DDR Sorting Centre: Maksud & Fungsinya

Bagi mereka yang selalu membeli belah secara atas talian seperti Shopee, pasti anda akan perasan barangan anda akan ke DDR Sorting Centre sebelum barang anda dihantar ke rumah anda.

Namun tidka ramai yang mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pusat ini dan mengapakah setiap barang perlu ke pusat ini sebelum dihantar ke rumah penerima.

Jadi, untuk hal ini akan diterangkan apakah maksud pusat ini dan tindakan yang boleh anda lakukan setelah barang anda tiba di tempat tersebut.

Maksud DDR Sorting Centre

Pusat ini adalah nama yang disingkatkan daripada perkataan “Delivery Depot and Redistribution Sorting Centre.”

Pusat ini berperanan dalam menyusun semula dan mengagihkan barang-barang yang dihantar melalui syarikat perkhidmatan penghantaran seperti Pos Malaysia, Shopee Express, Courier Express, dan banyak lagi. 

Pusat ini juga merupakan destinasi barang-barang ini disusun semula, dikumpulkan, dan dihantar ke pelabagai destinasi mengikut alamat penerima.

Fungsi DDR Sorting Centre

Setiap syarikat perkhidmatan penghantaran mempunyai pusat ini yang berfungsi:

  • Pusat pengumpulan barang-barang untuk dihantar kepada penerima.
  • Pusat penyimpanan sementara bagi barang-barang yang mungkin memerlukan tindakan tambahan
  • Memastikan barang-barang tersebut sampai kepada penerima dengan cepat dan selamat.

Tindakan Ketika Barang Berada Di DDR Sorting Centre

Pelanggan boleh mengambil tindakan berikut apabila mengetahui barang mereka berada di pusat tersebut:

  1. Memantau Penghantaran: Penerima perlu memantau status penghantaran apabila barang mereka tiba di pusat tersebut menerusi laman web atau aplikasi yang disediakan oleh syarikat penghantaran berkenaan.
  2. Memastikan Alamat yang Jelas: Penerima perlu memastikan maklumat alamat penerima adalah jelas dan tepat bagi membantu proses penghantaran berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
  3. Memastikan Keselamatan Barang: Pengirim juga bertanggungjawab bagi memastikan barang mereka disiapkan dengan betul dan dilindungi dengan baik untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran
  4. Pusat Pertanyaan: Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kekeliruan mengenai penghantaran, pengirim atau penerima boleh menghubungi khidmat pelanggan syarikat pengangkutan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lokasi Pusat

Untuk Shopee Express, lokasi pusat ini adalah seperti alamat di bawah:

DDR Sorting Centre
Pelabuhan Barat,
42920 Port Klang, Selangor
03-2777-9222

Sumber: https://www.mycourier.my/ddr-sorting-centre-shopee/

Baca juga: Cara Daftar, Topup dan Withdraw ShopeePay

Bantu kami share artikel ini: