Bunga Ros : Nama Saintifik dan Potensinya Pada Kesihatan Tubuh

Bunga ros merupakan bunga yang cukup popular di serata dunia.

Selain mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan jambangan bunga indah dan tanaman hiasa, bunga ini juga mempunyai nilai yang tinggi dalam industri minyak wangi, kosmetik dan sering diolah menjadi produk kesihatan.

Sumber : Al Jazeera

Nama Saintifik Bunga Ros

Ros adalah tumbuhan yang tergolong dalam genus Rosa. Antara spesis bunga yang popular adalah Rosa grandiflora, Rosa bonica dan Rosa floribunda.

Sumber : epicgardening.com

Nama bunga ros pula dipercayai berasal daripada mitos Yunani.

Sebuah kisah menyebut bahawa dewa kecantikan iaitu Aphrodite telah memberikan nama bunga ini sebagai ‘Rose’ bersempena dengan nama anaknya iaitu Eros.

Seperti yang kita tahu, Rose atau Mawar juga merupakan antara nama yang popular dan sering diberikan kepada anak perempuan.

Berbalik kepada bunga indah ini, ia mempunyai sehingga 100 jenis spesis dengan pelbagai warna yang menarik seperti putih, kuning, merah gelap dan sebagainya.

Keharumannya pula dikatakan berbeza bergantung kepada jenis dan cuaca persekitarannya.

Berikut dikongsikan beberapa foto ros yang menarik untuk tatapan anda.

bunga ros
Sumber : Photowall
Sumber : Gardener’s Path
bunga ros
Sumber : Nature Nursery
bunga ros
Sumber : highcountryroses.com

Khasiat Bunga Ros

Di samping mendapat permintaan yang tinggi kerana kecantikannya, bunga ini juga ditanam secara meluas untuk dijadikan pelbagai produk seperti air mawar, minyak pati, teh dan sebagainya.

Berikut dikongsikan beberapa potensi khasiat bunga ros untuk kesihatan.

Mempunyai bau yang harum, air mawar sering digunakan sebagai salah satu bahan kosmetik yang popular.

Ini disebabkan oleh manfaatnya pada kesihatan kulit seperti mencegah penuaan, bersifat antibakteria, mencegah keradangan dan tinggi kandungan antioksida.

Di samping itu, air ros juga dipercayai boleh meredakan stres, merawat luka dan sakit kepala.

Satu lagi produk berasaskan mawar yang cukup popular adalah minyak pati.

Minyak ros dikatakan berkesan untuk dijadikan minyak aromaterapi dan mengurangkan rasa sakit dan stres.

Ia juga sesuai untuk digunakan dalam mandian hangat, rendaman kaki atau diletak pada diffuser.

Sumber : curewithpure.co

Turut mengandungi sifat antibakteria dan antifungus, minyak yang dihasilkan daripada bunga ros juga dilihat mampu membantu seseorang mengurangkan senggugut ketika datang bulan.

Menurut Healthline, bunga ini juga selamat untuk dimakan dan dijadikan teh hangat. Bergantung kepada jenisnya, ia boleh memberikan rasa yang manis mahupun pahit.

Teh bunga ros dilihat sesuai untuk dijadikan sebagai alternatif bagi yang ingin mengurangkan pengambilan kafein harian kerana teh bunga ros bebas kafein.

Ia juga mampu membekalkan antioksida penting untuk tubuh iaitu polyphenol. Antara potensi polyphenol untuk kesihatan tubuh ialah mampu mencegah beberapa kanser tertentu, penyakit jantung, diabetes dan kerosakan otak.

Sumber : The Tea Chest Blog

Selain itu, teh ros juga kaya dengan gallic acid yang terkenal dengan sifat antikanser, antibakteria dan antiradang serta anthocyanin yang baik untuk kesihatan mata, pundi kencing serta memori.

Memetik The Healthsite.com, bunga yang cantik ini juga memiliki beberapa manfaat lain untuk tubuh antaranya :

  • Membantu meningkatkan metabolisma dan mengawal berat badan
  • Mencegah simptom buasir
  • Baik untuk kesihatan kulit dan mencegah jerawat secara semulajadi
  • Mencerahkan warna bibir

Tak sangka di sebalik keindahan bunga ini, rupanya terdapat pelbagai potensi pada kesihatan tubuh badan.

Selain bunganya dimakan terus, anda juga boleh dapatkan manfaatnya menerusi produk yang mengandungi ros seperti minyak pati, teh dan produk kecantikan berasaskan bunga ini.

Sumber : Healthline (1), (2), (3), thehealthsite.com

Baca Juga : Bunga Melur : Nama Saintifik dan Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional

Bantu kami share artikel ini: