantung pada sumber air tersebut. Hal ini menyebabkan rasa dan manfaat setiap jenama air ini adalah berbeza.

Untuk pengetahuan anda juga, nutrien yang ditemui dalam air ini juga haruslah ditemui secara semulajadi dan tidak boleh ditambah sewaktu proses pembotolan dilakukan.

Antara nutrien yang boleh ditemui dalam air ini ialah:

  • Magnesium
  • Kalsium
  • Bikarbonat
  • Natrium
  • Sulfat
  • Klorida
  • Fluorida

Dapatkan air mineral spritzer di Shopee dengan harga yang berpatutan.

Kebaikan dan Manfaat

Berikut merupakan kebaikan dan manfaat yang boleh anda peroleh jika anda mengamalkan minuman air mineral ini dalam kehidupan harian anda:

  1. Menyokong Kesihatan Jantung
    • Air jenis ini dapat membantu dalam merendahkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik.
  2. Menurunkan Tekanan Darah
    • Air ini kaya dengan kalsium dan magnesium yang dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah anda.
  3. Menggalakkan Kesihatan Tulang
    • Kandungan bikarbonat, kalsium, dan magnesium yang terdapat dalam air ini mampu menjadi rangsangan tambahan kepada kesihatan tulang kita buat jangka panjang.
  4. Meningkatkan Kesihatan Penghadaman
    • Peningkatan pengambilan magnesium mampu menarik air ke dalam usus. Ini dapat menggalakkan penghidratan yang lebih besar dan ia juga dapat menyokong pergerakan usus yang lebih teratur.
  5. Mengawal Peredaran Darah
    • Kalsium, magnesium dan kalium yang terdapat dalam air ini boleh menggalakkan peredaran darah yang betul.

Sumber: Laman HealthLine

Air Mineral Vs Air Minuman

Selain daripada kualiti, khasiat dan kandungan mineral dalam air, air mineral dan air minuman berbungkus juga mempunyai perbezaan dalam penghasilannya. Berikut merupakan perbezaan-perbezaan tersebut:

JENISSUMBERRAWATANPEMBUNGKUSAN
Air Mineral
Semulajadi
Sumber semula jadi.Tidak banyak proses tambahan.Penutup botol boleh datang dalam pelbagai warna.
Air Minuman
Berbungkus
Boleh datang dari pelbagai sumber.Perlu melalui proses pemurniaan sehingga mencapai standard.Penutup botol bewarna putih.

Anda juga boleh lihat pada infografik yang disediakan oleh KKM untuk mengetahui lebih lagi tentang perbezaan dua jenis air ini

air vs air

Jenama Air Mineral di Malaysia

Berikut merupakan sepuluh (10) jenama air mineral terkenal di Malaysia yang boleh anda pilih sebagai air minuman anda:

  1. Spritzer Natural Mineral Water
  2. F&N Ice Mountain Mineral Water
  3. Desa Mineral Water
  4. Cactus Mineral Water
  5. Bleu Natural Mineral Water
  6. Dasani Mineral Water
  7. SeaMaster Drinking Water Mineral Water
  8. Evian Natural Mineral Water
  9. MOMA Mineral Water
  10. Volvic Mineral Water

Baca juga: Garam Epsom: Kelebihan dan Cara Penggunaannya

Bantu kami share artikel ini: