Biodata Amin Idris, Penceramah dan Pengacara TV Terkenal

Sebut sahaja tentang Amin Idris, pasti ramai yang mengenalinya sebagai “Iron Man Malaysia”.

Siapa sangka sosok seorang pengacara dan penceramah terkenal ini rupanya mempunyai hobi dan minat untuk mengumpul koleksi barangan Marvel, Iron Man.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Amin Idris.

Baca juga:

Latar Belakang

Amin idris
Kredit: Instagram @amin_idris
NamaAmin Idris
Nama GelaranAmin Idris, Abid Abdullah, Bro Amin
Tarikh Lahir4 April 1981
Tempat LahirSibu, Sarawak
PekerjaanPengacara Televisyen, Penceramah Motivasi, Pendakwah Bebas, Penulis Buku & Personaliti Media
PendidikanIjazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Ijazah Sarjana dalam jurusan Bimbangan dan Kauseling (UIAM)
Akaun Media SosialInstagram @amin_idris
Facebook @Aminidrispage
Twitter @iamaminidris
TikTok @iamaminidris
YouTube @THEAMINIDRISSHOW

Kehidupan Peribadi

Amin Idris merupakan seorang mualaf yang mana ayahnya berbangsa India dan Iban, manakala ibunya pula berbangsa Siam, Cina dan Filipina.

Beliau telah berkahwin dan dikurnikan tiga orang cahaya mata, seorang lelaki dan dua orang perempuan.

amin idris
Kredit: Instagram @amin_idris
@molekfm

Masyaallah baru tahu @Amin Idris masuk islam umur 4 tahun sek awok weh!! 🥹 tapi nakal jugok dih abdo Amin jamey- jamey budok dulu 😜 #MolekFM #MolekPagiDuo #DJNazz #Qila #aminidris

♬ original sound – Molek FM – Molek FM

Kerjaya & Profesional Amin Idris

Amin Idris memulakan kerjayanya sebagai penulis skrip dan kandungan di TV Pendidikan TV2 dari tahun 2005 hingga 2007.

Dalam masa yang sama beliau juga mengacara siaran langsung bagi Majlis Tilawah Al Quran Kebangsaan dan Antarabangsa, penyampai rancangan Motivasi Pagi di Ikim Radio, dan klip motivasi Bahasa Inggeris di TraXX FM.

Amin Idris juga mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Antara program yang beliau terlibat adalah seperti:

  • Pengacara TV Alhijrah dalam rancangan Assalamu’alaikum, Bicara dan Segmen Motivasi, Pentas Dakwah, Maqasid Syariah dan banyak lagi.
  • Pernah mengacarakan rancangan-rancangan TV pendidikan di TV9.
  • Pernah mengacarakan Rancangan khas sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan .
  • Berpengalaman mengacara dalam rancangan siaran langsung Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan 2008 dan 2009.
  • Pernah mengacara Tilawah al-Qur’an Peringkat Antarabangsa 2008 dan 2009.
  • Berpengalaman menjadi pengacara Forum Perdana Ehwal Islam.
  • Pengacara studio Sambutan Maulidur Rasul Kebangsaan 2009.
  • Pengacara rancangan bualbiacara al-Bayan terbitan JAKIM.

Jawatan & Kelayakan Profesional:

  • Setiausaha Agung kepada Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Certified NLP Practitioner dan NLP Master Practitioner oleh National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP)
  • Penerima sijil Iktiraf ‘Trainer Basic Training’ oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia atau TAMRIN.
  • Certified Professional Image Consultant oleh Akademi Imej (Training Cube International Sdn. Bhd.)
  • Practitioner Professional Learning Facilitator oleh Take Charge Sdn. Bhd.
  • Penerima tauliah sebagai Ahli bertaraf Profesional kepada Malaysian Association Professional Speakers (MAPS). Sebuah badan yang menganggotai IFFPS (International Federation of Professional Speakers) yang diiktiraf di Amerika Syarikat, United kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Afrika Selatan, Singapura dan Jerman.

Penglibatan di TV & Radio:

  • Tetamu Wanita Hari Ini TV3.
  • Motivator untuk Motivasi Pagi di TV3.
  • Tetamu bual bicara di Radio 24, Nasional.fm.
  • Klip motivasi di stesen radio Traxxx.fm (90.3).
  • Menjadi tetamu jemputan dalam slot motivasi Selamat Pagi Malaysia, Fitrah Kasih & Gen Y di TV1.
  • Menjadi juri dalam program Ceria-i Star di Astro Ceria.

Karya Penulisan:

  • Panduan dan Asas Mesyuarat Berkesan
  • Panduan dan Asas untuk Pemimpin Berwibawa
  • Resipi Kejayaan untuk Presiden Persatuan
  • Resipi Kejayaan untuk Ketua Biro
  • Resipi Kejayaan untuk Kapten Pasukan
  • Resipi Kejayaan untuk Pustakawan
  • Magnet Diri; Cipta Pengaruh Luarbiasa dan Berjaya (Top 10 Best Seller 2009!)
  • Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan
  • Stres Untuk Sukses (2016)
  • Magnet Diri : 23 Individu Hebat (Terbaru 2017)

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluranTV
2018Kembarku RobotPengacara MajlisAstro Ceria

Televisyen:

TahunTajukSebagaiSaluran TV
2016-kiniTazkirah Malam JumaatPengacara Astro Oasis
2021-kiniBorak Dulu Baru BukaPengacaraTV1 / TV Okey

Fakta Menarik Mengenai Amin Idris

Amin Idris
Kredit: Facebook @Aminidrispage
  • Amin Idris sangat meminati dan mengumpul koleksi watak adiwira Marvel, Iron Man termasuk koleksi peribadi sut lengkap.
  • Amin Idris pernah digelar sebagai Iron Man Malaysia.
  • Beliau meminati Robert Downey Jr yang melakonkan watak Tony Stark atau Iron Man.
  • Beliau lahir sebagai seorang yang beragama Kristian, lalu kemudian memeluk agama Islam pada usia 4 tahun.
  • Amin Idris mempunyai rancangan YouTube sendiri iaitu “The Amin Idris Show” yang kini memiliki 112,000 ribu pengikut.
  • Beliau berjinak-jinak dalam kerjaya nyanyian dengan meramkan lagu seperti Ramadhan, Bingkisan 2023, Meniti Cita-Cita, dan Ramadhan Barakahnya Di Sini.

Tahniah Amin Idris! Semoga kejayaan dan pencapaian saudara terus menjadi inspirasi kepada para remaja dan anak-anak muda di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram @amin_idris
  2. Tentang Amin Idris. Akademi Magnet Sukses
Bantu kami share artikel ini: