AEON Bank: Cara Buka Akaun, Servis / Perkhidmatan, Login

AEON Bank secara rasminya telah dilancarkan sebagai bank digital Islam pertama di Malaysia serta menjadi bank digital kedua secara keseluruhan yang tersedia kepada orang ramai di Malaysia.

Sama seperti pesaingnya, GX Bank, bank digital patuh syariah itu menawarkan kad debit percuma untuk penggunanya serta kadar keuntungan yang menarik untuk deposit anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata bank ini menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian perbankan digital patuh syariah yang selamat, ringkas dan inklusif kepada semua rakyat Malaysia, seperti akaun simpanan, pelan simpanan persaraan, pelbagai pilihan peminjaman dan perkhidmatan pembayaran.

Eksklusif untuk kempen pelancaran awam, pelanggan yang mengaktifkan akaun mereka akan layak mendapat bonus pendaftaran 3,000 Aeon Points dan 3X Aeon Points dengan transaksi menggunakan Aeon Bank x Visa Debit Card-i, di atas kadar keuntungan sebanyak 3.88 peratus setahun.

Kenali AEON Bank

AEON Bank ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan perbankan digital di Malaysia.

Konsortium ini diketuai oleh AEON Financial Service Co. Ltd dan AEON Credit Service (M) Berhad merupakan satu daripada 5 konsortium yang telah diberikan lesen bank Digital dan satu daripada dua pemegang lesen bank Islam.

Artikel berkaitan: Maybank Yippie-i: Cara Buka Akaun Online Untuk Anak

Cara buka akaun

Anda boleh mendaftar dengan memuat turun apl perbankan mudah alih AEON Bank daripada Google Play Store atau iOS App Store dan ikut arahan langkah demi langkah yang dinyatakan.

Untuk membuka akaun, anda mesti sudah mempunyai akaun sedia ada dengan bank tradisional dan mendepositkan RM20 ke dalam akaun baharu untuk mengaktifkannya.

RM20 ialah jumlah minimum yang diperlukan untuk mengekalkan akaun dan wang ini tidak boleh digunakna untuk memastikan akaun anda kekal aktif.

Jika anda memutuskan untuk menutup akaun dalam tempoh tiga bulan selepas membukanya, pihak bank akan menggunakan RM20 sebagai yuran penutupan.

Proses onboard mungkin mengambil masa beberapa minit atau sehingga 24 jam. Apa yang anda perlu lakukan ialah mencipta profil dengan AEON Bank dan sahkan identiti anda untuk mendaftar untuk Akaun Simpanan-i.

Proses pendaftaran mungkin mengambil masa beberapa minit atau sehingga 24 jam.

Apa yang anda perlu lakukan ialah mencipta profil dengan AEON Bank dan sahkan identiti anda untuk mendaftar untuk Akaun Simpanan-i.

Setelah pengesahan berjaya dan pemindahan awal ke Akaun Simpanan-i anda, akaun anda akan diaktifkan.

Artikel berkaitan: Cara Tukar Transfer Limit Maybank Online Melalui Maybank2u

Produk dan servis

Buat masa ini, pihak AEON Bank mempunyai Akaun Simpanan-i dengan ciri Saving Pot, Kad Debit-i dan Program Mata AEON.

Program Mata ialah program keahlian yang boleh diperoleh & ditebus di seluruh Kumpulan AEON dan disegerakkan antara AEON Bank dan dompet AEON.

Program ini dikendalikan oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Muat turun aplikasi AEON Bank

AEON Bank

Segala urusan kewangan melalui AEON Bank hanya boleh dilakukan melalui aplikasi rasmi bank ini.

Untuk muat turun aplikasi bank digital ini ke peranti mudah alih and, sila klik salah satu pautan di bawah:

Bantu kami share artikel ini: