Zakat KWSP Akaun 3: Hukum & Cara Kiraan Kadar Zakat

zakat kwsp akaun fleksibel
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ramai yang tidak tahu sebenarnya simpanan anda dalam KWSP Akaun 3 boleh dikenakan zakat.

Akaun 3 KWSP telah diperkenalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka untuk tujuan tertentu seperti kecemasan serta keperluan mendesak yang lain.

Oleh itu, KWSP Akaun 3 ini juga turut dikenali sebagai Akaun Fleksibel kerana wang simpanan dalamnya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Hukum zakat KWSP Akaun 3

hukum zakat kwsp akaun fleksibel

Akaun 3 KWSP anda WAJIB dizakatkan sekiranya ianya melepasi nisab tahunan (berbeza mengikut negeri).

Akaun ini bersifat sempurna hak milik kerana pemilik boleh mengeluarkannya pada bila-bila masa sahaja seperti simpanan biasa.

Sekiranya akaun anda tersebut tidak mencapai nisab, maka ianya perlu dicampur dengan jumlah terakhir simpanan-simpanan anda yang lain seperti di bank-bank dan seumpamanya.

Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Jenis Zakat KWSP

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
2.5% atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan. Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP

Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain

Kadar pembayaran zakat

jenis zakat

Oleh kerana wang dalam Akaun 3 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan anda, maka ia telah menjadi pemilikan sempurna buat pemegang akaun.

Oleh itu, jumlah Akaun 3 permulaan patut dizakat sebanyak 2.5%.

Bagi jumlah permulaan, oleh kerana ia disalurkan daripada Akaun 2 pemegang akaun, maka zakat perlu dibayar dengan segera tanpa menunggu setahun haul.

Walau bagaimanapun, bagi caruman akan datang, ahli boleh menunggu setahun haul untuk ditunaikan zakat ke atasnya. 

Berikut merupakan 2 simulasi bagi memudahkan pengiraan kadar zakat yang dikenakan untuk KWSP Akaun 3:

Simulasi 1: Amaun Akaun 3 Daripada Caruman Terkumpul Tahun Semasa

kadar zakat kwsp akaun 3

Simulasi 2: Amaun Akaun 3 Dari Caruman Tahun Semasa + Pindahan Dari Akaun Sejahtera

Zakat KWSP Akaun 3

Kredit: Majlis Agama Islam Selangor

Artikel berkaitan: Akaun 3 KWSP – Pengeluaran / Pemindahan Akaun Fleksibel

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut