Biodata Sophia Albarakbah, Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke-9

Nama Sophia Albarakbah semakin dikenali ramai setelah beliau berjaya mengungguli trofi Pelakon Wanita Popular Telenovela dan Ratu Telenovela dalam Anugerah Telenovela kali ke-9 baru-baru ini.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Sophia Albarakbah.

Baca juga:

Latar Belakang

Sophia Albarakbah
Kredit: Instagram @sophiekoshka
Nama Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman
Nama PanggilanSophia Albarakbah, Sophie Koshka
Tarikh Lahir15 Julai 1993
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanSarjana Muda Sains (Kepujian) Dietetik dengan Pemakanan, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
PekerjaanPelakon
Akaun Media SosialInstagram @sophiekoshka
Facebook @RealSophiaAlbarakbah
X @sophiekoshka
TikTok @sophiaalbarakbah

Kehidupan Peribadi

Kredit: Instagram @sophiekoshka

Sophia Albarakbah mempunyai darah kacukan Melayu, Arab, dan Cina. Bapanya berdarah campuran Melayu dan Arab dari Kelantan, manakala ibunya adalah mualaf yang berketurnan Cina.

Bahkan salah silah keluarganya juga ada yang berasal dari Hadramaut, yang terletak di antara Yaman Utara dan Arab Selatan.

Soal jodoh, beliau enggan menggulas panjang apabila ditanya kerana ketika ini masih sibuk dan memberi fokus penuh pada bidang lakonan yang diceburi.

@sophiaalbarakbah

Unplanned beach visit. Excuse the huge pimple on my forehead😅 #fyp #beach #cherating

♬ Kiss Me – Radio Edit – Sixpence None The Richer

Kerjaya & Profesional

Sophia Albarakbah mula menceburi dunia hiburan apabila terlibat dengan pelbagai iklan komersial ketika masih sedang melanjutkan pelajaran lagi.

Oleh kerana desakan rakannya untuk beliau hadir ujibakat filem berjudul 18, Sophia akhirnya semakin bergiat aktif dalam bidang lakonan. Drama pertama beliau adalah di bawah Viu menerusi Devoted dengan memegang watak sebagai Isabella.

Kerjayanya semakin dikenali ramai apabila berjaya membawa watak Cahaya Malaika dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama sebuah nama besar, Aaron Aziz.

Berikut adalah antara filem, telemovie, dan drama yang pernah beliau lakonkan.

Filem:

TahunTajukWatak
2020MimalandElize
2020Pasal Kau!Sophia
2021Ada HantuFarah
2022Jerangkung Dalam AlmariShikin
2022Ada Hantu 2Farah
2023Selalu AdaJasmin
2024Jiwa 8 BelasFatien
2024Saka PerawanRA
2025Harimau Malaya: The Untold JourneyKarina
2025ReezaMyra

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2019DevotedIsabellaViu
2020Tercipta Satu IkatanRissaAstro Ria
2020-2021Hadiah Dari TuhanBellaTV3
2022Suamiku Lelaki PendosaCahaya MalaikaTV3
2022Air Mata AllisyaIntan AllisyaTV9
2022Cinta Hilang KataNurul MasminAstro Prima
2023Ku Akad Kau Dengan BismillahRaisya HannahTV3
2023Obsesi DiaAaliyah/AafiyahTV3
2023From Saga with LoveBianca RozarioViu
2024Lelaki ItuSharifah BahiyahTV3

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2023Suzanne Wo Ai NiTV2
2023Hello SuriSuriTV3

Muzik Video:

TahunTajukPenyanyi
2018Siti Bilang CutiDanial Zain
2019SedarFareez Fauzi

Pencapaian Sophia Albarakbah

Walaupun bermula lambat dalam bidang lakonan, usaha Sophia Albarakbah dalam menempatkan namanya setanding dengan pelakon-pelakon hebat lain di Malaysia telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya merangkul pelbagai anugerah sejak tahun 2021 sehingga sekarang.

TahunAnugerahKategori
2021World Film Carnival Singapore 2021Pelakon Wanita Terbaik
2021World Film Carnival Singapore 2021Anugerah Pencapaian Luar Biasa
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Aktres Filem Popular
2024Anugerah Telenovela ke-9Ratu Telenovela
2024Anugerah Telenovela ke-9Pelakon Wanita Popular Telenovela

Fakta Menarik Mengenai Sophia Albarakbah

  • Sophia mempunyai darah kacukan Melayu, Arab dan Cina.
  • Beliau merupakan sepupu kepada penyanyi wanita terkenal, Aisha Retno.
  • Beliau mengidamkan watak lasak dan penuh aksi dalam bidang lakonan.
  • Ibunya merupakan pemenang tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan pada tahun 1980.
  • Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pemalu dan introvert.
  • Beliau pernah pengsan ketika penggambaran di set drama Suamiku Lelaki Pendosa kerana cuaca panas di bulan puasa.
  • Beliau pernah menimba ilmu dalam bidang seni menerusi kelas lakonan bersama Farah Ahmad.

Tahniah Sophia Albarakbah! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang lakonan yang diceburi untuk menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang ingin berjaya dalam bidang seni di luar sana.

Sumber:

  1. Instagram @sophiekoshka
  2. Meerqeen, Sophia Albarakbah ungguli Anugerah Telenovela ke-9, Rangkul Trofi Bintang dan Ratu Telenovela. mStar
Bantu kami share artikel ini: