Udang Galah: Ciri-Ciri, Cara Kenal Jantina & Harga

udang galah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Udang galah merupakan udang yang popular dalam kalangan mereka yang gemar untuk memakan udang jenis air tawar ini.

Udang ini dikenali sebagai udang yang mempunyai sepit biru dan harganya yang mahal.

Mengenai Udang Galah

Udang ini berasal dari keluarga palamonidae dan nama saintifiknya dipanggil sebagai macrobrachium rosenbergii

Ia juga dikenali sebagai bara chingri di Bangladesh, uwang atau ulang di Filipina, koong yai di Thailand, udang galah di Indonesia dan di Malaysia. 

Spesies udang ini juga boleh didapati di seluruh kawasan tropika dan sub tropika di rantau Indo-Pasifik, dari India ke Asia Tenggara dan Utara Australia.

Selain itu, ia juga cenderung aktif pada waktu malam yang hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang lazimnya mempunyai hubungan air dengan laut.

Walaupun udang ini dianggap sebagai spesies air tawar, pada peringkat larva ia bergantung kepada air payau dan setelah berkembang melepasi peringkat plankton dan menjadi juvenil, ia akan hidup sepenuhnya dalam air tawar.

Ciri-Ciri Udang Galah

Terdapat beberapa ciri-ciri udang ini iaitu:

  • Lazimnya beratnya adalah 300g/ekor.
  • Tubuh udang terdiri daripada beberapa kulit keras yang mengandungi zat kitin yang kaku. 
  • Tubuh terdiri daripada 3 bahagian iaitu, Cephalothorax, abdomen (tubuh) dan uropoda (ekor).
  • Kulit udang berwarna biru kehitaman tetapi boleh bertukar menjadi merah di kawasan perairan umum.

Perbezaan Udang Galah Jantan & Betina

Untuk mengetahui jantina udang ini, berikut adalah perbezaan antara jantan dan betina.

JantanBetina
Bahagian perut lebih kecil dan ukuran pleuron lebih pendek.Bahagian perut melebar dan ukuran pleuron lebih panjang
Alat kelamin terletak pada pasangan kaki jalan kelima.Alat kelamin terletak pada pasangan kaki jalan yang ketiga
Bentuk dan ukuran kaki jalan kedua sangat besar dan panjang seperti galah.Pasangan kaki jalan kedua lebih kecil.

Perbezaan Udang Galah & Lobster

Dengan fizikalnya yang besar, udang ini sering dibandingkan dengan udang kara atau lobster.

Namun, perbezaan antara kedua-dua udang ini adalah seperti berikut:

  • Lobster ialah haiwan laut yang hidup di air masin, manakala udang galah adalah spesies air tawar.
  • Dari segi saiz, lobster biasanya lebih besar berbanding udang galah yang lazimnya lebih kecil.
  • Rupa fizikal kedua-dua haiwan ini juga berbeza yang mana lobster memiliki dua sepit besar di bahagian hadapan, sementara udang galah mempunyai sepasang capit yang lebih kecil dan panjang.

Harga Udang Galah

Secara umumnya, udang hidup dijual pada harga RM80 sekilogram manakala yang sebaliknya pada harga RM65 sekilogram.

Namun, harga ini boleh meningkat terutamanya perayaan Tahun Baru Cina kerana permintaan masyarakat Cina mahukan udang yang masih hidup untuk dijadikan hidangan makan besar.

Pilihan Hidangan Udang Galah

Lazimnya, udang ini boleh dihidang menerusi beberapa masakan antaranya:

i- Masak Tom Yum

ii- Khamped

iii- Masak Sambal

iv- Masak Lemak Cili Api

Tips Masak Yang Sedap

Untuk memasak udang ini dengan sedap, beberapa tips boleh diikuti iaitu:

  • Goreng dahulu: Goreng udang sebentar (separuh masak) sebelum dimasak dengan bahan lain. Ini akan menghasilkan tekstur yang lebih baik.
  • Jangan terlalu lama memasak: Udang ini cepat masak, jadi jangan terlalu lama memasaknya kerana boleh menyebabkan daging menjadi liat dan keras.
  • Guna api besar: Memasak dengan api besar akan membantu mengelakkan udang menjadi lembik.
  • Perasakan secukupnya: Pastikan rasa masakan seimbang, tidak terlalu masin, manis atau pedas.

Sumber:

Baca juga: Senarai Barang Asas yang Tak Dikenakan Cukai Jualan [TERKINI]

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut