Zahnita Wilson – Biodata, Kerjaya, Keluarga & Isu Terkini

zahnita wilson
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zahnita Wilson bukan sahaja seorang selebriti, tetapi juga simbol keindahan, kekuatan, dan kecekalan wanita. Beliau membuktikan bahawa walaupun kehidupan penuh cabaran, semangat dan dedikasi mampu membawa kejayaan.

Baru-baru ini, Zahnita menjadi salah seorang selebriti yang lantang bersuara mengenai isu keganasan rumah tangga. Pengalaman peribadinya membuka mata ramai tentang kepentingan membela hak wanita dan kanak-kanak.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Zahnita Wilson.

Baca juga:

Latar Belakang

zahnita wilson
NamaZahnita Dorothy binti Hussein Wilson
Nama PanggilanZahnita, Zahnita Wilson
Tarikh Lahir24 April 1985 
Tempat LahirNew Zealand
PekerjaanPelakon, Model, Pensyarah
Akaun Media SosialInstagram @zahnita
TikTok @zahnitawilson

Kehidupan Peribadi

Zahnita Wilson telah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 3 Jun 2005 di usia yang muda

Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurnaikan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

zahnita wilson
Kredit: Instagram @zahnita

Kerjaya & Profesional

Zahnita Wilson yang berdarah kacukan Melayu dan New Zealand memulakan langkahnya dalam industri hiburan seawal usia muda. Dengan wajah eksotik dan aura memukau, Zahnita segera mencuri perhatian ramai, terutamanya dalam arena peragaan dan komersial.

Nama beliau mula melonjak naik selepas menyertai beberapa pertandingan kecantikan yang membuka jalan kepada peluang lebih besar dalam dunia hiburan. Dalam kerjaya, Zahnita tidak hanya terhadap kepada dunia peragaan.

Beliau turut membintangi beberapa filem dan drama tempatan, memperlihatkan kebolehannya sebagai pelakon yang berbakat.

Filem:

TahunTajukPeranan
2004Kuliah CintaAyu
2004Gila-Gila Pengantin RemajaMastura
zahnita wilson
Kredit: Instagram @zahnita

Zahnita Wilson Mangsa Keganasan Rumah Tangga?

Pada 2 Disember 2024, suami Zahnita Wilson, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, telah ditahan polis selepas Zahnita membuat laporan mengenai keganasan rumah tangga yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu, mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 kanun yang sama, serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sebelum ini, Zahnita telah mendedahkan di media sosial bahawa beliau menjadi mangsa keganasan rumah tangga, termasuk mengalami kecederaan pada mata kirinya akibat dipukul suami.

Kredit: Instagram @zahnita

I didnt want to do this… but i am forced too. This is why i left my old house… and why i sometimes wear sunglasses… (caption Instagram @zahnita)

Sebelum ini, beliau pernah membuat laporan polis tetapi tidak ada apa-apa tindakan lanjut. Bahkan tindakan tesebut berbalik kepadanya semula. Beliau juga memberitahu cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga tersebut tetapi sia-sia.

“Selama ini saya cuba untuk mempertahankan rumah tangga kami. Saya juga pernah meminta cerai tetapi dia menjanjikan bumi dan langit. Tetapi tidak lama, dia ulang semula perbuatan mengasari saya. Sudah 20 tahun saya bertahan, cukuplah!”

Kata beliau lagi, beliau terpaksa mendedahkan perbuatan Zackery kerana ingin mendapatkan semula anak sulungnya iaitu Zahrafeena, 17, yang kini sedang bersama suaminya itu sejak seminggu yang lalu.

Untuk rekod, pada tahun 2013, Zahnita pernah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, selepas lapan tahun berkahwin. Beliau menyatakan telah berusaha memperbaiki hubungan mereka, termasuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Pada tahun 2015, Zahnita mengakui bahawa suaminya enggan melepaskannya, dan mereka berdua berusaha memperbaiki hubungan demi anak-anak mereka.

Fakta Menarik Mengenai Zahnita Wilson

Kredit: Instagram @zahnita
  • Zahnita dikenali sebagai wanita yang berani berdepan dengan cabaran, terutamanya dalam mengharungi kisah peribadi yang penuh dengan rinntangan. Keberaniannya dalam berkongsi pengalaman pahit dan suka turut memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.
  • Sebagai seorang yang mempunyai kecantikan semula jadi, Zahnita telah menjadi ikon dalam industri kecantikan. Banyak jenama produk kecantikan yang menjadikan beliau sebagai wajah mereka, menjadikannya sebagai simbol kecantikan dan kesihatan kulit.
  • Sebagai model, Zahnita pernah meraih beberapa penghargaan dalam bidang peragaan. Kecantikan dan daya tarikan dirinya menjadi pilihan banyak jenama terkenal untuk bekerjasama dengannya dalam kempen-kempen iklan.
  • Zahnita kini fokus untuk mengembangkan lagi jualan ‘Humble Pie‘ miliknya sebagai punca pendapatan utama.

Tahniah Zahnita Wilson! Semoga anda terus menjadi ikon yang memperjuangkan nilai-nilai positif dalam masyarakat, dengan memberikan inspirasi melalui kerjaya, kehidupan keluarga, serta kesedaran sosial.

Sumber:

  1. Instagram @zahnita
  2. TikTok @zahnitawilson
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut