Ustaz Azhar Idrus (UAI), Ikon Pendakwah Anak Muda

Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang amat bersahaja, sambil diselit dengan unsur lucu tetapi jawapan yang padat dan tepat dalam loghat pekat Terengganu memberi tarikan tersendiri kepada anak-anak muda di Malaysia.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga:

Latar Belakang

Ustaz Azhar Idrus
NamaZamrul bin Idrus
Nama PanggilanUstaz Azhar Idrus, UAI
Tarikh Lahir12 Februari 1964
Tempat LahirKampung Ladang, Kuala Terengganu
PekerjaanPenceramah agama, pendakwah
Akaun Media SosialInstagram @uaioriginal
Facebook @Ustaz.Azhar.Idrus.Original
Youtube @UstazAzharIdrusOfficial
TikTok @ustaz.azhar.idrus

Kehidupan Peribadi

Ustaz Azhar Idrus
Kredit Instagram @ikhwannajmi

Ustaz Azhar Idrus telah berkahwin dan mempunyai tiga isteri serta 12 anak.

Kerjaya & Profesional

Ustaz Azhar mendapat pendidikan  awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Kedah.

Apabila tamat belajar di peringkat rendah, beliau menyambung pula pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2.

Beliau berpindah ke Terengganu dan memasuki sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dari Tingkatan 3 hingga tamat pengajian tingkatan 6.

Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz Azhar mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau mempelajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. 

Beliau sendiri mencari guru-guru agama dan tekun belajar serta mendampingi mereka.

Guru-guru:

  • Guru pertama : Tuan guru haji syed mokhtar – Beliau berjaya menamatkan lebih kurang 40 buah kitab jawi secara talaqqi.
  • Guru Kedua : Tuan guru mohd tahir – Beliau sempat khatam kitab jawi sebanyak 25 buah kitab secara talaqqi.
  • Guru Ketiga : Tuan guru Mohd hakim – Beliau mula mendalami kitab-kitab bahasa arab seperti nahu soraf, usul fiqh, mustalah hadis, usul al-quran dan balaghah.
  • Guru Keempat : Tuan guru haji hasyim – Beliau mendalami kitab-kitab arab dalam bab nahu soraf, fiqh, tafsir dan juga faraid.
  • Guru Kelima: Tuan guru haji ibrahim mesir – Beliau mendalami kitab sirah nabawi dan juga lughah arabiyah.
  • Guru Keenam : Tuan guru haji muhammad zubir – Beliau mendalami ilmu fiqh dan juga ilmu nahu
  • Guru Ketujuh : Tuan guru haji mohd zain (Pondok Lubuk Pandan) – Beliau mempelajari ilmu fiqh, nahu sorof, tafsir dan juga balaghah 
Kredit Instagram @uaioriginal

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus amat disenangi oleh ramai orang khususnya golongan remaja dan anak muda yang ingin mendalami Islam dengan lebih baik.

Beliau juga amat mesra dan rapat dengan golongan blogger sehingga menjadikan beliau seorang ustaz yang terbuka mindanya kepada teknologi dan celik IT.

Pencapaian Ustaz Azhar Idrus

Sepanjang melibatkan diri sebagai pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus telah berjaya mendapat beberapa pencapaian. Berikut adalah antaranya:

Bibliografi:

  • Azhar Idrus (2011). Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa. Malaysia: PTS Islamika. ISBN 978-967-366-102-2.
  • Azhar Idrus (2012). Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat. Malaysia: PTS Islamika. ISBN 978-967-366-164-0.
  • Azhar Idrus & Kartunis Athool (2013). Ustaz Azhar Idrus Live!. Malaysia: Telaga Biru Sdn. Bhd. ISBN 978-967-388-114-7.
  • Azhar Idrus (2014). Deme Wasap, Ambe Reply. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-368-1.
  • Azhar Idrus & Halim Hafidz (2015). Tazkirah Senafas. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-514-2.
  • Azhar Idrus (2015). Jihazul Madihah (Persiapan yang Terpuji). Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-585-2.
  • Azhar Idrus & Imran Burhanuddin (2015). Fotografi Gaya Mukmin. Malaysia: PTS Publishing House. ISBN 978-967-411-706-1.

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2012Kemang-Keming UAIDiri sendiriAstro Oasis

Filem:

TahunTajukWatak
2013Ustaz, Mu Tunggu Aku DatangUstaz Azhar Idrus

Fakta Menarik Mengenai Ustaz Azhar Idrus

  • Pernah menjadi seorang pemain gitar dalam satu kumpulan muzik sekitar Kuala Terengganu.
  • Pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.
  • Gemarkan fotografi.
  • Pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik.
  • Aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an.
  • Pernah patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal pada tahun 2019.
  • Mempunyai jumlah pengikut laman media sosial peribadinya, Instagram mencecah 1.7 juta, Facebook 2.5 juta, TikTok 1.9 juta dan YouTube seramai 1.63 juta subscriber.

Semoga dengan perkongsian dan ceramah ilmu dari Ustaz Azhar Idrus ini dapat memberikan kita semua kebaikan di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Instagram @uaioriginal
  2. Ustaz Azhar Idrus Lulus Tauliah Mengajar dan Ceramah. Berita Harian
Bantu kami share artikel ini: