Transformasi Digital: Maksud & Kelebihan

transformasi digital
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Negara kini telah bergerak ke arah transformasi digital seiring dengan perkembangan semasa.

Apakah dimaksudkan dengan transformasi digital dan kelebihannya?

Maksud Transformasi Digital

Transformasi digital adalah suatu yang mengarah kepada satu aktiviti menggunakan atau memanfaatkan teknologi digital terutamanya dalam sesebuah organisasi.

Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan risiko dan meluaskan peluang perniagaan yang baru. 

Sebagai contoh, penggunaan aplikasi atau sistem untuk manganalisis data yang bertujuan untuk mendapatkan input baharu yang berguna untuk peningkatan produk dan strategi layanan pelanggan.

Walau bagaimanapun, adalah perlu diingatkan transformasi ini tidak hanya tertumpu kepada perubahan daripada sistem manual ke digital semata-mata, tetapi bagaimana teknologi digital mampu dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi.

Dasar Revolusi Industri 4.0

Pelaksanaan transformasi ke arah digital yang pesat didorong menerusi Dasar Kebangsaan mengenai revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dikenali sebagai Industry 4WRD.

Dasar ini adalah dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan bagi tempoh 2018 hingga 2025.

Ini bermakna, setiap organisasi tidak dapat mengelak daripada melakukan transformasi untuk memastikan mereka kekal relevan dan berdaya saing sama ada di peringkat tempatan mahupun global.

Bagi memastikan transformasi ke arah digital dapat dilakukan dengan pantas, Kementerian Digital telah dibentuk untuk menerajui usaha transformasi digital di dalam negara.

Kelebihan Transformasi Ke Aran Pendigitalan

Antara kelebihan transformasi ke arah digital ini adalah:

i) Meningkatkan Kepuasan Pelanggan

Tranformasi ke arah digital akan memastikan perniagaan atau perusahaan kekal relevan, efektif dan menarik secara fizikal dan emosi di hati pelanggan.

Perubahan ini akan memastikan pelanggan mengetahui mengenai informasi produk, waktu perniagaan, pemilik perniagaan, lokasi perniagaan dan pelbagai maklumat yang berkaitan perniagaan dengan lebih mudah, pantas dan cekap.

Ini sekali gus dapat meingkatkan kepuasan pelanggan untuk membeli produk.

ii) Meningkatkan Produktiviti

Transformasi ke arah digital akan dapat meningkatkan kecekapan dalam semua jenis proses perniagaan.

Contohnya, teknologi digital seperti AI akan membuat pekerja lebih fokus pada tugas yang memerlukan kreativiti dan penyelesaian masalah.

Ini termasuklah mengenai penggunaan data analitik yang dapat memberi input untuk mencapai tujuan perniagaan dengan lebih cepat.

iii) Mengurangkan Kos Operasi

Transformasi untuk pendigitalan juga dapat mengurangkan operasi yang sedang berjalan.

Ini dapat mengoptimumkan hasil dan mengurangkan kos seperti:

  • Peralatan
  • Logistik dan penghantaran
  • Tenaga
  • Sumber daya manusia

Sumber: https://k10.upm.edu.my/artikel/digitasi_digitalisasi_dan_transformasi_digital_apakah_perbezaanya-61598

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut