Biodata Muhammad Shah Firdaus Sahrom – Atlet Basikal Malaysia

Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi satu-satunya pelumba basikal negara yang layak untuk ke peringkat final dalam acara keirin.

Walaupun menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 sekaligus tidak menyumbangkan pingat buat kontinjen negara, namun beliau telah berjuang habis-habisan.

Negara kita amat berterima kasih dengan Muhammad Shah Firdaus atas segala usaha yang dilakukan dan semangat juang tinggi untuk mengharumkan nama negara.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu yang kian dikenali ramai.

Baca juga:

Latar Belakang

Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Kredit: Instagram @shahfirdaus95
NamaMuhammad Shah Firdaus Sahrom 
Nama PanggilanShah Firdaus
Tarikh Lahir26 November 1995
Tempat LahirMuar, Johor
PekerjaanPelumba Basikal (Atlet Malaysia)
JurulatihJohn Beasly
Berat Badan85 kg
Ketinggian181 cm
Akaun Media SosialInstagram @shahfirdaus95
Facebook @shahfirdaus95
@shahfirdaus95

Kehidupan Peribadi

Muhammad Shah Firdaus merupakan anak kelahiran Muar, Johor. Shah Firdaus telah diintai sebagai atlet trek pelapis negara sejak beberapa tahun lalu dari rekod dan kejayaannya dalam sukan tersebut.

Antara pencapaian yang masih diingati adalah semasa Shah meraih pingat perak dalam acara Keirin di Kejohanan Asia di Jakarta pada tahun 2019.

Kerjaya & Profesional

Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Kredit: Instagram @shahfirdaus95

Muhammad Shah Firdaus Sahrom adalah seorang atlet pelumba basikal negara yang banyak beraksi dan menyumbangkan pingat dalam acara keirin dan pecut di peringkat kebangsaan, asia, dan antarabangsa.

Pencapaian Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Sebagai pelumba basikal negara yang banyak menyertai acara berbasikal di peringkat antarabangsa, Shah Firdaus memiliki koleksi pingat di pelbagai kejohanan berbasikal keirin dan pecut.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Shah Firdaus sepanjang menjadi pelumba basikal trek:

Anugerah:

  • Olahragawan Negeri Johor 2023
Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Kredit: Instagram @shahfirdaus95

Pencapaian:

PertandinganAcaraPingatTahunTempat
Kejohanan AsiaKeirinGangsa2017New Delhi
Sukan AsiaPecut berpasukanPerak2018Jakarta-Pelambang
Kejohanan AsiaKeirinPerak2019Jakarta
Kejohanan AsiaPecut Gangsa2019Jakarta
Kejohanan AsiaPecut berpasukanGangsa2019Jakarta
Sukan KomanwelKeirinGangsa2022Birmingham

Rekod Dalam Basikal Olimpik Malaysia 2024

Pada final keirin di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di  di Velodrom Saint Quentin en Yveline semalam, Shah Firdaus terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keenam.

Beliau mengalami nasib malang apabila dia yang suatu ketika dilihat berada di kedudukan untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa pada pusingan terakhir dilanggar pelumba Jepun, Shinji Nakano yang mengakibatkanya terjatuh.

Beliau yang tidak dapat menamatkan perlumbaan diklasifikasi berada di kedudukan keenam.

Kredit: Facebook Majlis Sukan Negara

Fakta Menarik Mengenai Muhammad Shah Firdaus Sahrom

  • Beliau pernah menewaskan, Datuk Azizulhasni Awang dan mendapat emas dalam acara keirin lelaki dalam Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia pada Tahun 2021.
  • Beliau mempunyai seorang adik lelaki yang turut terlibat dalam sukan berbasikal iaitu, Boy (Ridwan Sahrom)
Sumber: Facebook Azizulhasni Awang

Tahniah! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan berbasikal trek di Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @shahfirdaus95
  2. Facebook Majlis Sukan Negara
Bantu kami share artikel ini: