Piala FA 2024/2025 [LIVE] Jadual Perlawanan Terkini Suku Akhir

Jadual & Tarikh Piala FA 2024 Malaysia bermula pada 13 – 15 Jun 2024 bagi pusingan 16. Manakala perlawanan akhir bagi musim ini dijadualkan akan berlangsung pada 24 Ogos 2024.

Piala FA Malaysia, ialah antara satu daripada 11 piala menjadi rebutan dalam Liga Malaysia (M-League) 2024/2025 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Piala ini mula dipertandingkan pada 1990, yang mana ianya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.

Senarai Kelab Bertanding Piala FA 2024

Berikut merupakan 16 Pasukan akan beraksi di pentas Piala FA bagi musim 2024-2025:

  1. Johor Darul Ta’zim
  2. Selangor FC
  3. Sabah FC
  4. Kedah Darul Aman FC
  5. Sri Pahang FC
  6. Terengganu FC
  7. Kuala Lumpur City FC
  8. PDRM FC
  9. Negeri Sembilan FC
  10. Penang FC
  11. Perak FC
  12. Kelantan Darul Naim FC
  13. Kuching City FC
  14. Kuala Lumpur Rovers FC
  15. Bukit Tambun FC
  16. Malaysian University FT

Untuk makluman bagi tahun 2023, sebanyak 20 pasukan disenaraikan mengambil bahagian dalam piala FA edisi ke-33 dengan penyertaan sembilan pasukan yang layak dari Liga Super 2022, lima dari Liga Premier 2022 dan enam dari Liga M3 2022.

Baca juga : Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK23)

Format Perlawanan

MFL telah mengumumkan hanya pusingan 16 Piala FA kekal dimainkan secara pusingan satu perlawanan. Manakala pusingan suku akhir dan separuh akhir Piala FA akan ditukar format dengan dimainkan secara timbal balik (home & away).

jadual piala fa 2024 malaysia

Pertandingan Piala FA 2024-2025 bakal melibatkan penyertaan kelab Liga Super  2023 dan 2 kelab M3 yang akan dipilih oleh Amateur Football League (AFL).

Jadual Piala FA Malaysia 2024 & Tarikh Perlawanan

Keputusan undian Piala_FA 2024-2025 telah diumumkan dalam sebuah majlis rasmi pada 16 Mei 2024.

PERTEMBUNGAN SUKAR DIJANGKA MENANTI KELAB DI PUSINGAN 16 PIALA FA 2024-2025

Undian Piala FA 2024-2025 yang berlangsung pada Khamis menyaksikan sebanyak 16 pasukan akan bersaing untuk kejohanan yang diadakan dalam edisi ke-33 itu.

Selain penyertaan daripada 13 pasukan Liga Super, sebanyak tiga pasukan dari Liga A1 Semi Pro iaitu Kuala Lumpur Rovers FC, Bukit Tambun FC dan Malaysian University FT akan turut membuat penampilan dalam kejohanan Piala FA kali ini.

Undian melibatkan kedudukan pasukan untuk pusingan 16 sahaja melibatkan 5 kelab terbawah Liga Super 2023 (Negeri Sembilan FC, Penang FC, Perak FC, Kelantan Darul Naim FC dan Kuching City FC) serta tiga pasukan Liga A1 Semi Pro yang telah dinamakan oleh Amateur Football League (AFL) dan diluluskan oleh Malaysian Football League (MFL) untuk beraksi selaku pasukan pelawat bertemu 8 kelab ‘seeded’ iaitu pasukan yang berada di ranking 1 hingga 8 Liga Super 2023.

Meskipun di atas kertas, JDT selaku juara tiga kali Piala FA menjadi pasukan pilihan namun Kelantan Darul Naim yang dijenamakan semula pada musim ini dilihat bakal hadir dengan pelbagai kejutan untuk cuba memberi tentangan.

Undian menarik lain adalah perlawanan antara Terengganu FC dan Perak FC yang mana kedua-dua kelab ini masing-masing pernah menjuarai kejohanan Piala FA sebanyak dua kali.

Pertandingan Piala FA 2024 tarikh– tarikh perlawanan adalah seperti berikut:

  • Pusingan 16 Pasukan : 13 – 15 Jun 2024
  • Suku Akhir I : 28 – 29 Jun 2024
  • Suku Akhir II : 5 – 6 Julai 2024
  • Separuh Akhir I : 20 – 21 Julai 2024
  • Separuh Akhir II : 3 – 4 Ogos 2024
  • Akhir : 24 Ogos 2024

Malaysian Football League telah mengumumkan jadual perlawanan peringkat suku akhir pertama dan kedua Piala FA 2024-2025 yang telah dikemaskini selepas pengesahan keputusan perlawanan pusingan 16.

Muat turun jadual Piala FA di bawah https://www.malaysianfootballleague.com/…/Post/Watch/1148

Pasukan manakah yang akan menjulang trofi Piala FA musim ini? 

Baca lanjut di laman web MFL : https://www.malaysianfootballleague.com/

Tonton LIVE

Saksikan siaran langsung dan info terkini perlawanan bolasepak dalam negara melalui:

Bagi peminat bola sepak Malaysia yang ingin hadir ke stadium untuk menonton aksi perlawanan pasukan kelab kegemaran anda, tiket-tiket perlawanan juga boleh didapatkan dengan membuat pembelian secara online menerusi lawan web https://ticket.tickethotline.com.my/

Bantu kami share artikel ini: