Buah Pelaga Rempah Tertua Di Dunia & 8 Khasiat Kesihatan

Menambahkan buah pelaga dalam makanan dan minuman boleh memberi rasa dan aroma yang unik dalam sesuatu hidangan.

Ini kerana rempah ini mempunyai rasa yang sangat kompleks, sesuai untuk kedua-dua hidangan manis dan berperisa. Justeru tidak hairanlah ia digelar sebagai “The Queen of Spices”.

Di sisi lain, rempah ini mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah pelaga kepada kesihatan manusia.

Baca juga:

Apa itu buah pelaga?

buah pelaga
Strong Water

Buah pelaga (Elettaria cardamomum) adalah antara rempah ratus empat sekawan paling tua di dunia.

Rasanya pedas dan sedikit manis sehingga ada sesetengah orang yang membandingkannya dengan pudina.

Biji, minyak dan ekstrak buah ini mempunyai ciri-ciri perubatan yang terus dikagumi dari dulu sehingga hari ini dalam perubatan tradisional.

Jenis-jenis buah pelaga

Terdapat dua jenis buah pelaga yang sering digunakan dalam masakan:

  • Buah pelaga hijau: Mempunyai tekstur citrus, pedas, dan hangat seakan-akan pudina. Sesuai digunakan untuk hidangan lebih manis.
  • Buah pelaga hitam: Bersaiz lebih besar dan berwarna coklat gelap. Sesuai digunakan untuk hidangan berperisa.

Fakta kandungan nutrisi

Setiap 1 sudu kecil buah pelaga mempunyai kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Protein: 0.22 g
  • Jumlah lemak: 0.13 g
  • Karbohidrat: 1.37 g
  • Tenaga: 6.22 kcal
  • Serat: 0.56 g
  • Kalsium: 7.66 g
  • Zat besi: 0.28 mg
  • Magnesium: 4.58 mg
  • Fosforus: 3.56 mg
  • Kalium: 22.38 mg
  • Natrium: 0.36 mg
  • Zink: 0.15 mg
  • Kuprum: 0.01 mg
  • Mangan: 0.56 mg
  • Vitamin C: 0.42 mg
  • Niasin: 0.02 mg

Beza buah pelaga dan ketumbar

Rempah yang mempunyai rasa dan tekstur yang hampir mirip dengan buah pelaga adalah ketumbar. Namun sudah tentu terdapat sedikit perbezaannya:

Ciri-CiriBuah PelagaKetumbar
Asal usulDaripada biji benih pelbagai
tumbuhan dalam keluarga halia
Biji pokok ketumbar
Nama saintifikElettaria cardamomumCoriandrum sativum
Nama keluargaZingiberaceaeApiaceae
Bahagian yang bergunaBenih di dalam buahDaun (sebagai
ketumbar) dan biji
TeksturRasa hangat, sedikit manis
dan aromatik kepada pelbagai jenis makanan
Rasa sitrus dan sedikit pedas
KegunaanDigunakan dalam pelbagai
masakan, terutamanya dalam
masakan Timur Tengah,
Asia Selatan dan Scandinavia
Digunakan secara meluas
untuk menyedapkan
kari, sup dan perapan
Pengeluar terbesarGuatemalaIndia

Khasiat dan manfaat

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Menurunkan paras gula dalam darah

Buah pelaga boleh meredakan keradangan dan melindungi sel tubuh badan daripada sesuatu yang dipanggil tekanan oksidatif, ketidakseimbangan antara radikal bebas dan antioksidan.

Kesemuanya ini boleh membantu anda mengendalikan insulin dengan lebih baik.

2. Memiliki kesan antiradang

Bila badan terdedah kepada toksin asing, keradangan akan berlaku. Walaupun keradangan jangka pendek mempunyai manfaatnya tertentu, tetapi keradangan yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyakit kronik.

Ektrak buah ini dibuktikan oleh kajian terdahulu mempunyai sifat antiradang disebabkan sebatian bioaktif di dalamnya.

3. Membantu masalah penghadaman

Sejak beribu-ribu tahun sebelum ini, buah ini telah digunakan dan selalu dicampur dengan rempah ubatan-ubatan lain untuk melegakan ketidakselesaan, loya, dan muntah.

Keupayaan potensi buah pelaga untuk merawat ulser telah mendapat perhatian terbesar dari segi potensinya untuk mengurangkan ketidakselesaan perut.

4. Melawan sel-sel kanser

Biji pelaga mempunyai potensi sebagai rawatan kanser secara semulajadi. Fitokimia yang terdapat dalam rempah ini seperti cineole dan limonene mempunyai peranan sebagai perlindung terhadap perkembangan kanser.

5. Menurunkan tekanan darah

Buah pelaga mungkin boleh membantu anda menurunkan tekanan darah ada. Yang mana ia kunci untuk mengekalkan kesihatan jantung dan buah pinggang.

Kuantiti antioksidan yang tinggi dan diuretik dalam buah ini mungkin memainkan peranannya yang tersendiri dalam menurunkan tekanan darah.

6. Mencegah nafas berbau

Mengunyah biji pelaga boleh mengubah tahap pH mulut dan membantu badan anda membuat lebih banyak air liur.

Ini membantu mengekalkan mulut agar sentiasa lembap dan melindungi daripada masalah kesihatan gigi seperti pertumbuhan kaviti dan nafas berbau.

Malah Wringley sebuah jenama pengeluar gula-gula getah telah menggabungkan buah ini ke dalam salah satu ramuannya.

Kemampuan buah pelaga untuk memerangi bakteria mulut mungkin menjadi punca keupayaannya untuk menghasikan nafas segar.

7. Mempunyai kesan antibakteria

Biji pelaga dianggap mempunyai sifat antibakteria yang berguna kepada jangkitan tertentu.

Kajian pada minyak patinya dikatakan berkesan melawan strain baktria biasa seperti Staphylococcus aureus, Salmonella typhi, Escherichia coli, Streptococcus mutans, dan Candida albicans.

8. Memberi kelegaan asma

Komposisi kimia biji pelaga boleh membantu pernafasan dengan memudahkan peningkatan aliran udara paru-paru.

Buah pelaga boleh menghasilkan bau yang bertenaga apabila digunakan dalam aromaterapi, yang meningkatkan kapasiti badan anda untuk menggunakan oksigen semasa bersenam.

Buah pelaga juga boleh membantu anda bernafas lebih mudah dan menggunakan oksigen dengan melegakan saluran pernafasan anda. Rawatan asma mungkin mendapat manfaat yang besar daripada ini

Cara penyimpanan yang betul

buah pelaga

Buah pelaga hendaklah disimpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari langsung dan sumber haba seperti dapur atau ketuhar.

Apabila disimpan dengan betul, kebanyakan buah pelaga boleh bertahan sehingga tiga atau empat tahun di dalam almari, tetapi ia akan mula kehilangan potensinya pada masa ini.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat buah pelaga dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Cardamom: Are There Health Benefits? WebMD
  2. Cardamom: 7 Health Benefits, Dosage, and Side Effects. Medical News Today
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!