Udang kering lazimnya digunakan sebagai bahan masakan penting dalam masyarakat terutamanya masakan Melayu di Malaysia dan Indonesia.
Oleh kerana itulah, sebahagian besar masakan menggunakan udang ini bagi nambahkan aroma rasa yang sedap dan unik.
Mengenai Udang Kering
Udang ini ialah salah satu produk penghasilan laut yang bersaiz kecil-kecil yang di keringkan untuk kegunaan perasa masakkan terutamanya dikalangan masyarakat Melayu.
Udang ini di Indonesia di panggil sebagai EBI, Ebi (Jepun – udang), Kung Haeng ; Som Tham (Thailand), Hibi (Filipina), Tom Kho (Vietnam) dan Dried shrimp (English).
Pengeluaran udang ini banyak diudasahakan di kawasan perairan di Asia Tenggara seperti di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.
Di Malaysia, pengeluar utama udang ini adalah Negeri Sabah yang menghasilkan hampir 35% jumlah pengeluaran udang ini dalam negara.
Kegunaan Udang Kering
Kegunaan udang ini adalah seperti berikut:
- Bahan perasa: Udang ini boleh dikisar halus dan digunakan sebagai bahan perasa dalam pelbagai jenis masakan, seperti sambal, kari, atau sup.
- Masakan kari: Udang ini boleh ditambah dalam kari untuk menambahkan rasa umami dan aroma yang sedap.
- Masakan tumis: Udang ini boleh ditumis bersama bahan-bahan lain untuk menghasilkan hidangan yang lebih berperisa.
- Hiasan: Udang ini yang dikisar halus juga boleh digunakan sebagai hiasan dalam hidangan tertentu.
Proses Penyediaan
Proses penyediaan dimulakan dengan mengumpulkan udang yang bersail kecil (kurang dari 2 cm garispusat) mengikut spesis dan kualiti.
Udang yang bersaiz besar tidak sesuai untuk dijadikan udang ini kerana lebih mahal dijual segar dan kurang mendapat pasaran selain daripada lambat kering jika dijemur dibawah sinarqan matahari dan akan jadi busuk.
Udang-udang ini (yang 1.2 cm garispusat) akan dikumpulkan sebelum direbus dahulu.
Udang yang direbus di toskan sehingga agak kering sebelum di letakkan diatas tikar, bekas takung, zink, papan lapis atau jenis lapik khas.
Ianya dijemur dibawah sinaran matahari atau pun menggunakan mesin pengering (Mechanised dryer).
Harga Jualan
Harga udang ini adalah RM 30 – RM 50.00 sekilogram bergantung kepada lokasi dan kualitinya.
Biasanya, udang ini dijual dalam bentuk paket-paket kecil yang dijual dengan harga RM 2.00 – RM 5.00 satu paket yang mengandungi 100 sehingga 150 gram sahaja.
Perbezaan Udang Kering Sabah & Sarawak
Perbezaan antara udang ini daripada Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut:
Sabah | Sarawak |
Dikenali sebagai udang geragau kering | Dikenali sebagai “sesar unjur” oleh masyarakat Melayu Sarawak dan “kupas” oleh masyarakat Melanau |
Udang ini dikumpul, diproses dan dikeringkan | Udang yang ini dikeringkan, diproses dan disalai sehingga kering. |
Perbezaan Udang Kering & Geragau
Terdapat perbezaan kedua-dua udang ini iaitu:
Udang Kering | Udang Geragau |
Udang ini lazimnya berwarna oren. | Udang ini lazimnya berwarna putih |
Udang yang telah dikeringkan yang digunakan sebagai bahan masakan seperti sambal, kerabu, atau penambah rasa. | Sejenis udang laut kecil yang biasanya digunakan untuk membuat belacan |
Sumber:
- http://animhosnan.blogspot.com/2011/12/udang-kering.html
- https://utusantv.com/2023/06/19/kenali-jenis-udang-pelbagai-bentuk-dan-corak/
Baca juga: Udang Galah: Ciri-Ciri, Cara Kenal Jantina & Harga