Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2024 (BIB) RM450

Berita gembira buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin, kerajaan Negeri Sarawak menyediakan Bantuan Ibu Bersalin sebanyak RM450 untuk anda.

Segala maklumat yang dikongsikan adalah berdasarkan maklumat terkini yang tertera di portal rasmi kerajaan negeri.

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan syarat kelayakan terkini.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan ini, syarat-syarat dan cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian RM 450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu bersatus “K” yang melahirkan anak bagi membantu keperluan para ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

Syarat Kelayakan

Berikut syarat kelayakan untuk memohon bantuan ibu bersalin negeri Sarawak.

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Mestilah melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak
  • Ibu merupakan pemegang MyKAD Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKAD Sarawak yang berstatus “K”; dan
  • Permohonan boleh dibuat bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat/ Pejabat Residen/ Pejabat Daerah/ Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan permohonan secara dalam talian, maka segala dokumen sokongan hanya perlu dilampirkan sekali ketika mengisi borang secara dalam talian.

Dokumen Yang Wajib Disertakan

Dokumen-dokumen yang wajib disertakan bersama borang permohonan adalah seperti di bawah:

  • Salinan kad pengenalan / pasport ibu
  • Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga
  • Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus “K”.
  • Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung
  • Salinan penyata akaun bank terkini
  • Salinan surat pengesahan doktor/nota discaj/sijil lahir bayi.

Nota : Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kumpulan A Gred 41 dan ke atas) atau Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat (dikecualikan bagi permohonan secara atas talian).

Baca juga: Cuti Umum Sarawak 2024: Hari Kelepasan Am & Cuti Sekolah

bantuan ibu bersalin

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak

Permohonan Secara Online

  • Untuk memohon secara online, sila ke pautan iSarawakCare, hantar dokumen baharu dan ikuti arahan selanjutnya.
  • Setelah permohonan selesai dan dokumen lengkap dihantar, semakan daripada pihak KPWK akan dilakukan antara 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
  • Kemudian, proses pembayaran juga akan mengambil masa anggaran 7 hingga 14 hari waktu bekerja.
  • Pemohon akan menerima notifikasi pembayaran melalui emel.

Permohonan Secara Manual

Borang boleh didapati di :

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah Negeri Sarawak.
  • Pejabat Daerah Negeri Sarawak
  • Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja) Negeri Sarawak

Penghantaran Borang Permohonan boleh dilakukan di mana-mana lokasi yang dinyatakan di atas.

lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Sumber : kpwk.sarawak.gov.my

Maklumat Penting

i) Permohonan WAJIB dilakukan bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh 3 bulan selepas bersalin,

ii) Permohonan bagi bantuan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon. Jika tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak scara automatik;

iv) Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang lengkap boleh dihantar di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah, Pejabat Daerah atau Pejabat Urus Setia BIB (Kuching sahaja), Negeri Sarawak.

v) Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.

Semakan Bantuan dan Maklumat Lanjut

Pemohon boleh melakukan semakan status Bantuan Ibu Bersalin menerusi platform berikut :

(1)WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)

(2)  iSarawakCare (bagi permohonan online)

Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB) melalui e-mel: [email protected]

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web iSarawakCare.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Permohonan BIB boleh dibuat secara online dan manual seperti berikut:
(i) Online
Permohonan dalam talian boleh dibuat melalui aplikasi web iSarawakCare (https://isarawakcare.sarawak.gov.my/apply-now/)
(ii) Manual
Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Sarawak atau Bahagian Pembangunan Awal Kanak-kanak, KPWK (Kuching sahaja).

Berapa kali saya boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Anda boleh memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB) setiap kali anda melahirkan anak dengan syarat wajib memohon dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin.

Berapa hari yang diperlukan oleh Urus Setia untuk memproses permohonan saya?

Sekurang-kurangnya 60 hari bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada KPWK.

Saya sudah bersalin, adakah saya masih layak memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Sekiranya anda sudah bersalin, anda masih layak memohon BIB dengan syarat dalam tempoh 3 bulan selepas anda bersalin.

Adakah saya masih layak sekiranya saya mengalami keguguran selepas memohon Bantuan Ibu Bersalin (BIB)?

Pemohon adalah layak mendapat Bantuan Ibu Bersalin (BIB) sekiranya usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas serta mempunyai pengesahan daripada pegawai perubatan.

Sekiranya saya mengalami keguguran pada usia kandungan 1 bulan, adakah saya layak untuk mendapat BIB?

Tidak layak kerana usia kandungan anda tidak mencapai 22 minggu dan ke atas.

Sekiranya saya tidak mempunyai akaun simpanan persendirian, adakah saya boleh menggunakan akaun suami atau penjaga untuk menerima Bantuan Ibu Bersalin (BIB) tersebut?

Pemohon harus memohon kepada Setiausaha Tetap, KPWK untuk mendapat kebenaran bagi menggunakan akaun suami atau penjaga bagi penyaluran Bantuan Ibu Bersalin (BIB).

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini?

Sila hubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau e-mel ke [email protected]

Bantu kami share artikel ini: