Tanah Jerlus Masjid India – Kronologi & Perkembangan Terkini

Pada 23 Ogos yang lalu, kita digemparkan dengan tragedi tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India dimana seorang wanita telah jatuh ke dalam lubang (sinkhole) yang begitu dalam.

Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, mangsa, Vijaya Laksmi Goli, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India masih belum ditemukan oleh pasukan penyelamat selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Mangsa merupakan seorang wanita India yang berasal dari India yang sudah berada di Malaysia selama 2 bulan dan difahamkan wanita tersebut sepatutunya pulang ke tanah airnya bersama dengan keluarganya keesokan harinya.

tanah jerlus masjid india
Sumber: Sinar Harian
tanah jerlus masjid india
Sumber: Sinar Harian

Apa itu Tanah Jerlus?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, perkataan “jerlus” membawa maksud “terperosok (ke dlm lubang dll)”

Bukan semua lubang besar yang muncul di permukaan jalan boleh dipanggil ‘sinkhole’ atau tanah jerlus.

Pembentukan Tanah Jerlus

Sumber: Bomba KL

Tanah jerlus biasanya terbentuk apabila air hujan berasid semula jadi menghakis batu-batu di bawah tanah, sekali gus merosakkan lapisan di bawah permukaan jalan.

Menurut Tinjauan Geologi Britain, tanah jerlus adalah pemendapan semula jadi permukaan jalan yang disebabkan oleh pelarutan batu-batu pada kedalaman tertentu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, kejadian quicksand yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur disebabkan oleh faktor geografi dan struktur tanah kawasan tersebut.

Beliau berkata, struktur tanah berbatu kapur yang terdapat di kawasan itu mempengaruhi pergerakan air bawah tanah selain menyebabkan tanah menjadi tidak stabil dan akhirnya mengakibatkan tragedi baru-baru ini berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Artikel menarik: Bantuan Kerajaan 2024: Perincian dan Penambahbaikan

Kronologi Tanah Jerlus Masjid India

Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi tanah jerlus di Masjid India yang disiarkan oleh Astro Awani :

Sumber: Youtube Astro Awani
Sumber: Bernama

Perkembangan Terkini Pencarian Mangsa Tanah Jerlus Masjid India – 30 Ogos

Walaupun sudah memasuki hari kelapan hari ini, tiada tanda-tanda mangsa berjaya ditemui setakat ini.

Pada 4 pagi tadi, dua penyelam skuba dari Akademik JBPM Wilayah Utara turun ke lubang saluran untuk ke kawasan yang dipercayai terdapat “backlog” iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian.

Selaman yang dilakukan selepas pasukan SAR menutup sebahagian saluran dan melencongkan aliran masuk untuk mengurangkan paras air daripada 1.5 meter hingga 0.8 meter di dalam saluran kumbahan.

Pada 11.20 malam tadi, sebuah kren menarik sesuatu dari jerlus itu selain menurunkan pam berkuasa tinggi 10,000 dan 20,000 liter untuk mengepam keluar air dari saluran kumbahan tersebut.

Namun selepas hampir setengah jam melakukan selaman tersebut, usaha itu sekali lagi tidak menemukan hasilnya.

Mesyuarat akan diadakan petang ini, 30 Ogos 2024 untuk menentukan hala tuju operasi SAR Jalan Masjid India. Pihak bomba juga merumuskan bahawa terlampau berisiko untuk teruskan aktiviti SAR menggunakan kaedah penyelaman.

Bantu kami share artikel ini: