Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (11 – 17 Julai 2024)

Berapa harga minyak petrol terkini RON95, RON97 dan Diesel?

Berikut dikongsikan harga minggu ini yang dikongsikan oleh KPDNHEP dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk rujukan bersama.

HARGA RUNCIT MINYAK PETROL & DIESEL

Kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter bermula pada jam 12 tengah malam pada hari Isnin, 10 Jun 2024 di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

KENAIKAN HARGA BARU DIESEL

Bermula pada tengah malam hari Isnin, 10 Jun 2024, harga diesel di semua stesen runcit petrol di semenanjung Malaysia akan ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024, mengikut formula automatic pricing mechanism yang sedia ada.

harga diesel

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata dengan penetapan harga dan pelaksanaan subsidi bersasar, Kerajaan menjangka pengurangan serta-merta kerugian aktiviti ketirisan yang boleh membawa penjimatan RM4 bilion setahun.

harga diesel

Jika dibandingkan dengan negara-negara jiran, harga runcit diesel di Malaysia adalah antara yang terendah.

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN BERKENAAN KERAJAAN LAKSANAKAN PENYASARAN SUBSIDI DIESEL DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA 10 JUN 2024

Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 13 Jun 2024 Hingga 19 Jun 2024

Berikut adalah Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 11 Julai 2024 Hingga 17 Julai 2024 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) :

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  2. Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter;
  3. Harga runcit diesel kekal pada paras RM3.35 seliter, dan RM2.15 di Sabah, Sarawak & Labuan.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kenyataan itu turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran sebenar.

NOTA:

  • RON95 – Khusus untuk kenderaan berdaftar di Malaysia sahaja
  • RON97 – Boleh digunakan oleh semua kenderaan Malaysia & asing

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Tiada Sebab Untuk Naikkan Tambang Bas, Harga Ternakan, Sayuran

Penyarasan subsidi diesel, sepatutnya TIADA SEBAB untuk naikkan tambang bas, harga ternakan atau sayuran!

KPDN wujudkan pasukan petugas khas tangani isu atau aduan berkaitan harga barang dan perkhidmatan – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Sumber : Jabatan Perdana Menteri

harga diesel naik
harga diesel naik
harga diesel naik

Kerajaan menyarankan individu pemilik kenderaan diesel, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak untuk memohon BUDI MADANI. Sila rujuk : BUDI Madani 2024 – Semakan Bayaran Subsidi Diesel Individu

Baca juga:

Untuk makluman, harga minyak petrol akan dikemaskini pada setiap hari Rabu berpandukan data terkini dari portal MOF dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Sumber: KPDNHEP Laman Rasmi

Untuk maklumat lanjut tentang harga produk petroleum RON95, RON97 dan Diesel, sila layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di pautan https://www.mof.gov.my/portal/ms/