Tepung Kanji: Asal Usul, Khasiat dan Jenama Tepung

Tepung kanji atau dikenali juga sebagai tepung ubi kayu merupakan sejenis tepung yang dihasilkan daripada batang ubi kayu. Tepung ini sangat bagus digunakan bagi pesakit celiac kerana tepung jenis ini tidak mempunyai gluten di dalamnya. 

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lagi tentang tepung ubi kayu ini, seperti cara penghasilannya, kebaikan dan khasiatnya serta cara penggunaannya dalam masakan, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Asal Usul Tepung Kanji

Tepung kanji atau lebih dikenali sebagai tepung tapioka atau tepung ubi kayu merupakan sejenis tepung yang banyak digunakan dalam masakan rakyat tempatan.

Tepung tapioka ini tidak diketahui pada zaman bila ia mula dihasilkan. Namun begitu, pada awal ia dihasilkan, ia menggunakan akar ubi kayu yang ditemui di Amerika Selatan.

Tetapi disebabkan cara penjagaan tanaman ubi kayu ini adalah sangat mudah, ia telah ditanam secara meluas sehingga ke negara kita dan negara-negara lain.

Penghasilan tepung tapioka ini boleh dilakukan dengan cara berikut:

  • Akar ubi kayu dikumpulkan dan dibasuh bersih.
  • Kemudian ia dikupas dan dicuci lagi sekali.
  • Parut ubi kayu dan jemur di bawah matahari sehingga benar-benar kering.
  • Setelah kering, tumbuk ubi kayu sehingga halus menggunakan mortar dan alu.

Kebaikan dan Khasiat Tepung

Tepung kanji ini mempunyai banyak khasiat dan kebaikan untuk penggunanya. Hal ini demikian kerana tepung ini mempunyai jumlah karbohidrat dan serat yang tinggi di dalamnya. Berikut merupakan antara beberapa kebaikan tepung ini:

  1. Membantu Menambahbaik Sistem Pencernaan.
    • Seperti yang dinyatakan di bahagian atas tadi, tepung kanji ini memiliki jumlah serat yang banyak di dalamnya.
    • Serat ini dapat membantu dalam pergerakan najis di dalam saluran pencernaan dan seterusnya dapat membantu mencegah penyakit sembelit, kembung, dan sakit perut.
  2. Membantu Mengawal Tekanan Darah.
    • Dalam tepung tapioka ini terdapat kalium dan potasium yang membantu melancarkan sistem peredaran darah dan menstabilkan tekanan darah anda.
  3. Membantu Meningkatkan Kepadatan Tulang
    • Tepung ini kaya dengan vitamin K, kalsium, dan zat besi, yang mampu memberi pelindungan kepada tulang kita.
  4. Menambah Tenaga atau Energi
    • Karbohidrat yang tinggi dalam tepung tapioka ini dapat membantu menambah tenaga anda.
  5. Membantu Menjaga Kesihatan Jantung
    •  Serat yang terlarut apabila kita memakan tepung ini, akan membantu dalam meningkatkan kesihatan jantung dan mengeluarkan kolesterol berlebihan dari dinding arteri dan saluran darah.

Sumber: Kebun Sejagat

Kegunaan Tepung Ubi dalam Resipi Rakyat Tempatan

Di negara kita, tepung kanji atau tepung tapioka ini, selalunya digunakan dalam masakan bagi memekatkan kuah ataupun bagi menghasilkan tekstur yang kenyal. Oleh itu, di Malaysia, tepung ini sering digunakan untuk menghasilkan kuih-kuih tempatan.

Antara kegunaan tepung ubi kayu ini dalam resipi rakyat Malaysia boleh dilihat dalam hidangan berikut:

  • Kuih Seri Ayu
  • Kaswi
  • Kuih Seri Muka
  • Onde-onde
  • Cendol
  • Keropok Ikan

Contoh Jenama Tepung Kanji di Malaysia

Berikut merupakan beberapa contoh jenama tepung kanji yang boleh anda dapatkan di Malaysia:

Anda juga boleh dapatkan jenama tepung kanji selain yang dinyatakan, dengan harga yang berpatutan di Shopee.

Bantu kami share artikel ini: