Senarai Tarikh Cuti Umum Johor 2024 dan Hari Kelepasan Am

Setiap negeri di Malaysia mungkin mempunyai cuti umum dan hari kelepasan am yang sedikit berbeza, termasukklah negeri di Selatan tanah air iaitu Johor.

Cuti umum dan hari kelepasan am di setiap negeri ini biasanya akan diisytiharkan dan diwartakan lebih awal bagi memudahkan setiap rakyat dan pekerja di negeri Johor melakkukan perancangan lebih awal.

Artikel berkaitan: Cuti Umum 2024 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Cuti Umum Johor 2024

Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi tahun 2024.

BilHari Kelepasan AmTarikhHari
1.Hari Thaipusam **25/01/2024Khamis
2.Tahun Baru Cina10/02/2024Sabtu
3.Tahun Baru Cina (Hari Kedua)11/02/2024Ahad
4.Awal Ramadhan **12/03/2024Selasa
5.Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor **23/03/2024Sabtu
6.Hari Raya Puasa *10/04/2024Rabu
7.Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *11/04/2024Khamis
8.Hari Pekerja01/05/2024Rabu
9.Hari Wesak22/05/2024Rabu
10.Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong03/06/2024Isnin
11.Hari Raya Qurban *17/06/2024Isnin
12.Awal Muharram (Ma’al Hijrah)07/07/2024Ahad
13.Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar **11/08/2024Ahad
14.Hari Kebangsaan31/08/2024Sabtu
15.Hari Malaysia16/09/2024Isnin
16.Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)16/09/2024Isnin
17.Hari Deepavali *31/10/2024Khamis
18.Hari Krismas25/12/2024Rabu
Nota:
* Tertakluk kepada pindaan
** Hari Kelepasan Am Negeri

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Hari Kelepasan Am Negeri

Negeri Johor juga mempunyai Hari Kelepasan Am Negeri dan tarikh cuti umum Johor yang hanya terpakai untuk negeri ini sahaja.

Berikut merupakan hari kelepasan am negeri Johor bagi tahun 2024:

  • Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor – 23/03/2024
  • Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – 11/08/2024

Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!