Biodata Teme Abdullah, Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2024

Nama Teme Abdullah sudah tidak asing lagi kepada pengemar buku di Malaysia. Walaupun karya-karyanya menjadi bualan ramai namun sehingga kini tidak siapa yang tahu akan wajah disebalik nama “Teme Abdullah”.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Teme Abdullah.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit Instagram @itsteme
Nama
Nama GelaranTeme Abdullah
Tarikh Lahir16 Mei 1993
Tempat LahirSelangor
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom
PekerjaanPenulis buku, pelukis dan artikek
Akaun Media SosialInstagram @itsteme
Facebook @temetemerity
Twitter @itsteme
TikTok @temeabdullah

Kehidupan Peribadi

Setakat hari ini, tiada siapa yang tahu akan wajah atau identiti sebenar pemilik nama Teme Abdullah.

Namun gelaran nama penanya iaitu “Teme” sebenarnya bermaksud “teman” dalam loghat Kelantan sebagai ganti nama “saya”. Manakala Abdullah pula bermaksud “hamba Allah”.

Latar belakang yang diketahui berkenaan Teme Abdullah, beliau merupakan seorang pelukis yang melukis bangunan-bangunan di Kota London dan menjual karyanya untuk menampung kos pengajiannya ketika itu.

Sebelum berjaya menerbitkan karya-karya dalam bentuk buku, beliau sangat aktif menulis di blog.

Bagi Teme, blog adalah tempat terbaik untuknya menyampaikan sesuatu. Kemudian lama kelamaan, penulisannya diterjemahkan ke laman Facebook, Twitter dan Instagram seterusnya menghasilkan beberapa naskah buku. 

Senarai Karya Yang Telah Diterbitkan

Berikut adalah antara karya Teme Abdullah yang berjaya ditulis dan diterbitkan di Malaysia:

1. Pelukis Jalanan

Sinopsis:

Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.” [Teme Abdullah]

2. Artkitek Jalanan

Sinopsis:

To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.”

Setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up…

Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

Tapi sebenarnya kan…

Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.

3. Empayar Hikayat Putera Tanpa Nama

Sinopsis:

Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.

Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.

Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

4. Impian Jalanan

Sinopsis:

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.

Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Impian Jalanan merupakan kesinambungan dari dua buku sebelumnya, Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Ini kisah Teme selepas habis belajar dan telah bekerja sebagai pembantu arkitek di firma terkemuka di Kota London.

5. Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Sinopsis:

Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia. Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehingga datang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

6. Signature Jalanan

Sinopsis:

Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula-mula tadi…

Rasa macam seakan-akan dilahirkan bodoh daripada orang lain.

Orang lain boleh score exam. Aku pulak tak boleh score. Dahlah lambat membaca. Huruf pun aku tertukar-tukar. Gagap pula tu…

Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diorang tak lalui. Diorang ingat aku memang malas. Diorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi sama macam orang lain.

7. Kapal Terakhir Di Dunia: Episod I

Teme Abdullah

Sinopsis:

Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing — termasuklah Aria dan adiknya. 

Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua. 

Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.  

Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor – iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiaannya. 

“Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria.”

8. Kapal Terakhir Di Dunia: Episod II

Teme Abdullah

Sinopsis:

“Kosongkan minda… Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkara yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkara yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap…”

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci – suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoalan timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?

9. Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama

Teme Abdullah

Sinopsis:

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

10. Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua

Teme Abdullah

Sinopsis:

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

Pencapaian Teme Abdullah

 Teme Abdullah
Kredit Instagram @itsteme

Sepanjang bergelar seorang penulis popular di Malaysia, berikut adalah antara anugerah yang telah berjaya Teme Abdullah rangkul dalam karya-karyanya.

Anugerah:

TahunTajuk BukuKategori
2017Pelukis Jalanan(PERTAMA) Anugerah Pilihan Pembaca
POPULAR-BH
2017Arkitek JalananWinner MPH Best of 2017
2018Pelukis JalananAnugerah Emas Kulit Buku Cantik 
2018Impian JalananWinner MPH Best of 2018
2019Signature JalananWinner MPH Best of 2019
2019Arkitek JalananAnugerah Buku Popular
2020Arkitek JalananAnugerah Buku Malaysia
2020Selamat Tinggal Purnama50 Best Malaysian Titles 2020/2021
2021Kapal Terakhir Di DuniaWinner MPH Best of 2021 
2022Empayar 3Winner MPH Best of 2022
2023Empayar 3(PERTAMA) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH
2023Arkitek JalananNo 1 Highest Rated Book In Asia & Oceania
2024Penulis Jalanan(PERTAMA) Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH

Fakta Menarik Mengenai Teme Abdullah

 Teme Abdullah
  • Video Teme Abdullah pernah tular selepas menghasilkan potret Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 2019.
  • Teme Abdullah merahsiakan identiti diri kerana berpegang pada pendiriannya untuk terus merahsiakannya supaya niat dan matlamat asalnya dalam penulisan tidak terhakis dek pujian.

Tahniah Teme Abdullah! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang penulisan yang diceburi dan akan menghasilkan lebih banyak karya bermanfaat buat pembaca semua.

Sumber:

  1. Blog Teme Abdullah. temeabdullah.com
  2. Instagram @itsteme
Bantu kami share artikel ini: