10 Resepi Ikan Jenahak Yang Mudah dan Wajib Dicuba

Ikan jenahak merupakan antara ikan yang cukup popular di Malaysia. Ia juga merupakan ikan yang popular dalam kalangan pemancing.

Ikan dengan nama saintifik Lutjanus johnii ini turut dikenali secara global dengan nama John’s Snapper atau Golden Snapper.

Bergantung kepada persekitarannya, jenahak boleh dikenalpasti dnegan sisik berwarna kuning keemasan serta tompokan hitam.

Bagi anda yang tiada idea untuk masak ikan jenahak, di sini kami ingin kongsikan beberapa resepi menarik untuk dicuba. Ayuh kita semak bersama-sama.

10 Resepi Ikan Jenahak

1. Jenahak Masak Taucu

Bahan bahan:

  • 3 keping ikan jenahak – lumur garam kunyit dan goreng
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2-3 sb tauchu
  • 3 cili padi
  • 2 biji cili hijau
  • Sedikit asam jawa

Cara-cara :

  • Gorengkan ikan dan ketepikan
  • Tumiskan bawang dan halia yang telah dihiris.
  • Setelah garing, masukkan taucu dan kacau rata buat seketika.
  • Masukkan pula cili padi dan cili hijau serta tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan pula air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
  • Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng dan imbangkan rasa menggunakan gula dan serbuk perasa mengikut kesesuaian.
  • Sedia untuk dihidang.

2. Jenahak Masak Cencuan

Sumber : Facebook Eina Abdul

Bahan-bahan:

  • 2 potong ikan jenahak
  • 3 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 15 biji cili padi (dibelah dua)
  • 1 sudu makan asam jawa Adabi
  • Serbuk kunyit
  • Garam dan perasa secukup rasa

Cara memasak :

  • Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit lalu goreng sehingga garing dan masak
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris
  • Masukkan air asam
  • Masukkan ikan
  • Gaulkan dengan mesra dan perasakan hidangan dengan garam dan bahan perasa.
  • Sedia untuk dinikmati

3. Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa

ikan jenahak

Bahan A :

  • 4 keping ikan Jenahak
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)

Bahan hiris B (Untuk Tumis):

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia

Bahan C (Untuk Sos) :

  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan D (Sebagai Hiasan) :

  • 1 pokok daun bawang
  • 1/2 batang karot
  • 1/2 biji timun
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato – belah 6
  • Nenas – potong kecil

Cara-cara :

  • Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung sehingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  • Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiriskan hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.
  • Kacau rata dan masukkan bahan hiasa.
  • Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.
  • Sedia untuk dihidang.

4. Jenahak Tumis Lada Hitam

ikan jenahak
Sumber : Facebook Zaleha Yusof

Bahan-bahan :

  • 5 keping isi jenahak
  • Cuka makan
  • 1 labu bawang holland (dihiris nipis)
  • 2 sudu lada hitam biji *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 2 ketul besar halia muda *
  • 2 ketul besar kunyit hidup *
  • Pes asam jawa
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Memasak

  • Lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit/serbuk cili dan gaulkan dengan cuka makan.
  • Gorengkan ikan hingga garing dan ketepikan.
  • Tumbuk bahan kasar yang bertanda *.
  • Bancuh asam jawa dengan suku cawan air
  • Panaskan minyak secukupnya dan masukkan bahan tumbuk dan tumiskan sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan bawang holland yang telah dihiris dan tumiskan sehingga layu,
  • Masukkan air asam, serta garam, gula dan bahan perasa.
  • Kacau sebati sehingga menjadi agak kering kemudian masukkan isi ikan yang telah digoreng.
  • Kacau sampai mesra dan hidangan sedia untuk dinikmati.

5. Ikan Jenahak Bersambal

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan jenahak – saiz sederhana
  • 3-4 sudu besar cili kisar – boleh tambah
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • Garam
  • Gula
  • 1-2 sudu besar sos tomato
  • 1-2 sudu besar sos cili

Cara-cara :

  • Lumurkan jenahak dengan garam dan serbuk kunyit lalu gorengkan hingga garing. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili agak garing.
  • Masukkan pula sos cili, sos tomat, garam dan gula dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
  • Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng dan gaul mesra.
  • Sedia untuk dihidang.

6. Kari Ikan Jenahak

ikan jenahak
Sumber : Facebook Zuraizah Zulkifli

Bahan-bahan

  • Ikan jenahak
  • 1 biji kelapa (kisar dengan 3 cawan air, perah dan ambil santannya)
  • Bendi
  • Tomato
  • 1 cawan air jika perlu
  • 3 senduk minyak masak untuk menumis

Bahan tumis:

  • 1 ½  biji bawang besar (hiris nipis)
  • 5 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 sudu besar halba campur

Bahan pes:

  • 2 paket kecil rempah kari brand cap O’,  (boleh juga gunakan jenama lain dengan sukatan 4 sudu besar)
  • 1 paket kecil serbuk cili jenama Baba’s
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • Sedikit perasa
  • 1 1/2 cawan air

Nota : gabungkan bahan ini menjadi pes

Cara-cara :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga layu dan naik bau.
  • Seterusnya, masukkan bahan pes dan masak sehingga naik minyak dan garing
  • Masukkan santan dan biarkan mendidih buat seketika
  • Sambil kacau, masukkan ikan, tomato dan bendi
  • Biarkan sehingga mendidih kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa mengikut kesesuaian
  • Tutupkan api dan sedia untuk dihidang.

7. Asam Pedas Jenahak

ikan jenahak

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 6 sudu besar cili kering kisar – 1 cawan
  • 50 gram asam jawa – 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu besar garam kasar
  • Serbuk perasa
  • Daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • 10 batang kacang bendi
  • 1 cawan minyak masak
  • 700 – 800 ml air

Bahan kisar :

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara :

  • Panaskan minyak yang agak banyak dan masukkan halba serta bahan kisar.
  • Kemudian, masukkan cili kisar dan serbuk kunyit.
  • Bila telah terbit minyak, masukkan sedikit air dan tumis lagi. Ulang masukkan air beberapa kali sehingga cili benar-benar masak.
  • Setelah cili benar-benar masak dan garing (kelihatan minyak berbuih), masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan sedikit dahulu garam dan serbuk perasa dan kacau rata.
  • Masukkan pula 400 ml air dan biarkan hingga mendidih. Jangan masukkan air banyak sangat kerana boleh tambah selepas masukkan ikan.
  • Setelah mendidih, masukkan ikan dan tambah iar secukupnya.
  • Pastikan kuah hanya sekadar tenggelamkan ikan sahaja kerana tidak sedap jika kuah cair.
  • Akhir sekali, masukkan bendi dan sesuaikan rasa menggunakan garam dan sebuk perasa.
  • Sedia untuk dihidangkan.

8. Sup Ikan Jenahak

Bahan-bahan:

  • Ikan jenahak
  • 1 paket bunjut sup ikan Adabi
  • Lobak merah
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • 1/2 biji limau nipis
  • Daun ketumbar/daun sup
  • Mushroom seasoning
  • Garam
  • Air
  • Minyak untuk menumis
  • Akar daun ketumbar/ akar daun sup
  • Lada putih

Cara-cara :

  • Panaskan minyak dan masukkan sup bunjut, akar ketumbar/akar daun sup, bawang besar, bawang putih, halia dan lobak merah. Tumiskan sehingga naik bau.
  • Masukkan pula perahan ½ biji limau nipis
  • Seterusnya, masukkan sedikit lada putih
  • Kemudian, masukkan ikan. Ini bagi menghilangkan hanyir ikan.
  • Setelah ikan sudah separuh masak, masukkan air secukupnya.
  • Masukkan pula daun ketumbar/daun sup, garam, serbuk perasa dan mushroom seasoning.
  • Tunggu sehingga masak dan mendidih
  • Sedia untuk dihidang.

9. Ikan Jenahak Masak Kicap Halia Chinese Style

Sumber : Facebook Eny Yusnizar Abdullah

Bahan-bahan :

  • 4 Keping isi ikan jenahak (digoreng seperti biasa menggunakan garam dan serbuk kunyit)
  • 4 sudu besar kicap pekat lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Halia dihiris nipis (lebihkan halia dari bawang baru sedap)
  • Bawang putih (dihiris nipis)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Daun bawang
  • Bawang besar (dibelah)
  • Sedikit minyak untuk tumis

Cara-cara :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dihiris sehingga layu
  • Seterusnya, masukkan kicap, sos tiram, minyak bijan dan tambahkan sedikit air
  • Masukkan pula lada sulah dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidiih
  • Kemudian, masukkan kepingan isi ikan yang telah digoreng tadi dan bawang besar.
  • Akhir sekali, taburkan daun bawang.
  • Sedia untuk dihidang.

10. Jenahak Masak Kengsom

Baha-bahan :

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1 batang serai
  • 1 mangkuk nenas
  • 3 keping asam keping
  • 10 batang bendi
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar :

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 5 biji cili padi
  • 1 potong nenas

Cara-cara :

  • Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus
  • Masukkan serai yang telah diketuk
  • Masukkan pula asam keping dan biarkan sehingga mendidih
  • Tambahkan secawan air atau sesuaikan mengikut saiz ikan
  • Setelah mendidih, masukkan 1 mangkuk nanas yang telah dipotong kasar dan biarkan nanas masak hingga lembut.
  • Kemudian, masukkan ikan dan biarkan mendidih.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Setelah ikan masak, masukkan bendi.
  • Tutupkan api setelah bendi masak.
  • Sedia untuk dihidang.

Resepi jenahak yang dikongsikan memang sangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga kebanyakannya mudah untuk didapati dan sudah ada di dapur.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk sediakan hidangan buat keluarga. Selamat mencuba!

Sumber : umpan.com, Masak Apa Hari Ni (MAHN) (1), Resepi dan Menu Masakan Kampung (RMMK), Facebook Zaleha Yusof, Facebook Zuraizah Zulkifli, Resepi Free dan Sedap, Facebook Eina Abdul, Facebook Bob Kelanang, Facebook Eny Yusnizar Abdullah

Baca Juga : Ikan Pari : Jenis, Tips Pilih Pari Segar dan Resepi Wajib Cuba

Bantu kami share artikel ini: