Zetrix AI: Pertukaran Nama MyEG & Perkhidmatan Disediakan

zetrix ai
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mulai 3 Julai 2025, syarikat penyedia perkhidmatan kerajaan secara atas talian iaitu MyEG akan menukar nama kepada Zetrix AI.

Penukaran nama ini juga turut melibatkan penukaran nama di Bursa Malaysia.

Mengenai MyEG

MyEG Services Berhad merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) Aplikasi Elektronik Kerajaan E-Kerajaan Malaysia.

Syarikat ini dipertanggungjawab terlibat dalam perniagaan pembangunan dan pelaksanaan Perkhidmatan Kerajaan Elektronik atau E-Kerajaan dan lain –lain perkhidmatan yang berkaitan sebagai inisiatif E-Kerajaan selain pelaburan.

Inisiatif ini merupakan satu program yang memberi tumpuan dalam penambahbaikan dari segi cara kerajaan beroperasi secara dalaman, dan bagaimana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Secara keseluruhannya, inisiatif E-Kerajaan memudahkan orang awam mendapatkan maklumat dan menjalankan urusniaga dengan pelbagai khidmat pembekal dengan lebih mudah dengan masa yang lebih terurus melalui aplikasi Khidmat Elektronik (E-Perkhidmatan).

Pembekal Perkhidmatan utama yang menggunakan perkhidmatan dan penyelesaian Kerajaan Elektronik adalah adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TMB).

Penukaran Nama MyEG Kepada Zetrix AI

Penukaran nama daripada MyEG kepada Zetrix AI akan bermula pada 3 Julai 2025.

Nama singkatan untuk sahamnya juga akan ditukar daripada MyEG kepada ZETRIX dalam makluman mereka kepada Bursa Malaysia.

Syarikat tersebut pada asalnya mengumumkan hasratnya untuk menukar nama baharu pada akhir April 2025 selepas ibu pejabat korporatnya telah ditukar daripada Menara MyEG kepada Menara Zetrix.

Namun, penukaran nama ini dimuktamadkan selepas kelulusan daripada pemegang saham hanya diperoleh pada 23 Jun 2025 semasa mesyuarat agung tahunan ke-24 syarikat tersebut.

zetrix ai

Faktor Penukaran Nama

Zetrix menyatakan keputusan di sebalik perubahan nama itu adalah untuk lebih mencerminkan sifatnya yang berkembang, yang sejak itu termasuk blockchain, AI, dan robotik.

Nama baharu itu juga bertujuan untuk menandakan hasrat syarikat untuk meneroka ke luar Malaysia dan ke pasaran global.

Sebelum ini, nama Zetrix merujuk kepada rantaian blok awam lapisan-1 yang dibangunkan oleh MyEG yang menumpukan kepada perniagaan rangkaian blockchain negara.

Tumpuan kepada teknologi blockchain telah memberikan keuntungan kepada MyEG apabila pada suku pertama berakhir pada 31 Mac 2025, syarikat ini memperoleh sebanyak RM181.64 juta bagi daripada RM155.95 juta.

Peningkatan hasil itu disumbangkan oleh fi perkhidmatan aplikasi Web 3.0 di platform blockchain Zetrix (Zetrix) seperti ZTrade, ZCert dan pendaftaran pengenalan diri digital dan transaksi selain jualan token Zetrix.

zetrix ai

Perkhidmatan Zetrix AI

Sehingga kini, laman web MyEG tidak mengalami sebarang perubahan pada penjenamaan, manakala aplikasi mudah alihnya masih dipanggil MyEG di dalam App Store iOS, Google Play dan Huawei AppGallery.

Walaupun berlaku pertukaran nama, namun perkhidmatan asas seperti dalam MyEG tidak terjejas seperti:

  • Pembaharuan lesen memandu
  • Semak saman trafik PDRM
  • Semakan resit cukai jalan
  • Semakan status bankrap
  • Pembaharuan permit pembantu rumah
  • Pembaharuan permit pekerja asing
  • Pembaharuan roadtax
  • Pembaharuan insuran kereta
  • Pembayaran zakat
  • Pemindahan pemilikan kenderaan
  • Sumbangan wakaf
zetrix ai

Cara Daftar Zetrix AI

Proses pendaftaran akaun boleh dilakukan terus dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi Zetrix AI yang akan mula berkuatkuasa pada 3 Julai 2025.
  2. Klik pada tulisan LOGIN / REGISTER pada bahagian atas kanan portal.
  3. Klik pada butang “Create Account” untuk pendaftaran.
  4. Isi maklumat yang diperlukan.
  5. Klik pada kotak “I’m not a robot”
  6. Klik butang Enter Details
  7. Semak dan buka emel yang telah didaftarkan.
  8. Klik pada link pengesahan akaun.

Untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan pada MyEG, anda boleh layari laman web rasmi MyEG di pautan : https://www.myeg.com.my/

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/06/1414164/myeg-tukar-nama-kepada-zetrix-ai-mulai-khamis-ini?source=widget

Baca juga: 3 Cara Renew Insurans Kereta Online: Pos Malaysia, Bjak, MyEG

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut