MRSM Teknikal: Kelebihan, Lokasi & Subjek Ditawarkan

MRSM Teknikal dikenali sebagai MRSM yang menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM.

Ini adalah merupakan salah satu program yang ditawarkan di MRSM kepada pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.

Mengenai MRSM Teknikal

MRSM ini merupakan program yang menggabungkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (loT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

Kelebihan MRSM Teknikal

Antara kelebihan MRSM ini adalah seperti berikut:

  • Program pendidikan berasaskan aliran teknikal dan kejuruteraan.
  • Sistem Pendidikan MRSM berasaskan STEM.
  • Subjek biologi digantikann dengan Sains Kejuruteraan (Robotik, Mekanikal, dan Elektrikal)

Subjek Yang Ditawarkan

Subjek yang ditawarkan bagi program ini adalah seperti di bawah:

Lokasi MRSM Teknikal

Buat masa ini, hanya ada satu sahaja MRSM yang menawarkan program ini iaitu MRSM Bentong.

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke MRSM ini adalah seperti berikut:

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. lbu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon perlu memohon secara dalam talian (online) dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon wajib menduduki Ujian Khas Teknikal.
  5. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari.
  6. Calon lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012 bagi calon Tingkatan 1 2024.
  7. Ibu bapa/penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Contoh Soalan UKKM

Antara contoh soalan UKKM adalah seperti berikut:

Contoh Soalan Matematik

  • Seorang petani mempunyai 100 ekor lembu dan ayam. Berapakah jumlah kesemua kaki binatang ialah 250. Berapa ekor ayam yang ada?

Contoh Soalan Sains

  • Berbentuk Pengetahuan Am.
  • Tidak terlaku melibatkan fakta seperti:
    – Apa yang akan terjadi?
    – Apa yang kita perlu buat?

Contoh Soalan Ujian Keperibadian

  • Ujian Keperibadian merupakan ujian personaliti diri.
  • Pelajar perlu menjawab soalan yang lebih terarah kepada ciri-ciri pelajar yang diperlukan di MRSM.
  • Contohnya pelajar yang ke arah sains, teknologi dan mempunyai sifat kepimpinan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai MRSM, sila layari laman web https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/mrsm/program-sistem-pendidikan-mrsm/

Baca juga: MRSM Ulul Albab: Lokasi, Kelebihan & Subjek

Bantu kami share artikel ini: