Gula Aising: Proses Penghasilan & Kegunaannya dalam Masakan

Gula aising merupakan sejenis gula yang sering digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar. Gula jenis ini adalah gula buatan manusia yang terdiri daripada campuran gula dan tepung jagung. 

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang gula aising ini, seperti khasiatnya, cara penghasilannya dan cara penggunaannya, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu Gula Aising?

Gula merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Gula ini boleh diperoleh dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian, secara semula jadi.

Gula aising pula merupakan sejenis gula buatan manusia yang halus dan bewarna putih. Gula jenis ini selalunya mempunyai campuran tepung jagung didalamnya, dan digunakan bagi menghias manisan seperti biskut atau di atas kek.

gula aising

Cara Penghasilan Gula Aising

Bagi anda yang suka menghasilkan manisan namun kehabisan gula aising atau terlupa membelinya, anda boleh menghasilkan gula jenis ini dengan mudah menggunakan dua bahan sahaja iaitu:

  • Gula Pasir
  • Tepung Jagung

Ikuti langkah dibawah untuk mengetahui cara penghasilan gula ini dengan lebih teliti:

  • Sediakan satu cawan gula pasir dan satu sudu besar tepung jagung.
  • Masukkan kedua-dua bahan di atas ke dalam pengisar dan kisar selama 2-3 minit sehingga tekstur gula bertukar. 
  • Jika tekstur gula yang terhasil adalah seakan-akan tekstur talkum ia bermakna gula aising anda sudah boleh digunakan.
  • Jika gula masih berkeping-keping anda boleh teruskan kisaran sehingga memperoleh tekstur yang diinginkan. 

Sumber: Love & Lemons

Kegunaannya dalam Makanan

Secara umumnya, gula aising ini selalunya digunakan dalam resipi sebagai penyudah atau hiasan pada manisan tertentu. Namun begitu ia juga boleh digunakan dalam perkara-perkara berikut:

  • Frosting dan aising
    • Gula ini ialah bahan utama dalam penghasilan frosting, aising, krim putar dan fondan kerana ia cepat larut dan menghasilkan konsistensi yang licin. 
  • Dalam penghasilan manisan
    • Gula aising ini boleh digunakan dalam proses penghasilan manisan seperti biskut, meringue dan fudge. 
    • Ia juga boleh digunakan untuk menambah tekstur yang licin pada roti yang dibakar dan kuih-muih. 
  • Sebagai Hiasan
    • Gula jenis ini boleh ditabur di atas makanan yang dibakar seperti kek cawan, kek, biskut dan wafel untuk menambah rasa manis dan hiasan yang halus. 
  • Pemanis
    • Gula ini boleh digunakan sebagai pemanis untuk teh dan kopi, terutamanya jika ia dibuat dengan kanji ganti seperti serbuk arrowroot. 
  • Gula-gula yang tidak dibakar
    • Gula ini boleh digunakan dalam gula-gula tanpa bakar seperti Buckeyes atau fudge untuk menambah rasa manis yang cair di mulut anda. 
  • Minuman
    • Gula tepung boleh digunakan untuk memaniskan minuman seperti coklat panas dan smoothie.

Khasiat dan Kelebihan

Berikut kami kongsikan kebaikan gula aising jika anda menggunakannya secara berpatutan dan dalam kuantiti yang digalakkan:

  1. Membekalkan tenaga dengan cepat
    • Kandungan gulanya yang tinggi, menjadikannya berguna untuk rangsangan tenaga yang cepat.
  2. Meningkatkan rasa dan tekstur dalam pelbagai pencuci mulut.
    • Makanan yang dihasilkan akan menjadi lebih menyeronokkan dan sedap.
  3. Bebas gluten
    • Gula aising adalah pilihan yang selamat untuk mereka yang mempunyai intoleransi gluten atau penyakit seliak.
  4. Mudah dihadam
    • Oleh kerana komposisinya yang ringkas, gula ini mudah dihadam oleh badan.
  5. Daya tarikan estetik
    • Menabur gula jenis ini pada pencuci mulut menambah kemasan yang menarik secara visual

Baca juga: Gula Pasir: Khasiat, Harga Kawalan & Cara Penghasilan

Bantu kami share artikel ini: