Warna Pelangi & Proses Pembentukannya

warna pelangi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apabila berhentinya hujan, kita akan mendapati pelangi muncul dengan pelbagai warna.

Namun, pelangi tidak muncul dengan sendiri dan mempunyai proses sehingga mengakibatkan wujudnya pelangi.

Apakah proses pembentukan pelangi dan apakah warna-warna pelangi?

Mengenai Pelangi

Pelangi berasal dari perkataan pelang bermaksud “jalur” atau “berbelang yang turut disebut belang.

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang terhasil berikutan pemantulan, pembiasan dan penyerakan spektrum cahaya yang berlaku akibat terkena titisan air.

Ianya merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. 

Proses Pembentukan Pelangi

Proses pembentukan pelangi bermula apabila cahaya dari matahari akan terkena titisan hujan di udarampada sudut tertentu yang akan menentukan pembentukan pelangi.

Selepas daripada itu, apabila cahaya matahari bersentuhan dengan titisan air, cahaya daripada matahari akan dipantulkan.

Kemudiannya, cahaya matahari yang tidak dibiaskan akan melintasi lapisan sempadan udara dan air dan pergerakan cahaya ini akan menjadi perlahan kerana air lebih tumpat daripada udara.

Pengurangan kelajuan ini kemudian menjadikan laluan cahaya membengkok, yang dipanggil pembiasan.

Oleh sebab inilah mengapa pelangi sentiasa melengkung atau membongkok ke arah garis biasa.

Cahaya matahari terdiri daripada spektrum warna, setiap satunya mempunyai panjang gelombangnya yang tersendiri.

Panjang gelombang yang berbeza ini menjadikan pelangi kelihatan berwarna-warni dan mempunyai warna yang berbeza.

Senarai Warna Pelangi

Warna pelangi mengikut urutan adalah seperti berikut:

  1. Merah
  2. Jingga
  3. Kuning
  4. Hijau
  5. Biru
  6. Indigo
  7. Ungu

Untuk mengingati semua wara tersebut, kenal pasti huruf awal bagi setiap warna.

Huruf awal bagi semua warna ialah : M, J, K, H, B, I, dan U dan kemudiannya jadikan sambungan huruf awal itu kepada satu ayat mudah seperti:

  1. M = Mat
  2. J = Jan
  3. K = Ke
  4. H = Hutan
  5. B = Bagi
  6. I = Ipin
  7. U = Unta
Sumber: Sifu Tutor

Info Lanjut

Info lanjut mengenai perkara ini, sila tonton video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=3OAQdQxVLO4

Baca juga: Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut