Berat Badan Ideal: Cara Mudah Kiraan BMI

Untuk memastikan badan kita sentiasa sihat, kita mestilah mempunyai berat badan berdasarkan Berat Badan Ideal.

Bagi memastikan kita mempuyai berat badan tersebut, kita mestilah sentiasa mengukur berat badan menerusi Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI).

Maksud BMI

BMI adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian seseorang untuk menentukan tahap berat badan seseorang tersebut.

Apabila mengetahui nilai BMI, ini akan dapat membantu seseorang untuk menentukan sama ada dia mempunyai berat badan yang seimbang atau tidak.

Mempunyai nilai BMI yang tidak seimbang sama ada terlalu besar atau kecil boleh mendedahkan seseorang kepada wujudnya masalah kesihatan.

Contohnya, jika besar nilainya, seseorang berkemungkinan terdedah kepada penyakit seperti diabetes, darah tinggi ataupun penyakit jantung. 

Namun, jika terlalu kecil nilainya, ini akan wujud risiko untuk masalah kesihatan seperti anemia, keletihan kronik dan penurunan daya tahan badan terhadap jangkitan mungkin akan terjadi.

Oleh kerana itulah, pentingnya bagi seseorang mengetahui nilai BMI bagi membolehkan anda mencari langkah terbaik bagi mendapatkan nilai BMI yang lebih ideal. 

Formula Pengiraan BMI

Formula pengiraan BMI adalah berikut:

BMI = Berat ( kilogram )
________________________
Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

Contohnya:

Berat badan: 50 kg
Ketinggian: 155 cm (1.55m)

Maka pengiraannya adalah:

50
_____________________ = 20.8

(1.55 x 1.55)

Kategori BMI

Jumlah pengiraan tersebut kemudiannya akan dirujuk kepada kategori BMI seperti jadual di bawah:

Pengiraan BMIKetagori BMI
18.5 atau kurangKekurangan berat badan
18.5 – 24.9Normal
25 – 30Berlebihan berat badan
30 atau lebihObes

Untuk mendapatkan Berat Badan Ideal, seseorang mestilah mendapat 18.5-24.9 bagi pengiraan BMI.

Cara Mendapatkan Berat Badan Ideal

Cara mendapatkan berat badan yang normal adalah:

  • Kekalkan berat badan dalam julat antara  18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.
  • Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  • Kekal aktif setiap hari. Cara hidup yang aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres.

Jika berat badan berlebihan:

  • Sasarkan untuk mengurangkan berat badan dengan perlahan-lahan (kurangkan berat badan sebanyak 0.5–1.0 kg seminggu).
  • Kurangkan pengambilan kalori anda tanpa mengurangkan pengambilan zat-zat makanan yang lain.
  • Tingkatkan aktiviti fizikal anda secara beransur-ansur.

Jika berat badan kurang:

  • Makan tiga sajian utama dan selingkan 1 hingga 3 kali makanan ringan sepanjang hari.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan kalori yang lebih tinggi.
  • Makan hidangan yang lebih besar.

Sumber:

Bantu kami share artikel ini: