Telur Lalat Pada Makanan : Kesan dan Cara Hindari

Telur lalat pada makanan adalah sangat bahaya terutama bagi kanak-kanak dan warga tua. Oleh itu sebagai orang bertanggungjawab sangat penting untuk kita menjaga kebersihan kawasan sekitar agar pembiakan lalat dapat dicegah dari awal.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang bahaya lalat dan telurnya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Lalat

Lalat merupakan serangga kecil yang mampu terbang dengan sangat pantas. Lalat juga mempunyai deria bau yang tajam dan mampu menghasilkan telur lalat dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa.

Disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya, lalat ini mampu menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia. .

Untuk penggetahuan anda juga, seekor lalat betina mampu menghasilkan 600 biji telur sepanjang hayatnya. Namun begitu, kitaran hidup seekor lalat ini adalah pendek iaitu kira-kira 20 hingga 30 hari sahaja.

Spesies lalat yang biasa kita jumpa dinamakan sebagai lalat rumah atau nama saintifiknya Musca Domestica. Ia mempunyai mata berwarna merah dan badan berwarna kelabu.

Lalat

Dapatkan perangkap lalat di Shopee dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Bahaya Lalat

Sifat semulajadi lalat yang sering terbang ketempat yang kotor seperti longkang, timbunan sampah, najis dan bangkai haiwan menyebabkan kuman seperti virus, bakteria, atau parasit menempel pada kaki dan badan lalat.

Hal ini seterusnya menyebabkan kuman-kuman yang menempel itu mudah tersebar jauh. Sebagai contoh, apabila seekor lalat hinggap pada makanan kita, kuman yang melekat ditubuh serangga dan itu akan dipindahkan ke makanan tersebut.

Apabila makanan yang tercemar itu dimakan, kuman yang berada di makanan akan masuk ke dalam sistem penghadaman kita. Perkara inilah yang akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan seperti sakit perut, muntah, dan cirit birit.

Telur Lalat Pada Makanan

Penyakit-penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat ini juga boleh tersebar apabila kita memakan makanan yang telah tercemar dengan telur lalat. Semakin lama sesuatu makanan itu terdedah semakin tinggi kemungkinan makanan tersebut tercemar.

Untuk pengetahuan anda, telur lalat ini boleh dikesan dengan mata kasar, namun ia juga boleh menyembunyikan telurnya di bawah kulit ayam dan di tempat tersembunyi. Ianya berwarna putih dan bentuknya seperti butiran beras, seperti di bawah:

telur lalat
Telur lalat pada Kimchi

Kesan Jika Termakan Telur Lalat

Telur lalat ini sangat bahaya jika kita mengambilnya dalam kuantiti yang besar tanpa kita sedari. Berikut merupakan antara kesan yang mungkin berlaku apabila kita termakan dalam kuantiti yang banyak:

  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Demam kepialu
  • Kolera
  • Jangkitan cacing
  • Najis berdarah

Cara Buang / Hindari Telur Lalat dari Makanan

Pembiakan telur lalat pada makanan ini boleh dihindari dengan melakukan perkara-perkara berikut:

  • Pastikan keadaan rumah anda sentiasa bersih.
  • Buang sampah dan sisa makanan di dalam rumah setiap hari.
  • Tutup makanan dengan tudung saji yang sesuai.
  • Buang makanan yang telah terbiar pada waktu yang lama
  • Buang makanan jika terdapat telur lalat padanya
  • Pastikan tempat membuang haiwan peliharaan anda sentiasa bersih.
  • Elakkan makan di restoran yang tidak bersih dan menyajikan makanan yang terdedah.
  • Gunakan pelindung jaring pada tingkap untuk mengelakkan kemasukan lalat.
  • Boleh menggunakan perangkap lalat atau alat pembunuh lalat elektrik untuk mengurangkan jumlah lalat di rumah.

Baca juga: Ubat Gegat: 6 Fungsi Terbaik Menghapuskan Serangga Perosak

Bantu kami share artikel ini: