Ucapan Hari Jadi: Ucapan Lawak Untuk Kawan, Islamik

Sempena hari kelahiran seseorang, kita biasanya akan memberikan ucapan selamat Hari Jadi kepadanya.

Bagi seseorang yang istimewa, sempena hari kelahirannya kita juga biasanya akan memberikannya hadiah.

Selain hadiah, ucapan yang ringkas dan menarik juga boleh dikirimkan kepada ahli keluarga atau rakan yang menyambut kelahiran mereka yang merupakan hari yang istimewa.

Malah, dengan kemajuan teknologi masa kini kita boleh menghantar ucapan ini menggunakan peranti mudah alih melalui aplikasi media sosial eseperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan seumpamanya.

Ucapan Hari Jadi Lawak

ucapan ulang tahun kelahiran

Biasanya ucapan hari jadi yang lucu dan lawak ini lebih sesuai untuk diucapkan kepada rakan-rakan dan kenalan kita yang lebih rpat dalam suasana tidak formal.

Berikut merupakan beberapa contoh ucapan sempena ari kelahiran yang boleh anda hanntarkan kepada rakan-rakan anda:

Selamat ulang tahun, selamat bertambah umur dan kerutan di wajah.

Happy birthday. Semoga rezekimu makin bertambah, supaya boleh beli barang-barang best yang boleh ak pinjam.

Pada hari ini, mungkin anda beberapa orang akan memberi umurnya masih muda. Orang-orang itu pembohong. Selamat ulang tahun.

Selamat hari jadi. Semoga terus dimurahkan rezeki supaya boleh selalu belanja makan.

Selamat ulang tahun kelahiran. Berharap yang terbaik untuk ulang tahunmu. Semoga berat badanmu tidak bertambah seperti usiamu.

Selamat ulan tahun kelahiran kawanku. Aku janji tidak akan membocorkan berapa umurmu, jika kamu juga setuju untuk tidak membocorkan umurku.

Artikel berkaitan: Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Keluarga dan Sahabat Tercinta

Ucapan Islamik / Doa

ucapan hari jadi

Ucapan hari kelahiran biasanya diiringi dengan doa, selari dengan pertambahan usia.

Berikut merupakan beberapa contoh ucapan yang boleh anda gunakan:

Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.

Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.

Sanah helwah buat rakanku. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang. Aminn.

Sanah Helwah Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah! Semoga beroleh ketenangan, kasih sayang, keberkatan dan belas kasihan.

Tiada kad yang lebih berharga di ulang tahun mu selain doaku untukmu. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas, semoga hatimu semakin bersih dan bijak, semoga akhlakmu semakin menawan dalam kebajikan.

Selamat hari kelahiran. Semoga anda selalu berada dalam naungan keberkatan Allah SWT

Ucapan Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Barakallah fi Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu. Teruskan menjadi sahabatku yang sentiasa di sisi samada diwaktu susah dan senang. Sekali lagi, selamat hari lahir!

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kepada Sahabat Terbaikku. Pada hari yang istimewa ini, kutitipkan doa agar dirimu sentiasa dilimpahi berkah dalam usia-usia yang telah dilalui. Semoga hidupmu sentiasa ceria dan berbahagia selalu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!