Jom Asah Minda dan Cabar Logik, Ini 50 Teka Teki Paling Susah!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Teka teki adalah salah satu aktiviti santai yang sangat digemari tak kira oleh yang muda atau tua.

Ia bukan sahaja boleh mengasah minda, malah ada juga jawapan teka teki yang menghiburkan dan di luar kotak!

Kali ini, kita nak kongsikan 50 teka teki paling susah untuk anda uji daya berfikir dan kreativiti. Ayuh kita semaknya bersama-sama!

50 Teka Teki Paling Susah, Jawapan di Luar Kotak!

1.Soalan : Dalam banyak-banyak ulat, ulat apa yang jalan perlahan?

        Jawapan : Ulat beluncas (ulat belum cas)

        2. Soalan : Tukang apa kalau kita panggil dia, dia tengok ke atas?

          Jawapan : Tukang gali kubur

          3. Soalan : Apa yang senang didapati tapi susah dibuang?

            Jawapan : Masalah

            4. Soalan : Rumah apa yang banyak guna air?

              Jawapan : Rumah terbakar

              5. Soalan : Dalam banyak-banyak jin, jin apa yang tinggal dalam air?

                Jawapan : Jintik-jintik

                6. Soalan : Binatang apa yang akan tiba tak lama lagi?

                  Jawapan : Kambing soon

                  7. Soalan : Binatang apa kalau pergi Jepun dia miskin?

                    Jawapan : Oyen (0 ¥en)

                    8. Soalan : Kenapa tak boleh makan ayam dan minum air coke?

                      Jawapan : Sebab nanti ayam akan bercoke coke

                      9. Soalan : Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang kadang dibuang, kadang disimpan?

                        Jawapan : Jambang

                        10. Soalan : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang suka bersedekah?

                          Jawapan : Kuih donate

                          11. Soalan : Ada misai bukannya kucing, ada poket bukannya kanggaru. Apakah ia?

                            Jawapan : Doraemon

                            12. Soalan : Sebelum kegelapan ada apa?

                              Jawapan : Kegetujuh

                              13. Soalan : Kenapa kena letak susu kat dalam peti ais?

                                Jawapan : Kalau tak jadi peti O ais

                                14. Soalan : Kuih apa yang confuse?

                                  Jawapan : Question

                                  15. Soalan : Gajah terbang nampak pelik, harimau terbang nampak apa?

                                    Jawapan : Nampak gajah yang terbang tadi.

                                    16. Soalan : Kadang-kadang putih, kadang-kadang hitam, kadang-kadang hilang di langit

                                    Jawapan : Awan

                                    50 teka teki paling susah
                                    Sumber : Perpustakaan Awam Daerah Maran

                                    17. Soalan : Kenapa hari Selasa wangi?

                                      Jawapan : Sebab dia baru lepas Monday (mandi)

                                      18. Soalan : Cicak apa yang bahaya?

                                        Jawapan : Cicak nafas (Sesak nafas)

                                        19. Soalan :Ikan apa yang suka hiking?

                                          Jawapan : Ikan jerung sebab dia suka aktiviti lasak (lashark)

                                          20. Soalan : Apa yang besar macam gajah tapi tak berat langsung?

                                            Jawapan : Bayang-bayang gajah

                                            21. Soalan : Kenapa dinamakan nasi goreng?

                                              Jawapan : Sebab Dina lapar

                                              22. Soalan : Dalam banyak-banyak beruk, beruk apa yang warna hijau?

                                                Jawapan : Beruk-koli (brokoli)

                                                23. Soalan : Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang susah nak telan?

                                                  Jawapan : Nasihat

                                                  24. Soalan : Dalam banyak-banyak coklat, coklat apa yang tak boleh lari?

                                                    Jawapan : Coklat Toblerone (tak boleh run)

                                                    50 teka teki paling susah
                                                    Sumber : Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

                                                    25. Soalan : Dalam banyak-banyak Datuk, Datuk apa yang tak pernah menang?

                                                      Jawapan : Datuk Seri

                                                      26. Soalan : Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang boleh berbaris?

                                                        Jawapan : Buah kiwi, sebab dia kiwi kanan, kiwi kanan

                                                        27. Soalan : Kacang bila balik dari kerja dia cakap apa?

                                                          Jawapan : Saya peanut

                                                          28. Soalan : Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring, tapi tak boleh terbang?

                                                            Jawapan : Penguin

                                                            50 teka teki paling susah
                                                            Sumber : Facebook Beringat

                                                            29. Soalan : Dalam banyak-banyak kuah, kuah apa yang tak boleh campur?

                                                              Jawapan : Kuah-rantin (kuarantin)

                                                              30. Soalan : Kalau mak jerung lapar, dia akan buat apa?

                                                                Jawapan : Mamashark (memasak)

                                                                31. Soalan : Kalau diikat gemuk, kalau dilepas kurus. Apakah ia?

                                                                  Jawapan : Belon

                                                                  32. Soalan : Mak siapa yang minta apa sahaja mesti akan dapat?

                                                                    Jawapan : Makbul

                                                                    33. Soalan : Negara apa yang paling gatal?

                                                                      Jawapan : Senegal (sini, girl!)

                                                                      34. Soalan : Apa yang terbang tanpa sayap, menangis tanpa mata?

                                                                        Jawapan : awan

                                                                        35. Soalan : Negeri mana dalam Malaysia yang tak ada orang tua?

                                                                          Jawapan : Perak, sebab tak ada warga emas, semua warga Perak

                                                                          36. Soalan : Kereta apa yang penumpangnya satu tapi drivernya ramai?

                                                                            Jawapan : Van Jenazah

                                                                            37. Soalan : Benda apa bila ditiup hidup, bila dipatah dia mati?

                                                                              Jawapan : Ubat nyamuk

                                                                              38. Soalan : Kenapa orang perempuan kurang membebel pada bulan Febuari?

                                                                                Jawapan : Sebab bulan Febuari ada 28 atau 29 hari saja

                                                                                39. Soalan : Kalau ikan dalam kuali, kucing dekat mana?

                                                                                  Jawapan : Kuching dekat Sarawak

                                                                                  40. Soalan : Benda apa yang masuk guna ekor, tapi bila keluar guna kepala?

                                                                                    Jawapan : Tali pinggang

                                                                                    41. Soalan : Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau?

                                                                                      Jawapan : Mengucap

                                                                                      42. Soalan : Apa yang boleh dimakan dan dipakai oleh orang lelaki?

                                                                                        Jawapan : Ketayap

                                                                                        43. Soalan : Benda apa yang walaupun dah dipotong tapi orang masih cakap dia panjang?

                                                                                          Jawapan : Kacang Panjang

                                                                                          44. Soalan : Ikan apa yang selalu sakit?

                                                                                            Jawapan : Ikan kembong

                                                                                            45. Soalan : Semut ada 6 kaki, kalau jumpa najis tinggal berapa kaki dia?

                                                                                              Jawapan : Tinggal 4, sebab kaki 2 yang dekat depan buat tutup hidung, bau busuk!

                                                                                              46. Soalan : Benda apa yang kalau kita beli, dia akan expired pada hari yang sama?

                                                                                                Jawapan : Surat khabar

                                                                                                47. Soalan : Kucing apa yang berkaki sembilan?

                                                                                                  Jawapan : Kucing yang lalu di kaki lima

                                                                                                  48. Soalan : Buah apa yang boleh buang huruf depan dengan belakang, dia akan jadi haiwan?

                                                                                                    Jawapan : Langsat, kalau buang L dengan T jadi Angsa

                                                                                                    49. Soalan : Negara apa yang banjir dulu, lepas tu hujan?

                                                                                                      Baca Juga : Negara Bahrain

                                                                                                      50. Soalan : Apa benda yang masuk mengiring, keluar pun mengiring?

                                                                                                        Jawapan : Butang

                                                                                                        Macam mana? Seronok tak 50 teka teki paling susah yang kami kongsikan kali ini?

                                                                                                        Jangan lupa untuk uji minda rakan dan keluarga terdekat anda menggunakan teka-teki ini.

                                                                                                        Sumber : Facebook Teka-Teki Apa Hari Ini? Facebook Beringat

                                                                                                        Baca Juga : Teka-Teki Susah: Mengasah Minda dan Mencabar Logik Anda

                                                                                                        Follow eCentral di WhatsApp Channel
                                                                                                        Ikut