Kepentingan Makanan Seimbang: Isi Penting & Contoh Karangan

Untuk karangan bertajuk kepentingan makanan seimbang, berikut adalah isi penting dan contoh karangan.

Murid boleh merujuk isi penting dan contoh karangan ini sebagai rujukan bagi menghadapi peperiksaan.

Isi Penting Pemakanan Seimbang

1. Menjadikan Pembesaran Manusia Lebih Sempurna

  • Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
  • Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.

2. Perkembangan Mental Lebih Stabil dan Berdaya Tahan

  • Mental seseorang bergantung kepada pemakanan yang diambil setiap hari.
  • Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental tidak cukup cerdas atau mudah Ietih.
  • Ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif.

3. Memberikan Vitamin yang Cukup kepada Badan

  • Vitamin yang cukup akan menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
  • Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang.
  • Sebagai contoh, jambu batu yang kaya dengan Vitamin C akan berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel-sel tubuh.

4. Mengawal Kadar Obesiti

  • Manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
  • Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti.
  • Obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Contoh Karangan Kepentingan Makanan Seimbang

i) PENDAHULUAN

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Oleh sebab itulah kempen pemakanan seimbang perlu dipergiatkan melalui pelbagai program dan penulisan artikel mengenai amalan ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

ii) ISI 1: MENJADIKAN PEMBESARAN MANUSIA LEBIH SEMPURNA

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Pemakanan yang seimbang akan mengakibatkan tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Oleh itu, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

iii) ISI 2: PERKEMBANGAN MENTAL LEBIH STABIL DAN BERDAYA TAHAN

Selain itu, pemakanan yang seimbang akan menjadikan perkembangan mental seseorang lebih stabil dan berdaya tahan. Mental seseorang bergantung kepada pemakanan yang diambil setiap hari. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah Ietih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

iv) ISI 3: MEMBERIKAN VITAMIN YANG CUKUP KEPADA BADAN

Pemakanan yang seimbang akan memberikan vitamin yang cukup kepada badan seseorang itu. Vitamin yang cukup akan menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Sebagai contoh, jambu batu yang kaya dengan Vitamin C akan berfungsi sebagai antioksidan bagi mencegah kerosakan sel-sel tubuh. Ini menunjukkan manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera.

v) ISI 4: MENGAWAL KADAR OBESITI

Di samping itu, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti. Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, pengambilan makanan seimbang adalah amat penting untuk manusia. Ini bagi memastikan setiap rakyat dalam negara sentiasa hidup dalam keadaan yang sihat dan bebas daripada penyakit. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu mengamalkan pemakanan seimbang, sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah.

Bantu kami share artikel ini: