TVET MARA : Semakan Permohonan KKTM, MJII & IKM

Makluman penting kepada anda yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke TVET MARA – KKTM, MJII & IKM bagi sesi pengajian 2024/2025.

Semakan keputusan tawaran permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM telah diumumkan pada 1 Julai 2024 yang lalu, bermula jam 2.00 petang.

Sekiranya keputusan permohonan tidak berjaya, anda masih berpeluang untuk memohon dengan menekan butang rayuan.

Terkini, pihak TVET MARA telah mengumumkan perlanjutan tarikh semakan, penerimaan tawaran kemasukan dan permohonan rayuan akan dilanjutkan sehingga 10 Julai 2024, manakala keputusan rayuan boleh disemak mulai 12 Julai 2024.

Rujuk notis berikut untuk mengetahui tarikh semakan.

MAKLUMAT PERLANJUTAN TARIKH SEMAKAN, PENERIMAAN TAWARAN KEMASUKAN DAN PERMOHONAN RAYUAN KE KKTM, MJII DAN IKM

Kepada semua pemohon KKTM/MJII dan IKM,

Sistem Semakan Tawaran Kemasukan ke KKTM/MJII dan IKM tidak dapat diakses bermula 5 Julai 2024 jam 5.00 petang hingga 9 Julai 2024 jam 10.00 pagi berikutan kerja-kerja peningkatan sistem bekalan elektrik.
.
Oleh itu, tarikh akhir untuk semakan dan penerimaan tawaran serta permohonan rayuan kemasukan akan dilanjutkan sehingga 10 Julai 2024.
.
Keputusan rayuan boleh disemak bermula 12 Julai 2024 jam 3.00 petang.

permohonan ikm

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang permohonan KKTM, MJII dan IKM melalui Portal TVET MARA dan cara membuat semakan.

Pengenalan TVET MARA

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.

Penubuhan IKM adalah untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII).

Daripada asalnya dikenali sebagai “sekolah tukang” ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.

Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri.

Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA – KKTM

KKTM

Simbolik Oval Emas

– Sebuah institusi teknikal yang bertaraf dunia

Simbolik Buku Tiga Bertindih
– Peringkat pengajian di MARA bermula daripada peringkat sijil, seterusnya diploma dan akhirnya ijazah

Simbolik Gear
– KKTM adalah sebuah kolej berasaskan kemahiran

Simbolik Percikan Api & Simbol Jangka lukis
– Bidang Teknikal (TVET) mempunyai masa depan yang sangat cerah

Simbolik Tiga Garisan Putih
– KKTM menawarkan program-program dari peringkat asas, pertengahan dan tertinggi

MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE – MJII

Logo melambangkan 
Perkongsian Teknologi Moden | Futuristic Robotik | Keyakinan | Energy

M – MARA sebagai pemilik fasilitis dan pusat pendidikan
 
 J – Jepun sebagai sumber kepada teknologi

Logo melambangkan pemprosesan sumber manusia untuk tenaga mahir berteraskan industri berteknologi tinggi masa kini & hadapan.

Huruf J Merah memayungi i  – mencurahkan segala ilmu berdaskan teknologi 

Huruf I Biru tanpa dipayung J  – Produk Ready (graduan) yang bersedia untuk memenuhi kehendak dan permintaan tenaga kerja berkemahiran & berteknologi tinggi

INSTITUT KEMAHIRAN MARA – IKM

tvet mara ikm kktm mjii permohonan
tvet mara ikm kktm mjii permohonan

Syarat Permohonan KKTM, MJII & IKM

Baca juga:

Permohonan KKTM, MJII & IKM 2024

Permohonan Kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM bagi 2024 telah ditutup. Sila Klik SPUPIM

Semakan Keputusan Permohonan & Rayuan

Tarikh semakan tawaran ke KKTM, MJII dan IKM adalah pada 10 Julai 2024 manakala keputusan permohonan rayuan akan diumumkan bermula 12 Julai 2024.

Sila layari laman web rasmi di pautan berikut untuk membuat semakan : https://www.tvetmara.edu.my/ atau https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/

Semakan Keputusan Peperiksaan TVET MARA

Sila klik Semak Keputusan Peperiksaan KKTM & IKM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila salurkan pertanyaan anda melalui talian yang terpapar dalam poster infografik di bawah:

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur

Bantu kami share artikel ini: