Bahasa Melayu Klasik: Contoh & Senarai Kosa Kata

Bahasa Melayu mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana mempunyai Bahasa Melayu Klasik atau Bahasa Melayu Lama.

Bahasa Melayu ini secara umumnya merujuk kepada penggunaan Bahasa Melayu oleh orang-orang yang terdahulu.

Namun, bahasa ini juga mengalami evolusi dan perubahan seperti yang dilihat pada hari ini.

Mengenai Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik ialah Bahasa Melayu yang digunakan sekitar abad ke 14 hingga ke abad 19. 

Pembentukan istilah dalam Bahasa Melayu Klasik dipengaruhi oleh bahasa asing melalui peminjaman kata seperti bahasa Inggeris, Arab, Portugis, Belanda dan Sanskrit.

Bahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu Kuno yang merupakan bahasa lama atau yang bersifat klasikal sudah jarang-jarang digunakan.

Terdapat banyak istilah lama yang tidak lagi digunakan dalam penulisan dan perbualan masa kini sedangkan penggunaannya masih lagi relevan.

Contoh & Kosa Kata Bahasa Melayu Klasik

Contoh dan kosa kata Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat menerusi senarai di bawah:

PerkataanMaksud
Risitersinggung
Gilamajnun
Fiilperbuatan 
Prajakota 
Seyugiasepatutnya 
Kesumatdendam\kebencian
Jahilbodoh
Inderalokasyurga 
Asmara lokaalam cinta
Kamacinta\asmara
Pukahpatah\rekah\bengkok
Kiranacantik
Masyghulmurung\sedih
Segaralautan 
Mega berarakawan
Mayapadadunia
Atmajiwa\nyawa
Bejatrosak\kelakuan buruk
Geruhcelaka\nasib buruk
Kamilsempurna\lengkap
Bungkamdiam\tidak bersuara
Kandillampu\pelita
Sahmurapermata
Bermukahberzina
Baculpenakut\tidak brsemangat 
Alma meteruniversiti\maktab\sekolah
Maslahatfaedah\manfaat\berguna
Manikambatu permata
Kendatipunwalaupun\meskipun
Sasarsetengah gila 
Adukalelaki
Renjanasayang
Kelasianak kapal
Sungguhnian
Balianbomoh 
Abintarapesuruh raja 
Aburboros 
Abrarkuat amal ibadat
Balighdewasa\cukup umur 
Bancangmenghalang\merintangi
Baluisteri kematian suami
Candawarapeti tempat menyimpan wang
Dianlampu\pelita
Kelambir kotaikelapa kering
Penjuritperajurit\tentera
Menyembahmemberi hormat
Beradutidur
Citragambaran
Istirahatberehat
Hattamaka
Jauh hatiberkecil hati
Gundah gulanasangat sedih
Cacautidak tentu arah 
Arkianmaka
Barang bilaapabila
Santapmakan
Tatkalapada masa itu
Syahadanselanjutnya
Metamengamuk
Maakullogik
Maburlari
Lulukintai
Bercamperabertempiaran/pecah-belah

Sumber: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/bahasa-melayu-klasik-citra-malaysiana-319174

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: