Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) & Lencana

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan sebuah cabang perkhidmatan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan TLDM mempunyai sistem pangkat yang tersendiri yang berbeza dengan TDM dan TUDM.

Mengikut Kamus Dewan dan Pustaka, salah satu maksud “pangkat” adalah “tingkatan ke­dudukan dlm kerja”.

Pangkat dalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bukan hanya menandakan kedudukan seseorang individu dalam hierarki TLDM semata-mata, tetapi juga meliputi tanggungjawab yang digalas oleh individu tersebut.

Kepentingan pangkat dalam pasukan tentera

Pangkat dalam pasukan tentera adalah satu sistem perhubungan hierarki dalam angkatan tentera, polis, agensi perisikan atau institusi lain yang disusun bersama kelompok tentera.

Lazimnya, pakaian seragam menandakan pangkat si pemakai dengan lencana khusus yang diletakkan pada pakaian seragam.

Sistem pangkat yang dilaksanakan bagi kebanyakkan sejarah ketenteraan membawa kelebihan buat operasi tentera, terutamanya dari segi logistik, pemerintahan, dan penyelarasan; seperti mana masa berterusan dan operasi tentera menjadi lebih besar dan lebih rumit, pangkat tentera bertambah dan sistem pangkat sendiri menjadi lebih rumit.

Pangkat dalam TLDM

pangkat tentera laut
Kredit: Portal Rasmi TLDM

Laksamana Armada – Pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Buat masa ini ia hanya dipegang oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan yang pernah menjadi Yang Di-Pertuan Agong.

Laksamana – Pangkat tinggi yang terdapat dalam perkhidmatan tentera laut negara-negara tertentu.

Laksamana Madya (Laksdya) – Sebahagian dari susunan pegawai tinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pegawai-pegawai tertinggi TLDM digelar Pegawai Berbendera kerana mereka layak mengibarkan bendera tersendiri ketika memerintah armada atau flotilla.

Laksamana Muda (Laksd) – Pangkat pegawai kanan atau pegawai berbendera dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Laksamana Muda lebih muda dari pangkat Laksamana Madya tetapi lebih kanan dari pangkat Laksamana Pertama dan memakai dua bintang di bahu.

Laksamana Pertama (Laksma) – Pegawai Berbendera yang paling muda di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Untuk senarai penuh pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berserta lencana / insignia bagi setiap pangkat, sila rujuk gambar di atas.

Artikel berkaitan: KT Online: Pendaftaran & Semakan Dividen Koperasi Tentera

Persamaan Pangkat Dalam ATM

Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan gelaran pangkat yang berbeza antara satu sama lain.

Berikut merupakan perbandingan nama dan persamaan taraf pangkat dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini:

TLDMTDM TUDM
Laksamana Armada-LKADA Field Marshal Marshal of The Airforce 
Laksamana-LKSMN Jeneral Jeneral (U)
Laksamana Madya-LAKSDYA Leftenan Jeneral Leftenan Jeneral (U) 
Laksamana Muda-LAKSDA Major Jeneral Major Jeneral (U) 
Laksamana Pertama-LAKSMABrigadier Jeneral Brigadier Jeneral (U) 
Kepten-KEPT Kolonel Kolonel (U) 
Komander-KDR Leftenan Kolonel Leftenan Kolonel (U) 
Leftenan Komander-LT KDR Major Major (U) 
Leftenan-LT Kapten Kapten (U) 
Leftenan Madya-LT DYA Leftenan Leftenan (U) 
Leftenan Muda-LT MDALeftenan MudaLeftenan Muda (U) 
Kadet Kanan-KDT KN  – 
Kadet-KDT Kadet Kadet 
Bantu kami share artikel ini: