Biodata Alif Teega, Influencer & Ikon Anak Muda

Nama Alif Teega semakin kembali diperkatakan ramai selepas gosip perkahwinan keduanya di Thailand reda.

Baru-baru ini, tular dikongsikan di Facebook Pseudoscience Watch (PW) atau PW Community mendakwa pasangan pempengaruh yang terkenal dengan memberi kata-kata motivasi menyalahgunakan saluran kutipan derma atas tujuan peribadi.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Alif Teega.

Baca juga:

Latar Belakang

Alif Teega
NamaMohd Hazalif Bin Mohd Hazani
Nama GelaranAlif Teega
Tarikh Lahir 22 Januari 1994
Tempat LahirLeeds, United Kingdom 
PekerjaanPenulis novel, usahawan, pempengaruh dan pendakawah
PendidikanIjazah Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Muamalat (UM)
Nama JenamaHijanah Haul & Hijanah Books
Akaun Media SosialInstagram @alifteega
Facebook @alifteega
Twitter @mhazalif
TikTok @alifteega

Kehidupan Peribadi

Alif Teega merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau adalah anak kepada pasangan Hazani Hashim (bapa) dan Norrana (ibu).

Beliau dilahirkan di Leeds, United Kingdom di mana tempat bapanya melanjutkan pelajaran dalam Doktor Falsafah (PhD).

Kemudian pada usianya enam tahun, beliau sekeluarga berpindah semula ke Kuala Lumpur.

Alif adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Al Ikram. Beliau juga mempunyai Diploma Syariah Undang-Undang (KUIS) dan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Pengurusan Muamalat (UM).

Di usia yang cukup muda iaitu ketika masih menuntut di sebuah universiti awam, beliau telah berkahwin dengan pilihan hati, seorang usahawan, penulis dan pendakwah selebriti iaitu Aisyah Hijanah pada tahun 2017.

Di awal tahun 2022, pasangan ini mengadakan majlis persandingan mereka kerana tidak berkesempatan melaksanakannya sewaktu pernikahan dahulu.

Kredit Instagram @aisyahhijanah

Hasil perkahwinan enam tahun tersebut tersebut, Aliff Teega dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Pada 18 November 2023 yang lalu, Aliff Teega sah bergelar suami buat kali kedua apabila menikahi Fatin Umaidah di Thailand. Ini adalah perkahwinan keduanya.

Kredit Instagram @aisyahhijanah

Kerjaya & Profesional

Alif Teega merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Alif Enterprise yang merupakan sebuah syarikat dalam menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai urusan seperti pemasaran digital, penjenamaan, pengurusan acara dan juga pendidikan dalam talian.

Terkenal sebagai seorang pempengaruh dan pendakwah selebriti muda yang sering memberi kata-kata motivasi menerusi perkongsian beliau di media sosial. Selain itu beliau juga dikenali kerana aktif berdakwah dan hampir seluruh IPT dan IPTS pernah dihadiri beliau.

Beliau juga pernah mengacarakan rancangan Halal Lah di Astro Oasis pada 2018.

Kini, Alif Teega mengusahakan perniagaan bersama isterinya iaitu Hijahah Haul dan Hijanah Books.

Pencapaian Alif Teega

Alif Teega berjaya menulis beberapa karya novel bersama isterinya, Aisyah Hijanah. Antara karyanya adalah seperti:

Alif Teega
Alif Teega

Fakta Menarik Mengenai Alif Teega

  • Beliau pernah menyatakan telah terkena sihir pemisah selepas mendapat rawatan perubatan islam.
  • Netizen pernah melebalnya sebagai “Larva Kuning”.
  • Beliau pernah bekerja sebagai waiter dan pemandu Grab untuk menampung hidup ketika zaman universiti.
  • Nama “Teega” diambil dari nama kumpulan dakwah yang pernah disertai beliau sendiri. Dua lagi ahli lain dari kumpulan itu adalah Muhammad Dhirar Zainal Abidin dan Irman Bahruddin Erafarn.
  • Memasang niat untuk berkahwin muda sejak berumur 19 tahun lagi.

Tahniah Alif Teega! Semoga kejayaan saudara dalam bidang perniagaan dan penulisan terus menjadi motivasi kepada anak muda di luar sana untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Instagram @alifteega
  2. Aisyah Hijanah & Alif Teega Pilih Nama Safiyyah Hijanah Untuk Anak ke-3. Oh My Media
Bantu kami share artikel ini: