Untuk menyenaraikan 10 influencer / pempengaruh terkenal di Malaysia bukanlah tugas yang mudah.
Seseorang artis, penyanyi, pelakon dan ahli politik juga boleh menggunakan populariti sedia ada mereka untuk menjadi seorang influencer sosial media.
Selain itu, ada influencer yang hanya popular dan tertumpu di satu media sosial sahaja seperti Youtube, Tiktok atau Instagram namun agak sendu laman media sosial lain.
Oleh itu, berikut adalah senarai 10 influencer terkenal di Malaysia tanpa mengikut susunan setelah artis, penyanyi, pelakn dan ahli politik dikecualikan.
1. Khairul Aming
Khairul Aming, nama sebenar Khairul Amin bin Kamarulzaman, adalah seorang pencipta kandungan digital dan usahawan terkenal di Malaysia dan boleh dikatakan beliau diminati oleh setiap lapisan golongan masyarrakat di Malaysia.
Beliau merupakan seorang chef selebriti yang terkenal dengan video masakannya yang kreatif, mempunyai lebih daripada 3.9 juta pengikut di Instagram.
Ikut laman sosial Khairul Aming: Instagram / TikTok
2. Sofyank96
Mohamad Sofian Abdullah, lebih dikenali sebagai Sofyank, adalah seorang pencipta kandungan digital dan influencer media sosial yang terkenal di Malaysia. Dia telah mendapat pengiktirafan luas kerana video suntingan kesan visual (VFX) yang kreatif dan unik.
Sofyank mula mendapat perhatian selepas video suntingannya menjadi tular di media sosial. Dia terkenal dengan video “magic” yang sering mendapat perhatian daripada personaliti terkenal seperti Zack King dan pelakon Hollywood, Will Smith.
Pada tahun 2023, Sofyank memenangi Ultimate VFX Challenge di Los Angeles, yang dianjurkan oleh Zack King.
Ikut laman sosial Sofyank: Instagram / TikTok / Youtube
3. Syahmi Sazli
Syahmi mula dikenali melalui video pendek arahannya yang pertama, “Baso Jate Pilih Rupo,” pada tahun 2017.
Beliau terus mencipta nama dengan menghasilkan video-video yang menghiburkan dan penuh dengan mesej positif, sering menggunakan loghat Kelantan.
Antara karya terkenal beliau termasuk “Drama Spontan” dan filem “Mael Totey The Movie,” yang meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan.
Ikut laman sosial Syahmi Sazli: Instagram / Youtube / Facebook
4. Alieff Irfan
Alieff mula dikenali melalui video-video prank dan vlog yang menarik perhatian ramai di platform YouTube. Beliau sering menghasilkan kandungan yang menghiburkan dan kreatif, yang berjaya menarik jutaan tontonan.
Selain kejayaan dalam bidang digital, Alieff juga aktif sebagai usahawan dan telah menubuhkan syarikat produksi sendiri.
Ikut laman sosial Alieff Irfan: Instagram / TikTok / Youtube
5. Asyraf Rozami
Asyraf mula dikenali melalui video-video kreatif dan menghiburkan yang dikongsikan di platform media sosial seperti Instagram dan YouTube.
Beliau mula aktif dalam bidang penghasilan video sejak tahun 2015 dan bakatnya dicungkil daripada pertandingan Digital Star ERA KDU 2018, di mana beliau dinobatkan sebagai juara
Kandungan yang dihasilkan oleh Asyraf merangkumi pelbagai topik, termasuk gaya hidup, motivasi, dan isu-isu semasa yang relevan dengan golongan muda.
Artikel berkaitan: Pempengaruh Media Sosial: Kesan Baik & Buruk Kepada Masyarakat
Ikut laman sosial Asyraf Rozami: Instagram / TikTok / Youtube / Facebook
6. Nasz Kenyang
Nasz Kenyang mula dikenali melalui video-video parodi dan komen sosial yang menghiburkan di platform TikTok dan Instagram dan merupakan salah seorang influencer terkenal di Malaysia.
Nasz Kenyang terkenal dengan gaya penyampaian yang santai dan lucu, yang membuatkan videonya mudah diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Dengan lebih daripada 713 ribu pengikut di TikTok dan hampir sejuta pengikut di Instagram, Nasz Kenyang terus berusaha untuk memberikan kandungan yang berkualiti dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Ikut laman sosial Nasz Kenyang: Instagram / TikTok
7. Ryan Bakery
Tidak sah kalau nama Ryan Bakerry tiada dalam seenarai Influencer Terkenal di Malaysia ini.
Ryan Bakery, dengan nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery, adalah personaliti media sosial yang terkenal dan bintang TikTok dari Perak, Malaysia.
Beliau dikenali kerana mencipta video parodi pendek yang mengimbau kenangan zaman 90-an. Ryan mendapat populariti yang signifikan di TikTok, yang membolehkan beliau menjana pendapatan dan menerima pelbagai tawaran projek.
Sebelum kemasyhuran media sosialnya, Ryan bekerja di bahagian pengendalian kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi dia kehilangan pekerjaannya akibat pandemik COVID-19. Beliau beralih kepada TikTok sebagai cara alternatif untuk menyara hidupnya.
Ikut laman sosial Ryan Bakery: Instagram / TikTok
8. Soloz
Soloz, atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria, adalah seorang pemain e-sukan profesional yang sangat dikenali di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang streamer dan influencer popular dalam komuniti permainan video.
Soloz mula mencipta nama dalam dunia e-sukan sebagai pemain profesional permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Beliau menjadi salah seorang pemain terkenal melalui kebolehannya yang luar biasa di dalam permainan dan prestasi pasukannya dalam pelbagai kejohanan.
Walaupun sangat aktif di media sosial, Soloz jarang berkongsi tentang kehidupan peribadinya. Namun, beliau dikenali sebagai seorang yang sederhana dan sentiasa menghargai sokongan daripada peminatnya.
Ikut laman sosial Soloz: Instagram / Facebook
9. Mekyun
Mekyun terkenal dengan kandungan yang penuh dengan tenaga positif dan spontan.
Beliau sering berkongsi cerita yang menghiburkan, mesej yang menginspirasi, dan pandangan di sebalik tabir kehidupannya yang ceria
Pada tahun 2024, Mekyun dianugerahkan gelaran “Best National Entertainment Influencer” oleh KNKV Viral Award, melayakkannya beliau diletakkan dalam influencer terkenal di Malaysi ini.
Mekyun juga mempunyai latar belakang dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan pernah menjadi Ikon Pelajar di universiti beliau, menekankan kepentingan pendidikan untuk generasi muda.
Ikut laman sosial Mekyun: Instagram / TikTok
10. Fikri Zamri
Fikri Zamri merupakan antara influencer terkenal di Malaysia dalam bidang pelancong. Beliau telah bekerja dalam industri produksi video selama bertahun-tahun sebelum memfokuskan kepada kandungan pelancongan.
Beliau dan pasukannya telah bekerjasama dengan jenama antarabangsa, lembaga pelancongan, serta hotel dan resort antarabangsa untuk menghasilkan filem dan foto sinematik berkualiti tinggi.
Kandungan beliau bertujuan untuk mempromosikan destinasi pelancongan dan membantu memulihkan industri pelancongan selepas pandemik.
Ikut laman sosial Fikri Zamri: Instagram / Youtube / Facebook