Belanjawan 2025 : Tarikh Pembentangan & Cadangan

Belanjawan 2025 : Tarikh Pembentangan & Cadangan

Belanjawan 2025 adalah sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menerusi Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 – Ekonomi Madani – Negara Makmur, Rakyat Sejahtera ada mengulas tentang belanjawan yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi tarikh jangkaan Belanjawan 2025, fokus utama yang akan diberi perhatian, dan portal cadangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga:

Apa itu Belanjawan 2025?

Belanjawan adalah sebuah dokumen yang disediakan oleh kerajaan yang menerangkan jumlah wang yang akan digunakan setiap tahun.

Segala hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai, royalti petroleum dan duti
eksais akan dibelanjakan bagi menampung keperluan rakyat seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pekerjaan, pertahanan dan pembangunan negara

Di parlimen, belanjawan dirujuk sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan. RUU ini mengandungi butiran dan anggaran belanja bagi semua kementerian, program kerajaan dan perjawatan

Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 20222.

Selaras dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”, Belanjawan 2025 ini adalah kesinambungan kepada Ekonomi MADANI, sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia yang berhasrat untuk menaikkan siling potensi ekonomi negara dan lantai mutu kehidupan rakyat.

Fokus Belanjawan 2025

Belanjawan 2025 atau Belanjawan MADANI 2025 yang akan dibentangkan ini berpandukan kepada beberapa asas khusus, termasuklah pendekatan memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih pesat, bagi membolehkan usaha meningkatkan penyediaan kemudahan kepada rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, Belanjawan MADANI yang ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan akan merancakkan lagi usaha untuk meningkatkan siling dan menstruktur semula ekonomi supaya Malaysia mencapai tahap ekonomi utama di Asia.

“Ini yang kita tekankan mengenai menaikkan siling (ekonomi) supaya penstrukturan ekonomi itu dalam memacu pertumbuhan, daya cipta, daya saing, pendigitalan, AI (kecerdasan buatan) yang diterokai dan reformasi dalam penjawat awam kerana ia tidak boleh kita harap cara dan kaedah lama untuk kita capai pendekatan baharu atau dasar baharu,” katanya.

Selain siling ekonomi, kerajaan juga ingin menaikkan lantai pendapatan supaya masyarakat terutama di desa, miskin bandar dan pedalaman tidak ketinggalan dalam merasai nikmat perubahan.

“Secara relatif, bahan penting di Malaysia iaitu bahan asas seperti gula, tepung, minyak petrol, diesel atau minyak masak itu ketimbang lebih jauh murah di Malaysia (berbanding negara lain) tapi itu tidak boleh menolak kenyataan bahawa kos sara hidup masih menekan sebahagian besar rakyat.

“Kita juga harus fikir kaedah baharu, melenyapkan kartel atau monopoli atau mengelak ketirisan supaya pulangan itu akan balik kepada rakyat sama ada bantuan tunai langsung seperti STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ataupun bantuan khusus untuk (golongan) yang paling miskin iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah) atau menumpukan yang saya berikan keutamaan bidang kesihatan dan pendidikan,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Bagi menjayakan reformasi ekonomi negara, Belanjawan 2025 juga akan menumpu kepada usaha penambahbaikan tatakelola untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan menoktahkan budaya rasuah.

Tarikh Pembentangan

Menurut kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jangkaan Belanjawan 2025 adalah pada 18 Oktober 2024.

Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang akhbar.

Katanya, “Sidang Parlimen pada bulan Oktober akan bermula pada 14 Oktober dan Belanjawan 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober. Ini tarikh yang ada pada waktu ini, sekiranya ada apa-apa perubahan kita akan maklumkan.”

Sumber: Malaysia Gazette

Kejayaan Awal Menuju Belanjawan 2025

Belanjawan 2025

1. Penarafan kredit A- dan BBB+

Oleh S&P Global Ratings (S&P) dan Fitch Ratings (Fitch) dengen menetapkan prospek stabil.

2. Pertumbuhan KDNK 4.2%

Suku pertama 2024, naik berbanding 3% suku keempat 2023.

3. Pemulihan Eksport Barangan

Pertumbuhan 5.2% pada suku pertama 2024 berbanding penguncupan 8.1% untuk tahun 2023.

4. Paras Indeks Bursa FBM KLCI

Melepasi 1,600 mata dan nilai pasaran ekuiti domestik mencecah angka tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2 trillion.

5. Pencapaian Tertinggi Dengan Pelaburan Langsung Yang Diluluskan

Tahun 2023 sebanyak RM329.5 bilion atau 23% lebih tinggi ketimbang tahun 2022.

Portal Cadangan dan Pendapat

Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan pendapat bagi Belanjawan 2025 untuk memperkasa Malaysia MADANI seperti di pautan berikut:

https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ atau https://forms.gle/NQQ8W7LnxRXs61xU8 atau QR Code di bawah:

Belanjawan 2025
Bantu kami share artikel ini: