Surat Cuti Sakit: Format, Senarai Alasan & Contoh Surat

Untuk mereka yang ingin menulis surat cuti sakit, berikut diterangkan tatacara penulisan surat tersebut berdasarkan format yang betul.

Surat ini boleh digunakan untuk dihantar kepada majikan apabila sakit atau menjawab soalan semasa peperiksaan sekiranya soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan tajuk ini.

Format Surat

Surat cuti sakit perlulah ditulis dalam format surat kiriman rasmi kerana surat tersebut dihantar untuk pemakluman secara rasmi kepada majikan atau pihak sekolah.

Untuk surat kiriman rasmi, terdapat 6 perkara yang perlu ada di dalam surat tersebut:

  1. Alamat pengirim: Alamat pengirim perlulah ditulis dengan penuh.
  2. Nama penerima: Nama penuh penerima mestilah ditulis penuh beserta dengan jawatan rasmi mereka.
  3. Alamat penerima: Alamat penuh penerima mestilah alamat organisasi/jabatan/agensi tersebut.
  4. Tarikh surat dihantar: Tarikh diletakkan di sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima.
  5. Perkara: Merujuk kepada tujuan atau subjek utama surat tersebut dihantar.
  6. Isi surat: Isi surat mestilah menceritakan sebab permohonan cuti sakit dan tempoh cuti sakit dipohon. Nombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perenggan pertama.
  7. Tandatangan dan nama penghantar: Penulis perlu menurunkan tandatangan dan nama penuh penghantar.

Contoh Alasan

Berikut contoh alasan cuti sekolah yang boleh diperincikan secara lebih jelas:

  • Wabak /penyakit – COVID-19 Bergejala covid-19
  • Wabak /penyakit – COVID-19 Dengan kebenaran ibu bapa
  • Wabak /penyakit – COVID-19 Dikuarantin
  • Wabak /penyakit – COVID-19 Penggiliran
  • Wabak /penyakit – SARS
  • Wabak /penyakit – MERS-COV
  • Wabak /penyakit – Tibi
  • Wabak /penyakit – Batuk kokol
  • Wabak /penyakit – Taun
  • Wabak /penyakit – Hepatitis
  • Masalah Peribadi- Bangun lewat
  • Masalah Peribadi- Kesempitan hidup
  • Masalah Peribadi- Tekanan perasan / trauma
  • Masalah Keluarga – Hak penjagaan anak
  • Masalah Keluarga – Ikut keluarga bercuti/berkursus
  • Masalah Keluarga – Jaga keluarga yang sakit
  • Masalah Keluarga – Jaga ahli keluarga
  • Masalah Keluarga – Bantu kerja ibu bapa
  • Masalah Keluarga – Kematian ahli keluarga
  • Masalah Keluarga – Menziarahi keluarga yang sakit
  • Masalah Keluarga – Berpindah randah
  • Masalah Keluarga – Masalah pengangkutan
  • Masalah Keluarga – Bekalan air / elektrik
  • Ancaman Keselamatan – Krisis keluarga
  • Ancaman Keselamatan – Ugutan daripada pihak luar
  • Ancaman Keselamatan – Buli
  • Ancaman Keselamatan – Culik
  • Ancaman Keselamatan – Gangguan mistik/makhluk halus
  • Ancaman Keselamatan – Masalah infrastruktur
  • Ancaman Keselamatan – Pengganas / lanun
  • Ancaman Keselamatan – Gangsterisme
  • Ancaman Keselamatan – Gangguan seksual
  • Ancaman Keselamatan – Risiko mencederakan murid lain
  • Ancaman Keselamatan – Rusuhan di kawasan luar sekolah
  • Ancaman Keselamatan – Binatang liar/buas/berbisa
  • Ancaman Keselamatan – Pencemaran alam
  • Sebab-sebab lain – Temujanji hospital / klinik
  • Sebab-sebab lain – haji / umrah
  • Sebab-sebab lain –Upacara Keagamaan
  • Sebab-sebab lain –Imunisasi Rendah
  • Sebab-sebab lain –Pertandingan / selain aktiviti KPM
  • Sebab-sebab lain – Peperiksaan / ujian selain KPM
  • Sebab-sebab lain –Terlibat kes jenayah
  • Sebab-sebab lain –Terlibat kes trafik
  • Sebab-sebab lain – Urusan rasmi agensi kerajaan
  • Sebab-sebab lain –Proses perpindahan sekolah
  • Sebab-sebab lain –Terapi/ rawatan (MBK)
  • Sebab-sebab lain – Imunisasi Rendah (MBK)
  • Sebab-sebab lain –Tantrum (MBK)
  • Sebab-sebab lain –Tidak melepasi saringan (MBK)

Sumber: Cikgu Zahran

Contoh Surat Cuti Sakit

Berikut merupakan salah satu surat yang boleh dijadikan panduan:

Ismail Bin Omar,
Parit 3/7 R,
36600 Cenderong Balai,
Perak Darul Ridzuan.

________________________________________________________________________________________

Puan Hasnida Binti Haji Tahir,
Guru Kelas 2 Cempaka,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban,
36600 Cenderong Balai,
Perak Darul Ridzuan. 23 OKTOBER 2023


Puan,


PER: TIDAK NADIR KE SEKOLAH

Merujuk perkara di atas, saya Ismail bin Omar yang merupakan bapa kepada Nor Ilyana Nasyirah Binti Ismail ingin menjelaskan sebab anak di bawah jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 24 dan 25 Oktober 2023.

2. Ketidakhadiran anak saya pada tarikh tersebut adalah kerana mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada 22 Oktober 2023 yang lalu.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya ke klinik untuk rawatan dan disertakan sijil cuti sakit yang diberikan oleh doktor bagi membolehkan anak saya bercuti. Kerjasama dan perhatian Puan amat saya hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………
ISMAIL BIN OMAR

Servis Menaip Surat Rasmi / Surat Tidak Hadir Sekolah / Surat Berhenti Kerja / Lain² Surat Rasmi

Bantu kami share artikel ini: