Istiadat Pertabalan Agong 2024, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Istiadat Pertabalan Agong 2024 akan diadakan pada 20 Julai 2024 di Istana Negara, Kuala Lumpur. 

Ini adalah salah satu dari keunikan Malaysia yang tidak dimiliki oleh negara-negara lain. Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilakukan secara bergilir setiap lima tahun.

Dan untuk tahun ini, kita akan meraikan upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi secara lengkap maklumat dan informasi penting berkenaan dengan Istiadat Pertabalan Agong 2024.

Baca juga:

Apa itu Istiadat Pertabalan Agong?

Istiadat Pertabalan Agong adalah sebuah majlis penuh istiadat bagi merasmikan penakan takhta seseorang raja pemerintah yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong di Malaysia.

Majlis pertabalan ini akan dihadiri oleh para pembesar negara, ahli-ahli Parlimen, dan tetamu kehormat dari dalam dan luar negara, menjadikan ia satu acara bersejarah yang bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dalam adat istiadat pertabalan, Yang Di-Pertuan Agong akan melafazkan dan menandatangani sumpah jawatan Yang Di-Pertua Agong.

Pertabalan Agong 2024
Sumber : ASTRO Radio News

Bila Istiadat Pertabalan Agong 2024?

Istiadat Pertabalan Agong 2024, Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan berlangsung pada 20 Julai 2024 (Sabtu), jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur

Dijangka kira-kira 700 tetamu termasuk raja-raja Melayu, Yang Dipertuan-Yang Dipertuan Negeri, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Jemaah Menteri, komuniti diplomatik asing di negara ini, serta pemimpin-pemimpin utama negara akan hadir.

Seramai 2,000 petugas merentasi pelbagai agensi akan terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Agong 2024 ini.

Biodata Yang Di-Pertuan Agong ke-17

Pertabalan Agong 2024

Pada 31 Januari 2024, Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. 

Upacara ini menandakan permulaan rasmi pemerintahan baginda sebagai Ketua Negara Malaysia. 

Tarikh-Tarikh Penting Istiadat Pertabalan Agong 2024

Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam Istiadat Pertabalan Agong 2024:

  • 18 Julai 2024 – Majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
  • 19 Julai 2024 – Bacaan Khutbah Jumaat khas yang memberikan penjelasan serta peringatan kepada umat Isam mengenai kepentingan Institusi Raja Berpelembagaan.
  • 20 Julai 2024, 10 Pagi – Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur.
  • 20 Julai 2024, 8.30 Malam – Majlis Santapan Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur.
  • 23 Julai 2024 – Raja Permaisuri Agong berangkat melawat Hospital Orang Asli Gombak , Selangor.
  • 25 Julai 2024 – Pameran Raja Kita di Muzium Negara Kuala Lumpur.
  • 27 Julai 2024 – Acara Istiadat Pertabalan akan selesai dengan Jamuan Teh Diraja di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Keunikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

Dimaklumkan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana persiapan yang diatur rapi turut mendapat sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Misalnya dari segi persiapan kad jemputan, Baginda berdua memberi sedikit kelainan kad itu warnanya biru Tiffany (seakan-akan warna firus namun lebih kebiruan) iaitu warna kegemaran Seri Paduka Baginda.

Bahkan untuk cenderamata pertabalan, pingat pertabalan juga semuanya dilihat dengan begitu terperinci oleh Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut mengutamakan corak bunga raya yang membawa simbolik Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara Malaysia, sekalipun pada lambang Diraja Johor ada motif tumbuhan lada dan gambir.

Penutupan Jalan Sempena Istiadat Pertabalan 2024

Sebanyak 14 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, Sabtu ini.

Tujuan penutupan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada tetamu Diraja untuk melalui laluan berkenaan dan sampai pada masa yang telah pun ditetapkan.

Penutupan jalan tersebut akan bermula dari jam 8 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan jam 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja. Ia akan dibuka semula selepas tetamu berkenaan melalui laluan berkenaan.

Laluan jalan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Jalan Tun Razak
  • Jalan Kia Peng
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ampang
  • Jalan Sultan Ismail Lebuhraya Sultan lskandar
  • Jalan Tuanku Abdul Halim
  • Jalan Semantan
  • Jalan Damansara
  • Jalan Istana Kuala Lumpur-Seremban Expressway
  • Jalan Kuching (arah Selatan)
  • Bulatan Dato Onn
  • Jalan Parlimen

Seramai 387 pegawai kanan serta pegawai rendah polis juga akan ditempatkan bagi melaksanakan penugasan mengiring orang kenamaan, mengawal lalu lintas, menguatkuasakan undang-undang jalan raya agar acara yang penuh dengan Istiadat Negara dapat berlangsung dengan jayanya.

Siaran Langsung

Anda boleh saksikan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada 20 Julai 2024 (Sabtu), pukul 8.00 pagi di TV1, RTM.

Atau tonton secara langsung di Facebook live Radio Televisyen Malaysia, Kementerian Komunikasi, dan semua saluran televisyen tempatan di Malaysia.

Sebanyak 222 kawasan Parlimen juga dipasangkan wayang pacak untuk menayangkan siaran langsung istiadat pertabalan tersebut.

Justeru, marilah kita sama-sama menyaksikan upacara Istiadat Pertabalan Agong 2024 tersebut kerana ia merupakan sejarah warisan kesultanan Melayu dalam membentuk sebuah negara bertamadun dan beradat.

Bantu kami share artikel ini: