Asasi UiTM 2024: Bidang Pengajian, Syarat, Cara Mohon

Bagi lepasan SPM 2023, jangan lepaskan peluang memohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM dengan memohon program Asasi UiTM 2024.

UiTM merupakan salah sebuah universiti awam tempatan yang dibuka untuk kaum Bumiputera sahaja.

Ramai pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan yang bagus memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi kerana tempoh pengajian laluan Asasi ke Sarjana Muda adalah paling pantas berbanding STPM/ Diploma.

Pusat Asasi UiTM

Pusat Asasi, atau Centre of Foundation Studies  CFS), telah ditubuhkan pada November 2009 dengan objektif untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar untuk meneruskan program ijazah mereka di UiTM dan institusi pengajian tinggi lain di dalam dan di luar negara.

Pusat ini berusaha untuk memastikan kualiti pendidikan yang tinggi melalui penilaian tahunan berterusan oleh Universiti seperti yang ditunjukkan oleh kepuasan pelajarnya dalam memilih pendidikan prauniversiti.

Pada masa ini, Pusat ini menawarkan sejumlah 46 kursus dalam lima (5) program: Asasi Sains (PI080), Asasi Kejuruteraan (PI009), Asasi Undang-undang [dibahagikan kepada PI005(UiTM) dan PI007(KPT)], dan Asas dalam TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua – PI020).

Semua ini adalah program persediaan sepenuh masa yang khusus disesuaikan untuk ijazah sarjana muda dalam Sains, Kejuruteraan, Undang-undang dan TESL.

Tempoh setiap program adalah dua semester, dengan jumlah 50 jam kredit, untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan, nilai, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk pendidikan tinggi mereka.

Pusat ini juga menekankan tentang kepentingan untuk sentiasa dikemas kini mengenai isu-isu tempatan dan global semasa, peningkatan linguistik, dan pencapaian kemahiran komputer yang luas, pemikiran kritis dan kemahiran kreatif.

Selain aktiviti akademik, pelajar juga terlibat dalam pelbagai kelab yang bertujuan untuk melahirkan individu yang serba boleh.

Program Yang Ditawarkan

Untuk makluman anda, Pusat Asasi UiTM menawarkan lima (5) Program Pengajian :

  1. *Asasi Sains* (PI080) UE0545001
  2. *Asasi Kejuruteraan* (PI009) UE0520001
  3. *Asasi TESL* (PI020) UE0222001 (bagi calon yang telah ditemuduga sahaja)
  4. *Asasi Undang-Undang KPTM* (PI007) UE0380001
  5. *Asasi Undang-undang UiTM* (PI005) UE0380002

Artikel menarik: Kalendar Akademik UiTM 2024 / 2025 : Tarikh Kuliah, Exam & Cuti

Syarat Kelayakan Program Asasi UiTM

Setiap program pengajian Asasi yang ditawarkan telah menetapkan syarat kelayakan yang berbeza-beza mengikut keperluan subkjek yang terlibat.

Untuk menyemak syarat kelayakan anda, sila layari laman web SELangkah di alamat https://selangkah.uitm.edu.my/

Selain itu, anda juga boleh menyemak syarat kelayakan bagi setiap program melalui buku digital yang boleh diakses melalui pautan https://drive.google.com/file/d/1oFsKCmrG-7P57-FU3nhqPBr4tjrBQuyu/view?fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR3lfM3QrIGtRY56FP7eSNlNaAn457pOtffqOtHlgpViGxDDgCQMjoBF52A_aem_ZmFrZWR1bW15MTZieXRlcw

Harap maklum sekiranya anda menepati syarat-syarat kelayakan yang dinyatakkan barulah permohonan anda akan dipertimbangkan.

Memenuhi syarat-syarat kelayakan semata-mata tidak bermakna anda akan ditawarkan secara automatik untuk mengikuti pengajian di UiTm kerana pemilihan calon adalah berdasarkan sistem meritokrasi.

Cara Memohon

Permohonan memasuki program Asasi UiTM boleh dibuat melalui sistem UPU dimana anda dikehendaki meletakkan pilihan program Asasi yang diingini sebagai pilihan utama untuk peluang lebih tinggi ditawarkan pengajian di sini.

Pemilihan calon juga adalah berdasarkan sistem meritokrasi yang bermaksud:

  • Tidak semua calon yang layak itu berjaya ditawarkan kerana bilangan tempat yang disediakan adalah terhad.
  • Tidak semua yang berjaya itu ditawarkan program pilihan kerana persaingan program yang dipohon.

MAKLUMAT LANJUT

Bantu kami share artikel ini: