Khasiat Air Kelapa Laut Untuk Tubuh

Pernahkah anda mendengar tentang buah kelapa laut? Mungkin ada yang tidak pernah melihat buah ini di depan mata namun ramai yang mengenalinya sebagai buah yang baik untuk mengatasi batuk.

Nama saintifik bagi buah ini adalah Lodoicea maldivica.

Sebelum dikenali sebagai kelapa laut, buah ini dikatakan terkenal sebagai kelapa Maldives kerana sebelum abad ke-18, ia banyak dijumpai di persisiran laut negara tersebut.

Kini, ia lebih dikenali sebagai kelapa laut atau sea coconut.  

Meskipun begitu, buah ini sebenarnya bukanlah buah kelapa. Lebih tepat lagi, ia merupakan salah satu spesis tumbuhan daripada keluarga Arecaceae seperti nipah, kelapa dan tal.

Buah ini sering digunakan sebagai ramuan dalam rawatan tradisional Ayuverda dan Siddha.

Pada masa yang sama, ia turut digunakan sebagai penambah rasa bagi hidangan sup di kawasan selatan China.

Di benua Asia, buah ini juga sering dijadikan ramuan bagi juadah manisan seperti cendol dan lee chee kang kerana isinya yang lembut dan seakan jeli serta mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan.

kelapa laut
Sumber : Swan’s Kitchen

Meskipun tergolong sebagai tumbuhan endemik bagi negara Seychelles, buah ini turut mendapat permintaan yang tinggi di negara Asia.

Kini, difahamkan negara jiran iaitu Thailand menjadi pengeluar utama di Asia bagi buah yang berwarna coklat kehitaman ini.  

Nutrisi & Khasiat Air Kelapa Laut

Buah ini sering dikategorikan sebagai makanan sejuk dalam rawatan tradisional Cina.

Enak dinikmati ketika cuaca panas, masyarakat Cina sering menggunakan buah ini bagi merawat beberapa penyakit seperti loya, sakit pada bahagian abdomen, batuk dan sakit perut.

Selain isinya dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dilumatkan dan disapu pada kulit bagi meredakan keradangan.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya buah istimewa ini juga mempunyai pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk tubuh.

Baik Untuk Kesihatan Tulang

Buah ini merupakan antara sumber kalsium dan fosforus yang baik bagi mengekalkan kesihatan tulang dan gigi.

Sumber : snhospital.org

Tinggi Khasiat Vitamin C

Siapa sangka buah kelapa laut mempunyai manfaat vitamin C? Seperti yang kita tahu, vitamin C adalah penting untuk menguatkan sistem pertahanan di samping mengelakkan pelbagai jenis jangkitan.

Oleh sebab itulah buah ini sering dijadikan ramuan tradisional bagi merawat batuk.

Selain itu, khasiat vitamin C juga penting bagi melindungi kerosakan sel dalam tubuh akibat radikal bebas.

Sumber Potassium Yang Baik

Seperti buah kelapa muda, air kelapa laut juga mendapat permintaan yang tinggi. Ini disebabkan oleh kandungan potassium yang tinggi bagi untuk mengimbangi kandungan cecair dalam badan.

Jadi, ia boleh menjadi alternatif yang sesuai bagi buah kelapa.

Selain itu, buah ini juga padat dengan nutrisi penting lain seperti zink, zat besi dan vitamin B.

kelapa laut

Tak sangka rupanya buah kelapa laut mempunyai pelbagai khasiat penting untuk kesihatan tubuh. Ia juga mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan, memang sesuai untuk dinikmati ketika cuaca panas.

Jika anda berkesempatan, jangan lupa untuk mencubanya dan nikmati sendiri kebaikan buah ini bersama seisi keluarga.

Sumber : Asian Inspirations, Specialty Produce, Missouri Botanical Garden

Baca Juga : Air Kelapa Muda : Nutrisi, Khasiat Pada Tubuh dan Pantang Larang

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!