Warna Putih: Maksud Warna, Jenis, & Padanan Sesuai

warna putih
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Warna putih merupakan warna yang sering dikaitkan dengan kesucian, kebersihan, ketulenan dan kesempurnaan.

Tambahan pula, jika dilihat kepada Bendera Malaysia, warna ini juga digunakan dengan berselang-seli dengan warna merah yang melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Malah, baju nikah juga lazim digayakan dengan warna ini bagi menggambarkan termaterinya ikatan antara dua mempelai.

Maksud Warna Putih

Warna ini merupakan antara warna yang menjadi lambang kesucian kerana perkataan “suci bersih” sinonim dengan warna putih.

Warna ini juga merupakan warna asas yang belum tercorak dengan warna-warna lain kerana melambangkan kesucian dan kemurnian.

Dari sudut positif, warna ini memberikan rasa bersih dan segar manakala dari sudut negatif pula, warna ini memberikan rasa dingin dan tiada kehidupan.

Warna Putih Dalam Islam

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya untuk memakai pakaian berwarna putih seperti di dalam hadis dari Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Pakailah pakaianmu yang berwarna putih, kerana ia adalah sebaik-baik pakaianmu dan kafanilah mayat-mayat kamu dengan kain yang berwarna putih.” (HR al-Tirmizi)

Terdapat satu lagi hadis yang hampir sama kenyataannya iaitu dari Samurah r.a., beliau berkata:

“Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pakailah pakaian yang berwarna putih kerana ia lebih suci dan lebih baik dan kafanilah mayat-mayat kamu dalam kain putih.” (HR al-Nasa’i, al-Hakim).

Ini membuktikan warna ini istimewa sehingga Rasulullah S.A.W menggalakkan pemakaian pakaian berwarna putih.

Malah, warna ini juga disebutkan sebagai salah satu warna di dalam Al-Quran. Contohnya di dalam Surah al-Shu‘ara’ ayat ke 33, Allah S.W.T menyebut:

“Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orangorang yang melihatnya.”

Jenis Warna Putih

Terdapat beberapa jenis warna ini iaitu:

i) Ivory White

Warna ini dikaitkan dengan putih yang hangat dan creamy yang mempunyai sedikit kekuningan atau beige.

Kod warna ini ialah #FFFFF0

ii) Eggshell White

Putih jenis ini yang lembut dan pucat dengan sedikit kehangatan dan kilauan yang sedikit.

Kod bagi warna ini ialah #F0EAD6

iii) Off-white

Jenis warna ini adalah serupa dengan warna putih tetapi tidak benar-benar putih, seperti krim, beige, atau kelabu muda.

Kod warna ini ialah #F0EAD6

iv) Snow White

Putih ini lebih sejuk dan tegas yang mempunyai nada biru dan rasa yang cerah dan sejuk.

Kod warna ini adalah #F1F5F1

v) Pearl White

Putih ini lebih lembut dan bercahaya yang mempunyai sedikit kilauan dan kualiti mutiara, yang bersinar dan berkilauan.

Kod bagi warna ini ialah #F8F6F0

vi) Alabaster

Ini adalah putih yang hangat dan matte dengan sedikit nada kuning atau pink, sering digunakan untuk menggambarkan warna batu semulajadi.

Kod warna ini ialah #F2F0E6

vii) Chalk

Putih ini lebih terang dan matte yang mempunyai rasa pudar dan serbuk kapur.

Kod warna ini adalah #EAEDEB.

Padanan Warna Putih

Warna ini sesuai dipadankan dengan warna-warna berikut:

i) Kelabu – #808080

ii) Hitam – #000000

iii) Biru Muda – #ADD8E6

iv) Kuning Pastel – #FDFD96

v) Hijau Muda – #98FB98

vi) Merah Muda (Pink) – #FFC0CB

vii) Lavender – #E6E6FA

viii) Coklat – #8B4513

ix) Oren Pastel – #FFB347

x) Turquoise – #40E0D0

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut