Google Pixel 9 Malaysia: Harga, Varian dan Spesifikasi

Buat pertama kalinya, telefon pintar Pixel keluaran Google akan dijual secara rasmi dalam pasaran Malaysia dengan penjualan Pixel 9.

Ini merupakan berita menarik kerana sebelum kemasukan Pixel ke pasaran Malaysia, pemminat telefon pintar daripada Google ini terpakksa membeli telefon ini dari luar atau reseller yang sudah semestinya tidak mendapat perlindungan wranti dari pihak Google.

Untuk model keluaran baru ini, Pixel 9 akan didatangkan dalam beberapa varian antaranya Pixel 9, Pixel 9 Pro, Pixel 9 Pro XL dan Pixel 9 Pro Fold.

Walau bagaimanapun, terdapat ura-ura mengatakan bahawa mode 9 Pro Fold tidak akan dijual dalam pasaran Malaysia.

Spesifikasi

Berikut merupakan ringkasan spesifikasi untuk ketiga-tiga varian Google Pixel 9 ini:

Google Pixel 9Google Pixel 9 ProGoogle Pixel 9 Pro XL
6.3″ OLED, 120Hz
Actua Display, HDR10+
6.3″ LTPO OLED, 120Hz
Actua Display, HDR10+
6.8″ LTPO OLED, 120Hz
Actua Display, HDR10+
Google Tensor G4 (4nm)
1 X 3.1 GHz Cortex X4
3 X 2.6 GHz Cortex A720
4 X 1.95 GHz Cortex A720
Google Tensor G4 (4nm)
1 X 3.1 GHz Cortex X4
3 X 2.6 GHz Cortex A720
4 X 1.95 GHz Cortex A720
Google Tensor G4 (4nm)
1 X 3.1 GHz Cortex X4
3 X 2.6 GHz Cortex A720
4 X 1.95 GHz Cortex A720
Mali G-715 MC7Adreno 750Adreno 750
12 GB LPDRR5X16 GB LPDRR5X16 GB LPDRR5X
128/256/512/1000 GB UFS 3.1128/256/512 GB UFS 3.1128/256/512/1000 GB UFS 3.1
Kamera Utama
50MP f/1.7, OIS (Utama)
48MP f/1.7 (Ultra Lebar)
Kamera Utama
50MP f/1.7, OIS (Utama)
48MP f/1.7 (Ultra Lebar)
48MP f/2.8, OIS (Telefoto)
Kamera Utama
50MP f/1.7, OIS (Utama)
48MP f/1.7 (Ultra Lebar)
48MP f/2.8, OIS (Telefoto)
Kamera Hadapan
10.5MP f/2.2
Kamera Hadapan
42MP f/2.2
Kamera Hadapan
42MP f/2.2
IP68IP68IP68
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
4700 mAh (Berwayar 27W)4700 mAh (Berwayar 27W)5060 mAh (Berwayar 37W)
Sumber; Amanz

Warna

google pixel 9 malaysia

Pixel 9 datang dalam warna Peony, Wintergreen, Porcelain dan Obsidian. S

Sementara itu, siri Pixel 9 Pro boleh didapati dalam Porcelain, Rose Quartz, Hazel dan Obsidian.

Artikel berkaitan: Cara Daftar Google Adsense Untuk Youtube & Website

Harga

Berikut merupakan harga bagi ketiga-tiga varian Google Pixel 9 telefon pintar ini bagi storan yang berbeza:

Pixel 9

  • RM 3999 (12/128GB)
  • RM 4499 (12/256GB)

Pixel 9 Pro

  • RM 5199 (16/128GB)
  • RM 5699 (16/256GB)
  • RM 6299 (16/512GB)

Pixel 9 Pro XL

  • RM 5699 (12/128GB)
  • RM 6199 (16/256GB)
  • RM 6799 (16/512GB)
  • RM 7999 (16/1000GB)

Cara beli Google Pixel 9

Buat masa ini, GGoggle Pixel 9 boleh dibeli secara prapesanan daripada penjual sah SenQ dan Urban Republic.

Menurut SenQ, pelanggan kini boleh membuat tempahan dengan deposit RM100 dan peranti Pixel dijangka tersedia mulai 22 Ogos 2024.

Di Urban Republic, pelanggan boleh menempah Pixel 9 dan Pixel 9 Pro dengan deposit RM300 dan mereka menawarkan pengambilan di kedai sahaja.

Bantu kami share artikel ini: